Pusat khidmat aduan pengguna nasional (NCCC) telah menerima banyak aduan daripada para pengguna. Setiap aduan akan diterima secara bertulis sebab itu adalah bukti yang kukuh kepada pihak NCCC bahawa aduan telah diterima. Selain daripada itu, sebahagian aduan yang diterima adalah tanpa maklumat yang lengkap. Maklumat lengkap adalah penting untuk pihak NCCC mengambil tindakan terhadap pihak respondan. Sebagai pengguna yang bijak mesti memberikan maklumat-maklumat seprti yang dinyatakan dibawah semasa membuat aduan.

 

Menulis Sendiri Aduan

Setiap pengaduan hendaklah ditulis dengan menggunakan pen dakwat supaya tidak boleh dipadam. Berikan perhatian kepada perkara-perkara berikut semasa mengisi borang aduan.

  1. Tulis nama (seperti dalam kad pengenalan) dengan betul.
  2. Tulis nombor kad pengenalan.
  3. Isikan butir-butir lain dalam borang berkenaan iaitu jantina,umur, keturunan, bahasa, pekerjaan dan tempat tinggal (nombor telefon jika ada)
  4. Gunakan bahasa yang mudah dan tepat semasa menulis laporan.
  5. Tulis dengan terang,  jelas dan boleh dibaca.
  6. Tandatangani pengaduan yang ditulis.
  7. Tulis pengaduan hendaklah  dalam Bahasa Melayu & Inggeris  sahaja (pengaduan dalam bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan).
  8. Pengadu berhak mendapat salinan pengaduan yang disahkan oleh pegawai aduan yang bertugas.

Butiran Diperlukan Dalam Aduan

Sesuatu pengaduan hendaklah padat dan lengkap. Antara butiran penting yang diperlukan ialah:

  1. Bila  Nyatakan tarikh dan masa berlakunya kejadian itu
  2. Apa  Kes/kejadian yang hendak dilaporkan .
  3. Di mana  Nyatakan tempat/lokasi berlakunya kejadian. Nama bandar, kampung, jalan dan nombor rumah.
  4. Siapa  Nyatakan butir-butir orang terlibat .
  5. Bagaimana  Nyatakan cara atau bagaimana kes itu berlaku.
  6. Akibat  Kerosakan, kerugian, kecederaan yang dialami (anggaran harga/kos).

Jayasilan Kandasamy
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)