Menurut kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh syarikat Synovate Malaysia di seluruh dunia yang meliputi lebih daripada 10 negara yang termasuk Malaysia, Hong Kong, Singapura, South Korea, Taiwan, Thailand, India, Indonesia, Filipina, Japan dan Australia mendapati rakyat Malaysia merupakan yang tertinggi dalam membelanjakan wang dalam membelikan peralatan elektronik yang berteknologi seperti ‘Flat screen, plasma TV atau LCD dan telefon bimbit berteknologi tinggi.

Menurut kajiannya, rakyat Malaysia yang berpendapatan berpurata daripada RM5000.00 ke atas kebanyakkannya mempunyai TV plasma, Flat Screen TV dan telefon bimbit berteknologi dan mahal. Kajian yang dijalankan di Malaysia meliputi 1708 responden di mana kajian mendapati rakyat Malaysia sering membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan berteknologi jika dibandingkan dengan rakyat negara lain.

Nasihat Ben Llewellyn yang menjalankan kajian ini ialah mengurangkan perbelanjaan kerana perubahan ekonomi yang tidak menentu dan membeli apa yang diperlukan sahaja. Dalam kajian ini juga menunjukkan bahawa 71.2 peratus responden menyatakan berjaya dalam kehidupan apabila orang lain melihat kejayaan mereka ini. Keadaan ini juga meliputi semua negara yang dikaji di mana kemampuan memiliki peralatan berteknologi tinggi adalah kunci kepada kejayaan dalam hidup mereka.

Oleh yang demikian, walaupun mengejar kejayaan dalam memiliki kehidupan yang mewah dan senang, kita seharusnya mempunyai batasan dalam membazirkan wang kita dan berbelanjalah mengikut kemampuan.

 

 

Mageswaran Senderal