Pada 14 Mac 2010 ini bertempat di Dewan  Bentong, Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang, ERA Consumer Malaysia, sebuah organisasi bukan kerajaan, yang juga  ahli gabungan FOMCA dengan kerjasama Persatuan Pengguna-Pengguna Pahang dan disokong oleh Kedutaan Finland di Malaysia akan mengadakan satu sesi rundingan umum kebangsaan SUHAKAM bagi laporan tahunan SUHAKAM 2007 dan 2008.


Sesi ini bertujuan bagi membentangkan ulasan terhadap laporan-laporan tahunan SUHAKAM bagi kedua-dua tahun tersebuti serta memberikan peluang kepada pihak-pihak berkepentingan untuk memberikan pandangan mereka terhadap peranan dan prestasi SUHAKAM dalam menangani isu-isu hak asasi manusia serta akauntabiliti SUHAKAM dalam membela hak-hak ini sepanjang tempoh tersebut. Ini adalah kali kelapan sesi rundingan diadakan.  

ERA Consumer merupakan salah sebuah NGO pemerhati SUHAKAM yang telah menjalankan pelbagai seminar mengenai SUHAKAM semenjak setahun penubuhannya. Sepanjang 10 tahun yang lepas, ERA Consumer juga memfokuskan kepada pendidikan hak asasi manusia (HRE) menerusi program-program latihan yang dijalankan. Antara program utama HRE ini adalah Latihan Literasi Undang-undang, Bengkel Perlembagaan Persekutuan dan Hak Sivil, Program Hak Asasi Manusia dan Klinik Undang-undang. Seminar dan latihan-latihan lain yang berkaitan juga turut dijalankan.    

Pada sesi rundingan tahun ini, ERA Consumer menampilkan beberapa individu daripada pelbagai latar belakang, antaranya Haslinah Yaacob (AWAM), Dr Shamrahayu Ab Aziz (UIA), Jerald Joseph (KOMAS), Andrew Khoo (Bar Council), Faisal Mustaffa (REFSA) dan Nora Murat (Amnesty International). Sesi rundingan ini juga turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Siva Subramaniam, Pesuruhjaya SUHAKAM dan Presiden ERA Consumer, Datuk Marimuthu Nadason. 

Warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat adalah dijemput hadir bagi memberikan pandangan dan maklumbalas kepada rundingan. 

Mereka yang berminat untuk hadir dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Cik Azwa Abd Rahman, Penyelaras Human Rights Desk di talian 03 7876 4648 atau email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    

Azwa Abdul Rahman
ERA Consumer Malaysia
10 Mac 2010