15 Mac adalah Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. Hari ini adalah acara sambutan dan tanda kesatuan semua pergerakan pengguna di seluruh dunia.

Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia pertama kali diadakan pada 15 Mac 1983.. Dua tahun kemudian, iaitu pada 9 April 1985, Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menerima pakai Garis Panduan Perlindungan Pengguna Bangsa-Bangsa Bersatu. Garis Panduan PBB ini bertujuan untuk mengangkat prinsip lapan hak pengguna dan menyediakan kerangka bagi memperkukuhkan dasar perlindungan pengguna di negara-negara yang menjadi ahli PBB.


Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini merupakan satu acara penting bagi kerana ia bertujuan untuk menilai sejauh mana prinsip perlindungan pengguna telah dilaksanakan di negara ini. Begitu juga usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi mempertingkatkan perlindungan dan kebajikan pengguna. Dalam hal ini, semua pihak, termasuk kerajaan dan pengguna, perlu memainkan peranan masing-masing.

Tema sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2010 ialah WANG KITA, HAK KITA.

Pada tahun ini, sempena dengan tema Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia, FOMCA telah mengendalikan aktiviti untuk meneliti corak perbelanjaan kanak-kanak dan remaja. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memahami dengan secara lebih mendalam pilihan keutamaan dalam corak perbelanjaan kanak-kanak dan remaja.

 

 


Kumpulan peserta berumur 15 tahun, bersama-sama sukarelawan, yang terlibat dalam
aktiviti sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2010

Seramai 30 orang kanak-kanak dan remaja, berusia 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun, telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Aktiviti ini diadakan di Pasar Raya Besar Giant Bandar Kinrara, Puchong pada 15 Mac 2010.

Analisa Aktiviti

Dalam aktiviti tersebut, setiap peserta diperuntukkan wang sebanyak RM100 untuk diberbelanjakan. Wang itu tersebut dipegang oleh seorang sukarelawan yang mengikuti peserta dan merekodkan pembelian dalam senarai perbelanjaan. Produk-produk dikategorikan kepada tujuh kategori iaitu makanan, alat permainan, produk penampilan diri, produk hiburan, alat tulis, produk kegunaan rumah dan produk telekomunikasi, khususnya telefon bimbit. Peserta dibenarkan untuk membeli di dalam pasar raya dan kedai-kedai di sekitarnya..

Produk-produk yang dibeli oleh peserta, kemudiannya telah dianalisa oleh dua orang pakar, iaitu Dato’ Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) bagi mengkaji pola perbelanjaan, dan Cik Catherine Ong, wakil Persatuan Dietitian Malaysia untuk meneliti khasiat bagi produk makanan yang dibeli.

Perpecahan pola perbelanjaan bagi kanak-kanak berusia berumur 5 tahun. seperti berikut:

 

Pecahan pola perbelanjaan bagi kanak-kanak berusia 10 tahun seperti berikut

 

Perpecahan Pola perbelanjaan kanak remaja berumur 15 tahun seperti berikut:

 

Selain daripada itu, jika berbanding pola perbelanjaan untuk alat permainan menurut peringkat umur, perbandingan seperti berikut:

 

Jika berbanding perbelanjaan untuk produk penampilan diri pula, jelas menunjukkan bahawa semakin meningkat usia seseorang, maka mereka lebih banyak berbelanja untuk menjaga penampilan diri.

 

Keadaan yang serupa juga bagi produk hiburan.

 

Alat telekomunikasi, seperti telepon bimbit, menjadi semakin penting bagi remaja berusia 15 tahun.

 

Dalam pemilihan makanan pula, kanak-kanak dan remaja lebih cenderung untuk memilih makanan yang mengandungi gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman soda dan biskut.

 

 

 

Dato’ Sri Ismail Sabri sedang meneliti produk yang dibeli oleh kanak-kanak.
Di sebelah kiri beliau ialah Datuk Marimuthu, Presiden FOMCA, Dato’ Paul Selva Raj,
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna dan
Dato’ Indrani Thuraisingham, Ketua Pejabat Consumers International Kuala Lumpur.

 

DATO’ PAUL SELVA RAJ
Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)
17 Mac 2010