Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan yang kritikal di tapak kemudahan nuklear, maka, bukan sahaja penting untuk bertindak dengan secepat mungkin terhadap kemalangan itu, tetapi yang lebih penting lagi ialah persediaan untuk bertindak balas terhadap keadaan yang cemas itu.

Standard ISO yang baru diwujudkan, iaitu ISO 11320:2011, Nuclear criticality safety – Emergency preparedness and response, bertujuan untuk menyediakan kriteria bagi pembentukan dan pelaksanaan tindakan yang cepat bagi mengurangkan akibat kemalangan nuklear yang kritikal.

Selain itu, kemalangan tersebut jika tidak dikawal dengan segera boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia dan keselamatan, kualiti hidup, harta dan alam sekitar.


Program-program keselamatan telah disediakan, terutamanya bagi mengelakkan kemalangan nuklear yang kritikal. Walau bagaimanapun, kemungkinan bagi kemalangan seperti ini sememangnya wujud dan kesannya boleh mengancam nyawa manusia.

Oleh itu, tapak kemudahan nuklear yang dianggap boleh membawa risiko yang tinggi harus mempunyai perancangan keselamatan awal, dan sentiasa bersedia dalam bertindak balas terhadap kecemasan. Terdapat dua fasa yang berbeza dikenal pasti:

  • Fasa persediaan kecemasan yang perlu dikuatkuasakan secara berterusan.
  • Fasa tindak balas kecemasan yang harus diaktifkan semasa ia memberikan isyarat bahawa kemalangan yang kritikal yang dijangkakan akan berlaku, boleh berlaku dan telah berlaku.

Seperti yang digariskan oleh Neal Harris, Ketua Projek ISO11320:2011 dan Calvin Hopper, Kumpulan Kerja Convene, “Di tapak kemudahan nuklear, keselamatan dan jangkaan merupakan keutamaan. Standard baru ISO, ISO11320:2011, menyediakan kriteria sebagai persediaan dan tindak balas  kepada kecemasan yang dapat meminimumkan kesan daripada kemalangan nuklear yang kritikal.

Selain itu, ISO11320:2011 diguna pakai bagi satu tapak yang mempunyai satu atau lebih kemudahan yang mungkin mengandungi kualiti dan kepekatan bahan fisil. Sejauh mana standard ini perlu digunakan bergantung kepada keseluruhan risiko yang terdapat di tapak kemudahan itu.

ISO11320:2011 telah diwujudkan oleh ISO/TC85, Nuclear energy, nuclear technologies, and radiological protection, subcommittee SC5, Nuclear fuel cycle, working group WG 8, Standardization of calculations, procedures and practices related to criticality safety. Ia juga boleh diperoleh daripada  ahli ISO industri kebangsaan atau secara langsung dari ISO Central Secretariat, price 108 Swiss francs melalui Store ISO atau dengan menghubungi Jabatan Pemasaran, Komunikasi dan Maklumat. 

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia