Organisasi Standard Antarabangsa (ISO) telah menerbitkan satu standard baru bagi pengurusan kecemasan dan tindak balas kemalangan yang disebabkan oleh bencana, serangan pengganas dan insiden-insiden yang lain.

Standard baru ini akan membantu menyelamatkan nyawa, mengurangkan kemudaratan dan kerosakan serta memastikan kesinambungan perkhidmatan asas seperti kesihatan, unit penyelamatan, bekalan air dan makanan, elektrik dan penghantaran bahan api

Prof. Ernst-Peter Döbbeling, Convener kumpulan kerja yang membangunkan standard ini menerangkan bahawa bantuan daripada organisasi awam dan swasta amat diperlukan di peringkat antarabangsa, serantau atau kebangsaan apabila menghadapi sesuatu kecemasan.

Oleh itu, ISO 22320 digunakan sebagai panduan yang harmoni untuk menyelaraskan usaha dan memastikan tindakan yang berkesan dapat diambil. Ini disebabkan ISO 22320 merupakan dokumen berharga yang dapat membantu semua jenis organisasi untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan tindak balas kejadian dalam mana-mana krisis.

Selain itu, ISO 22320 juga menggariskan amalan terbaik global untuk menubuhkan perintah dan mengawal stuktur organisasi dan prosedur, sokongan keputusan, pengesanan dan pengurusan maklumat.

Kerjasama antara organisasi yang terlibat amat penting dalam menjayakan tindak balas terhadap kemalangan ini. Standard ini juga memastikan maklumat yang  berkaitan dengan proses secara terperinci, sistem kerja, kemasukan data dan pengurusan yang tepat pada masanya, relevan dan tepat. Ia juga mewujudkan satu asas bagi penyelarasan dan kerjasama untuk memastikan semua pihak yang berkaitan berada dalam kedudukan yang sama semasa dilanda bencana.

Dengan itu, kesalahfahaman antara pihak dapat dikurangkan dan juga dapat memastikan penggunaan yang lebih berkesan dengan sumber-sumber yang digabungkan

Prof. Ernst-Peter Döbbeling juga mengharapkan keperluan maklumat dan komunikasi yang digariskan dalam standard ini dapat menggalakkan pembangunan penyelesaian teknikal yang inovatif, yang boleh meningkatkan kerjasama untuk berkomunikasi, yang merupakan elemen utama bagi kejayaan atau kegagalan dalam menghadapi sesuatu kecemasan

Bukan itu sahaja, standard ISO baru bagi pengurusan kecemasan juga menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan dan pelaksanaan langkah-langkah tindak balas kejadian untuk memastikan penduduk yang terjejas mendapat maklum balas yang sesuai serta diterima dalam budaya mereka.

ISO 22320:2011, Societal security – Emergency management – Requirements for incident response telah dibangunkan oleh Jawatankuasa teknikal ISO committee ISO/TC 223,Societal security.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia