Pertanian untuk makanan yang selamat merupakan faedah utama yang disasarkan oleh spesifikasi teknikal ISO yang baharu dan terkini dalam siri  standard ISO 22000 bagi sistem pengurusan keselamatan makanan.

Ladang merupakan bahagian yang utama dalam rantaian bekalan yang membawa makanan ke meja dapur. Oleh itu, spesifikasi teknikal ISO yang baharu, iaitu  ISO/TS 22002-3-2011 telah diwujudkan untuk memastikan pekebun melaksanakan amalan yang terbaik dalam mengamalkan persekitaran yang bersih dan memainkan peranan mereka dalam mengawal keselamatan makanan dalam rantaian makanan.

ISO/TS 22002-3 merupakan salah satu siri yang menyokong dokumen dalam ISO 22000 dengan menyediakan syarat untuk program pra-syarat keselamatan makanan(PRPs). PRPs  telah mengemukakan syarat-syarat asas dalam aktiviti yang diperlukan dalam mengekalkan kebersihan sepanjang rantaian makanan semasa pengeluaran, pengendalian dan penyediaan makanan yang selamat untuk kegunaan manusia. Selain itu, ISO/TS 22002-3 juga telah menetapkan keperluan dan garisan panduan semasa mereka bentuk, pelaksanaan dan dokumentasi PRPs untuk pertanian.

“Proses dari rantaian makanan di ladang ke garpu mungkin panjang, walaupun dalam skala global melibatkan pelbagai pihak”, kata Dominigue Berget, ketua kumpulan ISO yang menghasilkan dokumen yang baharu ini. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan yang betul daripada hubungan yang utama ini iaitu ladang. ISO/TS 22002/3 akan menghasilkan keperluan dan garis panduan yang betul berdasarkan teknologi yang moden dan terkini.

Ini akan membantu pelbagai organisasi termasuk ladang individu atau ladang secara berkelompok tanpa mengira saiz ataupun kerumitan yang terlibat dalam langkah pertanian dalam rantaian makanan dan ingin melaksanakan PRP selaras dengan ISO 22000:2005, yang memberi syarat standard asas dalam pengurusan keselamatan makanan

ISO 22000:2005 boleh digunakan semasa menguruskan tanaman (seperti     bijian,buah-buahan dan sayur-sayuran), haiwan ternakan(seperti ikan, khinzir, lembu dan unggas) dan juga semasa mengendalikan produk (seperti telur dan susu)

Semua organisasi yang berkaitan dengan peladangan telah dimasukkan ke dalam skop (seperti penyebaran, pembersihan, pembungkusan produk yang belum diproses dan juga pengangkutan dalam ladang)

Dokumen ini juga menunjukkan contoh-contoh spesifik tentang PRPs, sungguhpun ini merupakan garis panduan operasi perladangan sahaja, yang berbeza dari segi alam semula jadi mengikut saiz, jenis produk, cara pengeluaran, persekitaran geografi dan biologi dan keperluan undang-undang yang lain serta peraturan yang berkaitan.Oleh itu, PRPs berbeza antara organisasi 

ISO/TS 22002-3:2011, Prerequisite programmes on food safety – Part 3: Farming telah diwujudkan oleh Jawatankuasa teknikal ISO - ISO/TC 34, Food products, subcommittee SC 17, Management systems for food safety, working group WG 2, Farming. Ia juga boleh didapati daripada  ahli ISO perindustrian kebangsaan atau secara langsung daripada Sekretariat Pusat ISO..

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia