Wanita sering dikaitkan atau sinonim dengan kasut tumit tinggi. Siapa yang tidak mahu kelihatan anggun dan menawan? Kasut bertumit tinggi (high heels) adalah satu cara yang biasa digunakan agar kelihatan anggun, seksi dan menawan.

Sedarkah kaum wanita bahawa  pemakaian kasut bertumit tinggi ini sebenarnya mempunyai elemen negatif untuk kesihatan. Menambah ketebalan/ketinggian tumit kasut boleh menambah ketidakstabilan pada kaki.

Menggunakan kasut bertumit tinggi akan menyebabkan pinggul miring ke depan dan menambah lengkungan pada tulang belakang. Tulang belakang akan condong ke belakang untuk menyokong keseimbangan dan menyebabkan pemampatan pada punggung bahagian bawah.


Pemakaian kasut bertumit tinggi yang berterusan dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang telapak kaki dan meningkatkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tubuh tertumpu pada jari-jari kaki. Postur yang dihasilkan ketika berjalan dengan kasut bertumit tinggi menambah tekanan pada bahagian belakang lutut, kawasan umum daripada osteortritis wanita.

Ada juga yang mengatakan kasut bertumit tinggi mampu mempengaruhi ketidaklancaran sistem urogenital, sistem pembuangan yang tidak lancar dan menyebabkan kesukaran membuang air besar atau kecil.

Walaupun cukup berbahaya, namun kasut bertumit tinggi tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seorang wanita. Gunakanlah kasut bertumit tinggi seperlunya sahaja, sebaik-baiknya dalam tempoh 2 jam hingga 4 jam sehari dengan ketinggian kurang dari 1 inci. Semakin tinggi tumit kasut, maka semakin berbahaya kepada badan anda. 

Nurul Aina Ibrahim Istar
Forum Air Malaysia