Spyware adalah satu program yang dibuat bertujuan menyelinap masuk ke dalam komputer dan menjadi “spy” rahsia yang tidak diketahui oleh pemilik komputer peribadi atau komputer riba.

Program ini bukanlah suatu ancaman biasa, sebaliknya ia boleh memudaratkan pengguna komputer dengan mengancam privasi dan merosakkan sesuatu sistem komputer atau jaringan komputer.

Bermula pada tahun 1994, antara spyware yang terkenal digunakan adalah Gator yang masih wujud sehingga sekarang.

Sebagai permulaan, spyware digunakan untuk tujuan perniagaan periklanan, namun telah disalah guna dan diprogramkan bagi tujuan merosakkan atau memudaratkan pengguna komputer.

Spyware boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti Trojan, Adware, Keylogger, Ddos agent, Sniffer, Browser Helper Object, P2P dan RAT. Namun, ada yang bertindanan seolah-olah sama dengan anti-virus. Sniffer memainkan dua peranan iaitu digunakan bagi tujuan yang baik atau berguna bagi administrator.

Sniffer digunakan untuk pentadbir (administrator) bagi melakukan analisis paket di jaringan mereka. Network Load utility untuk mengetahui kapasiti bandwith juga menggunakan teknologi sniffer. Namun, Sniffer juga boleh digunakan untuk sniffing pengenalan pengguna dan kata laluan yang digunakan di suatu jaringan. Apabila sistem pengesahan yang ada tidak menggunakan enkripsi untuk lalu laluan dan pengenalan pengguna atau ’plain text’, maka sniffer dapat dengan mudah melihat pengenalan pengguna dan kata laluan tersebut.

Oleh itu, pengguna komputer disarankan supaya sentiasa berwaspada apabila memasang sesuatu perisian daripada internet, terutama daripada laman-laman web yang dikategorikan sebagai ”laman perisian ciplak” atau ”warez” serta laman yang menyenaraikan ”software serial no”.

Nurul Aina Ibrahim Istar
Forum Air Malaysia