Sejumlah aduan yang diterima kerana kesulitan yang berpunca daripada "kemudahan auto debit", NCCC terus menyarankan pelanggan untuk bijak menggunakan kad kredit kerana kad kredit adalah sesuatu yang peribadi dan berisiko tinggi.

Kita harus belajar untuk mengatakan tidak pada waktu-waktu tertentu untuk perkhidmatan yang boleh kita membayar dengan cara lain. Kami bimbang yang ramai pengguna sebenarnya terpengaruh kerana "kemudahan auto debit" yang dipandang mudah ini demi kepentingan beberapa peniaga tidak bertanggungjawab yang akhirnya mengambil kesempatan keatas pengguna. Apabila pengguna mendapat perkhidmatan yang tidak seperti yang di janjikan ataupun ingin menarik diri dari perkhidmatan berkenaan barulah mereka sedar akan kemusykilan yang terlibat.

Kita harus memahami fakta penting disini yang institusi kewangan tidak akan mendengar kepada pihak pemilik kad sendiri untuk menghentikan bayaran walau apapun aduan yang dinyatakan. Institusi kewangan hanya akan bertindak sekiranya peniaga memberi arahan kerana kebanyakanya masalah perkhidmatan bukanya produk. Apabila ianya melibatkan perkhidmatan ianya merumitkan keadaan kerana institusi kewangan tidak akan dapat menyebelahi mana mana pihak dan menilai samada pihak manakah yang benar. Institusi kewangan juga dilihat sebagai pihak ketiga dalam situasi ini kerana pemilik kad yang memberi kebenaran melalui tulisan yang dianggap sebagai perjanjian sah antara dua pihak. 

Pengguna akan terus di kenakan bayaran, diberi notis undang undang juga ditarik ke makhamah sekiranya pemilik kad mebatalkan kad ataupun tanpa kerelaan pengguna sendiri, pengguna juga diingati untuk membatalkan sebarang perjanjian atau perkhidmatan dengan bertulis di sertakan alasan yang kukuh.

Ini sebabnya kami terus mengingatkan pelanggan untuk bijak menggunakan kad kredit untuk mengelakkan masalah seperti di atas, kita tidak dapat menjangka yang transaksi auto debit sebenarnya berisiko tinggi. Pengguna sebagai pelanggan harus berfikir jauh ke depan untuk menganggarkan masalah yang kita bakal hadapi ketika kita berada di situasi sulit. 

SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA!

Matheevani Marathandan
National Consumer Complaints Centre (NCCC)