PERMINTAAN PENGGUNA menjadi punca besar pertumbuhan projek-projek pembangunan hartanah di cerun-cerun bukit.

FOMCA menyarankan para pengguna hentikan sama sekali membeli ataupun menyewa kemudahan penginapan di cerun-cerun bukit untuk menghentikan pencerobohan dan pembangunan warisan alam yang amat penting dari segi kesan kawalan iklim dan bekalan sumber alam.

Samping pengguna semua golongan professional: jurutera, akitek, pakar goelogi dan perancang bandar yang terlibat dengan perancangan, perlaksanaan, kelulusan  dan kawalseliaan pembangunan hartanah MESTI jujur dan ikhlas dalam menyatakan dengan tegas risiko dan kos jangka panjang termasuk kepada alam sekitar.

PEMBANGUNAN CERUN BUKIT:

  1. Memberi kesan negatif ke atas kawasan tadahan hujan yang meningkatkan limpahan air hujan yang berlebihan menyebabkan banjir.
  2. Memberi kesan pemanasan iklim setempat kerana kehilangan bio-mas yang menyerap haba (heat-sink)
  3. Meningkatkan kos pembangunan untuk jangka panjang dengan melewati tanggungjawab pemaju dengan pihak berkuasa tempatan terpaksa menanggung kos selenggaraan cerun-cerun yang tidak stabil. (keputusan Mahkamah kes mangsa Highland Towers)
  4. Meningkatkan risiko jangka panjang kepada pemilik hartanah di cerun bukit dan juga kepada penduduk di hiliran pembangunan cerun.

Adalah tidak wajar penduduk cerun bukit mengharapkan kos penyelenggaraan cerun bukit di kawasan hartanah di lereng-lereng bukit ditanggung oleh pembayar cukai lain.

Disamping itu pihak kerajaan juga harus memastikan bahawa keperluan perumahan yang mencukupi dan mudah dimiliki disediakan kepada semua rakyat yang merupakan hak asasi semua pengguna.

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
FOMCA