Sebanyak 2,900 unit telefon bimbit mainan kanak-kanak telah ditarik balik dari pasaran Amerika Syarikat dan 700 unit lagi di Kanada.

Alat mainan Toddler Talk Toy Mobile Phone buatan China ini telah diimport oleh Discovery Toys LLC, or Livermore, Calif. 

Telefon mainan ini mempunyai antena yang mudah patah sehingga menyebabkan kanak-kanak tertelan dan tercekik sehingga boleh membawa maut kepada kanak-kanak.

Setakat ini syarikat tersebut telah menerima tiga aduan daripada pengguna.

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia telah menghantar surat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai alat mainan ini. Pengguna-pengguna dinasihatkan agar tidak membeli alat mainan yang berbentuk telefon bimbit ini.

Sekiranya terjumpa telefon bimbit mainan ini di pasaran Malaysia, sila laporkan kepada Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia di talian 03-78762009.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia