Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat dengan kerjasama syarikat Subeam Products Inc, Boca Raton Fla telah menarik balik sebanyak 5,700 buah seterika daripada pasaran Amerika Syarikat. Produk ini dikatakan boleh mengalami kepanasan yang melampau sehingga boleh menyebabkan kebakaran. 

Masalah ini berpunca daripada sistem pendawaian pada seterika tersebut. Sehingga kini, firma tersebut telah menerima 17 aduan, iaitu 3 aduan melibatkan kes kebakaran.  Model yang terlibat dalam penarikan balik tersebut adalah “Sunbeam® Convertible Iron model number of GCSBRS – 103”. Nombor model tersebut boleh dilihat pada bahagian bawah seterika tersebut dan ia juga mempunyai kod data C235 or C237 pada soket.

 


Pengguna-pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli seterika dan jika mendapati produk ini ada dijual pasaran, sila laporkan kepada Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia di talian 03-78764648.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia