Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah mengarahkan penarikan balik produk kanak-kanak Refreshing Rings Infant Teethers/Rattles di pasaran Amerika Syarikat disebabkan produk ini boleh menyebabkan bahaya tercekik. 

Menurut Suruhanjaya ini, bahagian-bahagian kecil yang terdapat pada bola produk kanak-kanak tersebut boleh tercabut dan menyebabkan kanak-kanak boleh tercekik. Setakat ini , sebanyak 37000 buah produk kanak-kanak buatan Negara Cina ini telah ditarik balik Suruhanjaya tersebut setelah menerima satu laporan daripada pengguna. Tidak terdapat sebarang laporan kecederaan yang diterima setakat ini.


Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, Suruhanjaya ini telah mengarahkan penarikan balik alat mainan jenama Sassy, Inc ini. Para pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli alat ini. Jika terjumpa, sila laporkan kepada Persatuan Pengguna-Pengguna Standard di talian 03-78774741 atau di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di talian 03-7877900.

Mohana Priya 
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia