Pengeluar kereta Toyota memaklumkan bahawa mereka telah menarik balik lebih daripada 1.7 juta kenderaan di peringkat global. Penarikan balik kali ini menambah penarikan balik kereta Toyota menjadikan jumlahnya hampir 16 juta sejak 2009. 

Penarikan balik yang kerap berlaku ini telah menjejaskan reputasi kualiti kereta keluaran Toyota. Pengisytiharan ini juga menyebabkan saham Toyoto mengalami penurunan sebanyak 2%.

Toyota menarik balik keretanya secara besar-besaran pada kali ini bagi mengatasi masalah pada pam minyak dan paip saluran pada 1.34 juta kenderaan, termasuk Noah minivan dan model lain yang dijual di Japan serta 141,000 unit Avensis yang dijual di luar Japan.


Pegawai Toyota, Shiori Hashimoto berkata penarikan balik ini merupakan yang terbesar dalam tempoh 6 tahun. Ini merupakan kes penarikan balik kedua terbesar untuk kecacatan tunggal pada kereta.

Penarikan terkini ini menimbulkan kesulitan kepada Toyota dalam usahanya untuk mengekalkan kedudukan sebagai syarikat kereta pertama di dunia yang mementingkan kualiti. Reputasi Toyota mengalami krisis setelah penarikan balik akibat masalah brek yang menyebabkan kematian pemandu.

Toyota juga menarik balik sebanyak 335,000 unit Lexus yang dijual di luar Japan, termasuk 245,000 unit yang dijual di Amerika Syarikat. Ini disebabkan oleh masalah sensor tekanan minyak yang bersambung dengan paip saluran minyak enjin. 

Penarikan balik kereta model Noah di Japan bagi kereta yang dijual bagi tempoh Mei 2000 dan Oktober 2008.

Selain itu, Toyota juga menyatakan dalam kenyataan medianya bahawa mereka akan menarik balik van keluaran mereka, iaitu 75,000 unit model Crown dan 6,200 unit Townace akibat masalah yang sama seperti Lexus yang dijual di Amerika Syarikat.

Oleh yang demikian, pengguna yang memiliki model Toyota dinasihati untuk berhubung dengan bengkel Toyota yang terdekat atau Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) pada talian 03-7877 9000.

Sam Wong Chin Kah
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia