Di rantau Asia, restoran makanan segera muncul di merata-rata tempat, dan perniagaan restoran makanan segera juga berkembang secara besar-besaran di Kuala Lumpur. Kita dapat menjejaki restoran makanan segera di setiap penjuru bandaraya Kuala Lumpur.

Makanan segera memang telah menjadi satu budaya di Malaysia, dan ia tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan orang ramai. Kebanyakan orang bergantung pada makanan segera untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam mereka.


Di samping itu, untuk beradaptasi ke budaya tempatan, sesetengah pengusaha restoran makanan segera akan mengeluarkan citarasa tempatan seperti rasa pedas atau rasa tomyam yang disukari penduduk Malaysia. Ini telah menyebabkan berkeluasan makanan segera di Malaysia terutamanya di kalangan remaja.

Pengusaha restoran makanan segera bukan sahaja menubuhkan restoran di sini, tetapi mempromosikan budaya luar negara yang sememangnya tidak sesuai dengan budaya negara kita. Mereka sering menjual makanan berkalori tinggi yang tidak sihat, yang mungkin keperluan bagi penduduk di negara sejuk, tetapi bukan di negara kita.

Bagi penduduk Malaysia, pengambilan makanan segera yang berlebihan telah mengakibatkan masalah obesity dan kegemukan. Mengikut statistik yang ditunjukkan, obesiti di kalangan penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas meningkat tiga kali ganda daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 14 peratus pada 2006.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kadar kegemukan dan obesiti di Malaysia adalah tinggi berbanding negara-negara lain di rantau ini. Di Malaysia, 4 orang daripada 10 orang dewasa mengalami masalah kegemukan ataupun obesiti. 
Obesiti telah menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia. Obesiti berkait dengan kebanyakan masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak dan remaja.  Akibatnya, kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat.

Beberapa minggu dulu, Korea Selatan telah mengisytiharkan usaha untuk melarang pengiklanan makanan segera pada waktu tayangan program kanak-kanak di media telesyen. Initiatif daripada kerajaan Korea Selatan untuk menangani masalah kegemukan dan obesiti di kalangan rakyat.

Kajian telah menunjukkan bahawa iklan komersial sememangnya mempunyai pengaruh yang besar dalam pemilihan makanan di kalangan kanak-kanak serta remaja. Jadi, ushasa kerajaan untuk melarang pengiklanan makanan segera terus kepada mereka merupakan satu langkah pencegahan untuk menjaga kesihatan mereka.

Sam Wong 
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia