Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr. Marimuthu Nadason dilantik semula sebagai pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) bagi sesi 2013-2014.

Perlantikan tersebut dibuat oleh YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum pilihan raya umum ke-13, sebelum diambil alih oleh YB Dato’ Haji Hasan Malek.

Seramai 16 orang dilantik menganggotai MPPN bagi sesi 2013-2014, yang terdiri daripada Ketua Setiausaha KPDNKK,  wakil persatuan pengguna, badan bukan kerajaan yang lain, ahli akademik dan persatuan perniagaan.


MPPN merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999  bagi membincang dan menimbangkan isu-isu kepenggunaan, dan seterusnya memberikan nasihat kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Majlis penyerahan sijil perlantikan kepada pengerusi dan ahli-ahli MPPN lain disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Hasan Malek pada 25 Julai 2013.

Laporan oleh:
Mohd Yusof Abdul Rahman
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)