Pasaran gas asli cecair yang semakin mantap di Asia, akan berkembang lagi apabila Indonesia dan Malaysia, yang merupakan pengeluar gas asli cecair kedua dan ketiga terbesar di dunia, akan mula mengimport sumber tersebut untuk memenuhi permintaan tempatan.  

Indonesia sedang membina perhentian import yang mempunyai kapasiti sebanyak 10 juta ton. Pada masa yang sama, Malaysia akan menerima stok import pertama pada tahun 2013. Semua ini berlaku ketika Jepun meningkatkan penjana-penjana kuasa gas untuk menggantikan penjanaan tenaga nuklear yang telah tergendala. 

Harga yang tinggi akan menambahkan kesan kepada peningkatan kos tenaga di China dan India. Mereka sedang cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan penggunaan gas asli cecair untuk dekad yang akan datang.

Asia perlu membayar bayaran tambahan berbanding dengan pembeli di Amerika Syarikat dan Eropah kerana pembeli-pembeli mempunyai pilihan yang terhad. Mereka terpaksa membeli dengan harga tambahan tersebut agar bekalan sumber api yang konsisten dan harga gas asli cecair banyak dipengaruhi oleh harga minyak. 

Harga gas asli cecair di Asia meningkat hampir US$13.50 (RM40.50) per mmBtu pada akhir bulan Mei, meningkat daripada harga US$6.50 pada bulan Julai 2010. Harga tersebut berkemungkinan akan meningkat lagi sekiranya Jepun terus menutup reaktor-reaktor nuklearnya.  

Kedudukan Malaysia sebagai pengeluar LNG kedua terbesar di dunia telah digantikan oleh Indonesia pada tahun 2010. Sebagai pengeluar LNG terbesar di dunia daripada tahun 1984-2005, kedudukan Indonesia pula digantikan oleh Qatar pada tahun 2006. 

Namun, kedua-dua negara ini sedang menghadapi masalah pengeluaran yang menurun disebabkan tapak yang lama serta peningkatan permintaan daripada sektor penjanaan kuasa menyebabkan mereka memerlukan import gas asli cecair untuk memenuhi permintaan di sektor lain. 

“Kedua-dua negara ini sedang menghadapi isu permintaan domestik telah melebihi bekalan disebabkan oleh harga sumber bahan api yang telah disubsidikan.” Menurut Tilak Doshi, pakar ekonomi Institusi Kajian Tenaga, Singapura.  

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Pertamina daripada Indonesia dan PLN sedang membina lapan buah perhentian penerima di Indonesia timur, yang mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 1.4 juta ton setahun. 

Negara tersebut juga sedang membina perhentian yang berkapasiti 3 juta ton setahun di kepulauan Java, dan 1.5 hingga 2 juta ton setahun di Sumatra utara. Satu loji penerima yang berkapasiti 3 juta ton setahun sedang dibina di Java, yang separuh daripada bekalan tersebut berasal daripada kepulauan Borneo.

Pada masa ini, Indonesia mempunyai tiga buah perhentian export iaitu Bontang, Tangguh dan Arun yang membekalkan sumber api tersebut kepada pelanggan-pelanggan di Jepun dan Korea Selatan. Kapasiti di Bontang, yang terletak di pulau Borneo ialah 21.64 juta ton setahun, Tangguh di Papua mempunyai kapasiti sebanyak 7.6 juta ton setahun dan Arun di Aceh membekalkan 6.5 juta ton setahun. 

Pertamina telah memohon untuk menukarkan Arun kepada perhentian import dalam masa yang terdekat ini. Perkapalan yang membawa gas asli cecair daripada loji tersebut dijangka akan menurun daripada 36 kargo pada tahun 2010 kepda 31 kargo untuk tahun 2011 dan dihentikan terus pada tahun 2014. Satu kargo boleh memuatkan sebanyak 80,000 hingga 120,000 ton. 

Indonesia telah gagal untuk memenuhi bekalan tempatan sejak 2005 disebabkan kadar pengeluaran yang semakin menurun. 

Pengeluaran tahunan negara tersebut berkurangan daripada 419 kargo pada tahun 2005 kepada 358 kargo pada tahun 2008 berdasarkan data-data di dua loji di Bontang dan Arun. Pengeluaran tersebut meningkat kepada 427 kargo pada tahun 2010 disebabkan oleh pembukaan loji gas asli cecair ketiga pada tahun 2009. 

Namun, pengeluaran dijangka akan menurun kepada 362 kargo pada tahun ini menurut pihak penguatkuasa gas iaitu BPMigas. Untuk mengatasi masalah tersebut, Indonesia terpaksa membeli kargo pada pasaran dunia atau meminta pembeli untuk melambatkan penghantran kargo tersebut. 

Di Malaysia pula, sebuah loji penerima yang berkapasiti  3.8 juta ton setahun dibina di Melaka dan dijadualkan siap pada Jun 2012. Dalam masa yang sama satu kajian terperinci sedang dilakukan untuk membina sebuah lagi di Johor. Kapasiti di Johor masih belum diumumkan. 

Syarikat minyak negara, Petronas sedang mengendalikan salah satu kompleks gas asli terbesar dunia di Sarawak dengan jumlah kapasiti sebanyak 24 juta ton.

Pengeluar terbesar dunia iaitu Qatar sedang berusaha untuk meningkatkan import ke Asia. Pada masa yang sama, pengeluar keempat terbesar iaitu Australia mempunyai projek gas asli cecair berjumlah AS$200 bilion dan berhasrat untuk meningkat tiga kali ganda (60 juta ton setahun) import pada tahun 2020 untuk membantu permintaan di Asia. 

Walau bagaimanapun, penurunan bekalan daripada dua pengeluar terbesar di dunia menyebabkan harga gas asli cecair akan meningkat pada tahun 2014-2015 kerana bekalan baru daripada Australia dan Amerika Syarikat belum bersedia untuk memenuhi permintaan tersebut. 

“Era simpanan gas yang lumayan dan murah telah berakhir,” menurut Graham Tyler, ketua Wood Mackenzie di Asia Pasifik untuk sektor tenaga dan gas. 

Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia