Latarbelakang
Alam Flora merupakan ahli dari kumpulan syarikat DRB-HICOM.

Ia ditubuhkan pada tahun 1995 oleh konsortium yang diketuai oleh HICOM Holdings Berhad untuk menawarkan kontrak pengurusan sisa pepejal penswastaan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. 

Alam Flora juga diberi konsesi penswastaan bagi kawasan-kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang meliputi negari Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Walaupun penswastaan penuh belum berlaku lagi, namun operasi Alam Flora merangkumi spektrum penuh kegiatan pengurusan sisa pepejal di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah-daerah yang diurus oleh pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dan Pahang.
Isu semasa

1. Kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan pembersihan yang dahulunya diberikan kepada Alam Flora dan Alam Flora hanya perlu mengendalikan pengumpulan sisa sampah sahaja.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memutuskan bahawa Alam Flora hanya akan bertanggungjawab atas pengumpulan sampah, manakala pihak berkuasa tempatan akan ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
Sumber : The Star, pada 19 April 2011 (Selasa) 

2. Terdapat beberapa aduan yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan bahawa Alam Flora tidak melaksanakan kerja-kerja mereka dengan baik. Sebahagian kerja yang diserahkan kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Alam Flora tidak menjalankan kerja mereka dengan sempurna. Alam Flora yang sepatutnya memantau kontraktor-kontraktor tersebut telah gagal untuk berbuat demikian.

Beliau menyatakan bahawa pihaknya menerima banyak aduan dan kritikan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh kontraktor Alam Flora bahawa mereka adalah tidak cekap dan pihak kerajaan tempatan berhak untuk menangani situasi-situasi sebegini.
Elizabeth Wong @ The Star 7hb March 2011 (Isnin)

3. “Kami (Alam Flora) menyerahkan senarai kontraktor kepada pihak berkuasa tempatan dan merekalah yang membuat perlantikan”.

“Mereka akan mengemas kini senarai kontraktor yang dilantik dan kami hanya akan melakukan pemantauan sahaja,” katanya, sambil menambah bahawa Alam Flora hanya menerima antara empat dan lima peratus sebagai kos pengurusan untuk peranannya.
Alam Flora official @ The Star 7th March 2011

4. Pihak berkuasa tempatan kami hanya memiliki kuasa untuk menyalurkan aduan yang diterima dan mengesyorkan kepada Alam Flora agar tindakan diambil tetapi hak untuk menggaji ataupun memecat seorang kontraktor yang tidak cekap adalah di bawah bidang syarikat tersebut.
Ronnie Liu @ The Star, 23 March 2011

5. Kesedaran masyarakat dan tanggungjawab juga harus diberikan perhatian. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang sesuai atau dalam tong sampah yang diletakkan di depan rumah dan bukannya meletakkan di pinggir jalan. Sikap acuh tidak acuh (tidak ambil peduli) masyarakat merupakan masalah yang tidak pernah berakhir yang dihadapi oleh kontraktor pengumpul sampah. 

Masalah masyarakat yang tidak mempunyai tempat membuang sampah yang sesuai sehingga mereka meninggalkan sampah, diikat dalam beg plastik dan letak di atas tanah di depan rumah mereka. Hal ini mengundang kucing dan anjing liar yang menyelongkar sisa makanan di dalam beg plastik dan meninggalkan sisa secara bertaburan. Keadaan ini memaksa pekerja kami membersihkan kotoran tersebut dan ini memerlukan masa tambahan,” katanya.
Sumber: The Star, 13 May 2011

Setakat ini, Alam Flora mempunyai 2,747 pekerja, 290 kompaktor, 17 lori penyapu jalan, 18 jetters dan 12 vaksin-alls. Mereka beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Pahang dengan memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta orang dan mengendalikan sejumlah 2.1 juta tan sampah setahun.

Pandangan FOMCA

FOMCA menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pembersihan. Namun begitu, dalam dalam pelaksanaannya, ia hendaklah berdasarkan kepada prinsip berikut:

  1. • Mewujudkan persaingan sihat di antara kontraktor pengurusan sampah untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
  2. • Lesen Alam Flora tidak dihentikan sepenuhnya. Sebaliknya, mereka diperlukan untuk menumpukan perhatian yang lebih fokus pada pengumpulan sisa sampah. Ini mungkin membantu dalam mematuhi dengan Akta 2007 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang diharapkan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
  3. • Kerajaan negeri hendaklah memastikan bahawa hanya kontraktor yang mempunyai peralatan yang mencukupi dan struktur tadbir yang diurus dengan baik perlu diberikan lesen. Kerajaan negeri juga hendak sentiasa memantau prestasi mereka bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang tinggi dan baik diberikan kepada para pelanggan / masyarakat umum. Mereka juga perlu memastikan bahawa pihak berkuasa tempatan / daerah perlu mempunyai kapasiti yang mencukupi dan baik dari segi sumber-sumber manusia dan peralatan seperti jetters air, vaksin-alls serta lori penyapu jalan dan lain-lain.
  4. • Segala jenis sisa terutamanya sisa pepejal hendaklah dikendalikan secara mesra alam sekitar. Kerajaan negeri, para pemegang konsesi dan kontraktor hendaklah mencapai penyelesaian yang lebih efisien untuk memastikan masyarakat tempatan tidak menderita kerana kurangnya akses terhadap hak asasi mereka untuk mendapat persekitaran yang sihat.

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA