CTOS adalah simpanan data elektronik yang memberi maklumat am tentang sesebuah syarikat atau individu, manakala CCRIS adalah sistem informasi rujukan kredit yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Jika dibandingkan dengan CCRIS, CTOS mempunyai daya tarikan kuat dalam kalangan institusi kewangan, walaupun CCRIS adalah sistem bank sendiri.

Rekod yang ada pada CTOS amat berkuasa sehingga institusi kewangan boleh menolak permintaan pinjaman pelanggan walaupun rekod mereka bersih. Kemungkinan nama mereka pernah dimasukkan di dalam sistem CTOS semasa mereka memohon pinjaman wang.

Namun disebabkan rekod dalam sistem CTOS tidak dikemas kini, menyebabkan permohonan pinjaman tersebut ditolak. 

Siapakah itu CTOS? Mengapa CTOS perlu menyimpan rekod peribadi pihak ketiga? Kenapa Bank Negara Malaysia tidak menjadikan CCRIS sebagai rujukan penting kepada institusi kewangan sebelum meluluskan pinjaman?

Rakyat Malaysia khuatir dengan kebergantungan institusi kewangan terhadap data maklumat CTOS. Bank Negara Malaysia perlu mempertingkatkan keupayaan CCRIS agar lebih berkesan serta mewajibkan institusi kewangan hanya menggunakan CCRIS sebagai rujukan rekod utama apabila meneliti permohonan pinjaman. 

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)