DUNIA kini memasuki Revolusi Digital atau Revolusi Industri 4.0. Penggunaan Internet (IoT), data besar (big data), pangkalan data awan (cloud computering), blockchain dan lain-lain pastinya akan mengubah corak kehidupan manusia.Sistem pendidikan negara sebagai contohnya, pelajar kini dapat mencari maklumat melalui internet untuk menyelesaikan tugasan sekolah mereka.Di kawasan bandar kini, kerja-kerja sekolah pelajar telah mula disimpan di sistem awan dan ia membolehkan alat menggantikan ibu bapa dan guru.Ia memungkinkan pendidikan lebih berkualiti ditawarkan apabila ibu bapa yang tidak memiliki taraf pendidikan tinggi bagi membimbing anak-anak mereka untuk belajar begitu juga di kawasan suar mendapatkan guru.Pada masa akan datang, tidak mustahil pembelajaran dan pengajaran pelajar boleh menjadi fungsi syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan digital juga.Selain berada di sekolah, kanak-kanak boleh menikmati proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih fleksibel di mana sahaja.

Sekarang sebahagian besar rakyat Malaysia adalah pengguna internet dan sebahagian besar melayarinya melalui telefon bimbit.Masyarakat kini lebih cenderung dihubungkan melalui media digital dalam menjalani urusan seharian seperti membeli-belah, membuat bayaran perkhidmatan termasuk juga mengulang kaji pelajaran.Sejumlah besar daripada golongan itu ialah orang muda yang suka dihubungkan dan berkomunikasi. Mereka juga suka kepada perubahan serta kelainan.Kebanyakan adalah generasi baharu yang mengalami peralihan dalam gaya hidup lama kepada tradisi baharu.

Dinamik

Perkembangan dunia digital sangat dinamik sehingga perlahan-lahan tidak hanya mempengaruhi tetapi mengubah gaya hidup masyarakat tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun.Perkembangan digital dalam pendidikan berlaku amat cepat dan tidak perlu menunggu selama satu abad.Kanak-kanak sekolah sekarang seharusnya lebih cepat menyerap digitalisasi berbanding orang dewasa yang akan berhadapan dengan kehidupan digital.Dianggarkan 65 peratus daripada pelbagai pekerjaan akan digantikan dengan jenis kerja baharu yang tidak dapat dibayangkan.Banyak pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan, teknokrat, pemimpin masyarakat dan ibu bapa pelajar bimbang tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak.Sekolah juga mengenakan larangan kepada pelajar daripada membawa telefon bimbit.

Bidang teknologi digital dilihat dapat memberikan penyelesaian kepada masalah masyarakat dalam sektor pendidikan.Masih terdapat ibu bapa yang tidak dapat membantu anak-anak mereka belajar terutama di luar bandar.Ia kerana taraf pendidikan ibu bapa yang kini tidak lagi sesuai bagi membangunkan minda anak-anak di era digital dan bukan kerana mereka mempunyai pendidikan rendah atau jarang di rumah.Akibatnya, ramai kanak-kanak di kawasan di luar bandar mendapat pendidikan yang tidak menepati keperluan semasa.

Syarikat berasaskan teknologi digital kini berusaha menyediakan penyelesaian kepada masalah pendidikan di Malaysia dengan menyediakan platform pembelajaran melalui peranti mudah alih.Guru-guru yang telah teruji kualiti pembelajaran dan pengajarannya serta mempunyai kecekapan yang mencukupi untuk dapat mengajar dengan baik akan dijadikan kandungan dalam pembelajaran digital.Beberapa guru kumpulan terbaik mempunyai potensi besar untuk menjadi rakan kongsi dalam syarikat-syarikat pembelajaran digital boleh dibentuk.Guru-guru pula berpeluang memperoleh pendapatan mengikut bilangan pengguna yang menggunakan pakej pembelajaran mereka di platform digital.

Pakar

Aplikasi-aplikasi yang melibatkan pembelajaran dan pengajaran kini menduduki tempat pertama dalam kategori pendidikan di Google Play dan App Store. Contoh-contoh perkhidmatan yang disediakan oleh aplikasi tersebut ialah seperti TuTor On-The-Go.Ia adalah aplikasi untuk memudahkan pelajar menonton video tanpa kuota internet.Aplikasi-aplikasi digital ini juga memudahkan pelajar mengakses ribuan video, perbincangan dan latihan daripada pelbagai subjek di setiap peringkat gred.Video tersebut direka dan dihasilkan oleh pakar pendidikan digital dengan pengisiannya adalah berasaskan pilihan guru (tutor) pakar.

Terdapat juga institusi pendidikan yang menjalankan program yang dipanggil digitalbootcamp yang merupakan platform pembelajaran kumpulan dengan bimbingan tutor.Kumpulan perbualan pembelajaran itu menggunakan modul tutor pendidikan lengkap, latihan masalah dan percubaan, serta akses bahan video yang terdapat di ruang pembelajaran.Melalui perkhidmatan digitalbootcamp, ia seharusnya membantu pelajar mencapai skor yang lebih cemerlang.

Afizan Amer

Pensyarah Kanan Pemasaran Digital

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Kampus Rembau,

Universiti Teknologi Mara N. Sembilan