Malaysian Association of Standards Users - Overview, Competitors, and  Employees | Apollo.io06 Januari 2022
SHAH ALAM - Pembangunan berlebihan dan kekurangan pemuliharaan kawasan tadahan air serta kekurangan persediaan menghadapi bencana telah mendedahkan Malaysia kepada kesan banjir terburuk.

Setiausaha Agung Standard Users, Saral James Maniam berkata, hujan lebat dan air pasang menyebabkan beberapa sungai telah melimpah sekali gus mendedahkan banyak kawasan bandar dan hartanah ditenggelami air dan ribuan pemandu terkandas di atas jalan raya dalam kejadian banjir baru-baru ini.

“Ramai yang dipindahkan dari rumah mereka dan ada yang terkandas di atas bumbung rumah tanpa makanan dan minuman selama beberapa hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Saral berkata, Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (Nadma) telah melaporkan sebanyak 33 daerah di lapan negeri di Malaysia telah terjejas akibat banjir dan menyebabkan seramai 62,999 orang kehilangan tempat tinggal dan berada di 430 pusat pemindahan.

"Kejadian banjir yang bermula 18 Disember 2021 telah menyebabkan lebih 48 orang terkorban dan mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian kerana kerosakan harta benda, rumah dan infrastruktur awam," katanya.

Menurut Saral, kerajaan perlu menggunakan pendekatan yang lebih proaktif dan dinamik terhadap pengurusan banjir.

Beliau berkata, Malaysia perlu meneroka piawaian siri ISO 22300 mengenai keselamatan dan daya tahan sebagai panduan untuk menilai penilaian risiko, penyebaran dan komunikasi pengetahuan, pemantauan dan perkhidmatan amaran, keupayaan tindak balas dan komitmen pihak berkuasa dan komuniti terhadap kemampanan sistem amaran awal.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/181662/BERITA/Nasional/Pembangunan-berlebihan-beri-kesan-banjir-terburuk
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Jan 2, 2022 9:29 AM
Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bermula 15 Jan ini menerima reaksi berbeza pelbagai pihak.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata pelaksanaan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk memodenkan pembayaran tol dan menambah baik pengurusan kesesakan di plaza tol.

“Kita boleh lihat Singapura yang tidak mempunyai tol, perjalanan pengguna jadi lebih cepat sebab tidak perlu berhenti, sentuh kad dan sebagainya seperti yang kita amalkan sekarang,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Menurut Plus, pembayaran tol melalui RFID yang mula diperkenalkan pada 2018 melibatkan lebuh raya terpilih merupakan langkah awal kepada pelaksanaan pembayaran tol tanpa kehadiran plaza tol menerusi Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF).

Namun, Mohd Yusof berkata 20 laluan RFID di sembilan plaza tol Plus buat masa ini masih mempunyai palang dan keadaan itu menyebabkan pengguna lebuh raya perlu memperlahankan kenderaan sebelum imbasan dilakukan.

Mohd Yusof juga tidak menafikan kemudahan tambah nilai yang ditawarkan RFID yang boleh dibuat secara dalam talian seharusnya mendapat reaksi positif rakyat.

January 2, 2022 @ 11:03am
KUALA LUMPUR: The government's announcement to implement toll payment using the Radio Frequency Identification (RFID) technology on the main stretch of the North-South Expressway (PLUS) from Juru, in Penang, to Skudai, in Johor, effective Jan 15 received mixed reactions from various parties.

For Federation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA) deputy president Mohd Yusof Abdul Rahman, the implementation is in line with the government's intention to modernise toll payments and reduce congestion at toll plazas.

"We see Singapore, which does not have toll booths, travelling is faster because there is no need for motorists to stop, scan or touch the card and so on, like what we are doing now, " he said when contacted by Bernama.

According to PLUS, toll payment via RFID was first introduced in 2018 at selected expressways as an initial step to the implementation of toll transactions without the presence of toll plazas through the multi-lane free flow system or MLFF.

However, Mohd Yusof said the current 20 RFID routes at nine PLUS toll plazas still had bars and the situation caused highway users to have to slow down.

He said the value-added facility offered by RFID, which could be made online, should have been well-received by the public.
"As many people say, to top-up Touch' n Go is a hassle. You have to stop at convenience stores or petrol stations, and you have to have cash because cashless top-up is not possible.

"So RFID provides an easier option because the top-up can be done on smartphones either using a debit or credit card, or online banking. It also has a direct top-up feature using e-Wallet," he added.