Jumlah air yang digunakan oleh pengguna adalah melebihi daripada jumlah air yang mampu dimasukkan semula dalam kitar air secara semula jadi.

Pengguna juga telah membazirkan bekalan air yang sedia ada. Sekiranya musim kemarau berlaku, bolehkah tabiat penggunaan seperti ini disekat.

Ramai yang membantah jika diminta untuk mengurangkan penggunaan air atas alasan air banyak. Jika air berkurang, maka lebih banyak air baru perlu dicari!


Hakikatnya, air baru tidak boleh diwujudkan. Terdapat juga yang mencadangkan penyelesaian kepada masalah ini, iaitu mengitar semula air daripada air kumbahan. Negara Singapura umpamanya,  telahpun mengitar semula air kumbahan mereka untuk dijadikan air minuman, melalui program NEWater. Namun, mungkin program tersebut tidak perlu dilakukan di Malaysia.

Apabila mendengar perkataan `air kumbahan’, mungkin ramai yang berasa jijik,  apatah lagi jika untuk dijadikan sebagai air minuman. Mengitar semula air merupakan satu cara yang bijak dan bersih dalam menguruskan bekalan air. Namun begitu, yang menjadi kebimbangan adalah jaminan kebersihan air kumbahan kesan daripada masalah jangka masa panjang, iaitu perubahan ikilm, bahan cemar baru dan juga jumlah penduduk yang sedang meningkat!

Onn May Ling
Forum Air Malaysia