Pemanasan global telah menjadi isu terhangat yang sering disiarkan di dada-dada akhbar dan menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa. Tahukah anda bahawa suhu permukaan bumi telah mengalami peningkatan sebanyak 0.74 +/-  0.18 °C ( atau 1.33 +/-  0.32 °F ) dalam tempoh seratus tahun sehingga tahun 2005? Selain itu, menurut laporan terbaru yang telah dikeluarkan oleh  Intergovernmental Panel on Climate Control (IPCC) besar kemungkinan bahawa suhu permukaan  bumi akan meningkat lagi sebanyak 1.1  hingga 6.4 °C (ataupun 2.0 hingga 11.5 °F). Rajah di bawah menunjukkan graf peningkatan suhu global yang disokong dan disahkan olah pelbagai  masyarakat saintifik  yang sedang mengkaji fenomena pemanasan global ini di seluruh dunia.

Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiviti pembakaran terbuka, pulau haba serta pembebasan gas karbon monoksida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? Terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah.

Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan semua orang. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling sehingga melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipiskan lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon boleh menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa.

Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit, tumur akan membentuk dan menjadi sel kanser. Ini akan menyebabkan ramai penduduk bumi yang akan mati akibat kanser kulit. Kanser kulit sukar diubati dan penawarnya masih belum ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.

Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang melampau. Migrain yang disebabkan oleh pemanasan yang melampau boleh menyebabkan berlakunya pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.

Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba ialah keadaaan yang suhu di kawasan pusat bandar yang terhad keluasannya adalah lebih tinggi. Pulau haba disebabkan oleh asap-asap yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi karbon monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Oleh sebab itu, meminimumkan penggunaan kenderaan perlu dititikberatkan.

Fenomena pemanasan global adalah perkara yang menghantui masyarakat antarabangsa kerana ia memberikan kesan yang amat serius kepada penduduk dunia.. Oleh itu setiap orang perlu mengambil langkah pencegahan sebelum masalah pemanasan global menjadi lebih serius. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.

Vanitha Vasu
Forum Air Malaysia