9 Februari 2010 - Sejak beberapa tahun yang lalu, pihak kami telah mengutarakan isu berkaitan dengan penapis air. Akan tetapi, ia tidak berada di bidang kuasa mana-mana pihak. Pihak kami telah bertekad untuk mengkaji perkara ini lebih mendalam dan memberikan memorandum keapda pihak berkuasa mengenai maklumat mengelirukan yang disampaikan kepada pengguna untuk menyakinkan pembelian penapis air.


Isu pokok tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan penapis air sahaja dan air tertapis tidak mengandungi sebarang tenaga ataupun dakwaan-dakwaan mengelirukan yang lain. Memorandum ini mengandungi isu, keputusan kajian dan penyelesaian bagi masalah ini.

Pihak kami telah menyampaikan memorandum ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan Malaysia, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air).

Kami berharap pihak media dapat menyampaikan kaedah pemasaran sebegini yang digunakan untuk menipu pengguna. Kerja ringkas yang boleh dilakukan oleh penapis biasa di tokok tambah kepada penapis berharga beratusan atau ribuan Ringgit.

PESANAN KOMUNITI DARIPADA WECAM:

  1. Kenal pasti masalah kualiti air di kawasan anda. Anda mesti mengetahui bahan yang menyebabkan masalah kepada anda. Ini dapat dilakukan dengan senang melalui pemerhatian kepada kualiti air seperti warna dan bau.
  2. Kenal pasti jenis perawatan yang diperlukan, sama ada untuk keseluruhan rumah Titik Kemasukan (Point of Entry: POE) atau satu pili, Titik Penggunaan (Point of Use: POU). Kebanyakan masalah berpunca daripada karat, mangan atau bau, POE merupakan penyelesaian mudah, POU hanya digunakan jika bekalan air mempunyai masalah nitrat dan ammonia (bekalan air di Malaysia tidak mempunyai masalah ini) kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan. POU boleh digantikan melalui proses pendidihan air sebelum penggunaan.
  3. Jika air anda berwarna, gunakan sistem penapis yang biasa, gunakan penapis bersaiz 0.5 mikrometer atau 5 mikron. Ini mencukupi untuk mengeluarkan pepejal terampai dalam air. Warna secara biasanya disebabkan oleh paip besi bergalvani dan mangan.
  4. Jika bau atau rasa merupakan masalah utama, karbon teraktif boleh menyelesaikan masalah anda. Karbon teraktif mengeluarkan bahan organik yang menyebabkan bau dan rasa.
  5. JANGAN percaya dakwaan mengenai KEBAIKAN KESIHATAN yang diberikan untuk menjual penapis air. Penapisan asas sudah mencukupi. Didihkan air untuk penggunaan, ini boleh membunuh bakteria.

Tanggungjawab Pengguna-pengguna:

  1. Pastikan jenis penapis adalah bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Periksa semua dakwaan oleh syarikat penapis air dengan agensi bertauliah.
  2. Jika penapis anda mengeluarkan klorin daripada air terawat, jangan simpan air yang ditapis terlalu lama. Adalah disyorkan bahawa ia digunakan setelah dididihkan. Air TIDAK BOLEH disimpan terlalu lama tanpa klorin.
  3. Selenggara penapis anda dengan kerap. Kegagalan menyelenggara boleh menyebabkan kontaminasi yang lebih teruk kepada air yang anda gunakan kerana penapis gagal untuk berfungsi.
  4. Jika anda mempunyai masalah kualiti air atau ingin melaporkan tentang syarikat yang memberikan dakwaan yang salah, anda boleh membuat laporan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau e-Aduan di www.nccc.org.my atau hubungi pusat aduan di talian 03-7877 9000.
  5. For more information please email us at This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Piarapakaran Subramaniam
Setiausaha Agung
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia 
(Water and Energy Consumer Association of Malaysia – WECAM)