Kuala Lumpur, 28 Julai, 2011 – Citibank berganding dengan Astro dan ERA Consumer Malaysia melancarkan musim ketiga program “Tambahkan Nilai Ringgit Anda”. Program “Tambahkan Nilai Ringgit Anda” merupakan suatu usaha yang berterusan untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan lagi amalan pengurusan kewangan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah hingga pertengahan di Malaysia.

Program “Tambahkan Nilai Ringgit Anda” dilancarkan menerusi suatu kempen informersial besar-besaran melalui TV dan radio yang bakal disiarkan mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2011, bertepatan dengan dua perayaan - Ramadhan membawa kepada Hari Raya dan Deepavali.

Tajuk-tajuk perbincangan di  TV Astro - iaitu “Cara Berhemat Antara Hari Gaji”, “Mengatur Bajet Isi Rumah”, “Cara Lain Cari Pendapatan” dan “Merancang Persaraan” - akan disiarkan 122 kali di lapan saluran, khususnya Astro RIA, Astro Prima, Astro Awani, Astro AEC, Astro Hua Hee Dai, TVB Asia, Vellithirai dan SunTV pada hari Sabtu dan Ahad.


Informersial radio pula akan meliputi tajuk  “Mendidik Anak-anak Tentang Wang”, “Mengawal Kredit” dan “Merangka Rancangan Kewangan” akan ke udara sebanyak 164 kali melalui tiga saluran radio Astro  iaitu Sinar FM, My FM dan Mix FM, juga pada hari Sabtu dan Ahad. 

Program “Tambahkan Nilai Ringgit Anda” dibiayai oleh Yayasan Citi.

‘Program kami “Tambahkan Nilai Ringgit Anda” adalah kali ketiga di Malaysia. Pihak kami menyambut baik sambutan terhadap program ini dan kami ingin mencapai jumlah orang yang lebih ramai dalam kelompok sasaran. Bagi kami, pendidikan kewangan merupakan suatu proses pembelajaran yang berterusan. Rakyat yang memahami peri pentingnya merancang, mengatur bajet, menabung dan melabur pastinya akan memberi sumbangan kepada pertumbuhan dan kesejahteraan sosioekonomi negara,” ujar Sanjeev Nanavati, Ketua Pegawai Eksekutif Citibank Berhad. 

Latar Belakang Citi

Citi, syarikat perkhidmatan kewangan global terunggul, memiliki kira-kira 200 juta akaun pelanggan dan menjalankan urus niaga di lebih 160 negara dan bidang kuasa.   Citi menawarkan pelbagai produk serta perkhidmatan kewangan merangkumi perbankan dan kredit pengguna, perbankan korporat dan pelaburan, pembrokeran sekuriti dan pengurusan harta kepada para pengguna, badan korporat, kerajaan dan institusi.  Maklumat lebih lanjut boleh diperolehi di www.citigroup.com

Latar Belakang Yayasan Citi
Yayasan Citi komited untuk memperkasa ekonomi individu dan keluarga, terutama golongan yang berkeperluan, dalam komuniti di mana kami menjalankan urusan supaya mereka boleh meningkatkan tarif hidup mereka. Secara global, sasaran strategik Yayasan Citi adalah terhadap bidang tumpuan keutamaan seperti berikut: Mikrokewangan dan Mikroperusahaan, Perniagaan Kecil dan Berkembang, Pendidikan, dan Pendidikan Kewangan dan Pembinaan Aset. Yayasan Citi bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Mikrokewangan dan Mikroperusahaan, dan Perniagaan Kecil dan Berkembang untuk menyokong program alam sekitar dan inovasi. Maklumat tambahan boleh diperolehi di www.citifoundation.com

Latar Belakang ERA Consumer Malaysia
Ahli Sekutu Consumers International, ERA Consumer Malaysia adalah sebuah pertubuhan sukarela, tanpa untung dan tanpa politik yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966. Dalam soal piawaian, ERA Consumer bertindak sebagai badan pengawas pengguna dalam panel kerajaan yang mengusahakan penerimaan piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Piawaian Antarabangsa. Mengenai isu perlindungan pengguna, ERA Consumer bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Pejabat Serantau Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dalam isu-isu alam sekitar.

Liew Siew Hui
ERA Consumer Malaysia