Kota Kemuning, 27 April 2011 – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengadakan aktiviti penutup Minggu Tidak Menonton TV di Tadika Kinderland, Kota Komuning, Shah Alam.

Aktiviti dimulakan dengan kanak-kanak tadika melukiskan kegiatan yang mereka lakukan sepanjang Minggu Tidak Menonton TV. Sebanyak 19 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti melukis tersebut.

Selepas selesai melukis, kanak-kanak yang terpilih diminta untuk menceritakan tentang lukisan mereka. Majlis kemudiannya diikuti dengan pengalaman ibu bapa kanak-kanak ketika melayani karenah anak-anak mereka apabila tidak menonton tv. Ada juga ibu bapa yang menyatakan bahawa anak-anak mereka sendiri meminta mereka menutup televisyen apabila mereka ingin menonton tv.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebut ialah membaca buku, bermain di padang permainan, melawat taman haiwan dan sebagainya.

 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato’ Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, wakil ibu pejabat Kinderland, para guru, ibu bapa dan wakil media.

Laporan oleh:
Mohd Yusof Abdul Rahman