Ini merupakan tahun kedua bagi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), bersama-sama dengan rakan kempennya, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Majlis Belia Malaysia (MBM), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhimatan Awam (CUEPACS) dan Petronas telah menganjurkan 'Kempen Pengguna Berhebat'. Pada 2009, kami telah melancarkan "Kempen Pengguna Berhemat" di Institute of Marketing Malaysia (IMM), PJ.


Berhemat bermaksud satu keadaan yang seseorang itu menyedari tentang pemikiran dan perilaku sendiri serta senantiasa bersikap berhati-hati. Langkah pertama untuk membina pengguna berhemat adalah dengan mengetahui nilai dan sikap kita.

'Pengguna berhemat' merupakan seseorang yang:

  • Menyedari tentang pendapatan dan perbelanjaannya
  • Mengetahui tentang keperluan serta kehendaknya
  • Merancang keperluan sekarang dan masa hadapan
  • Berbelanja berdasarkan apa yang diperlukan sahaja
  • Mengguna pakai tindakan yang menjurus kepada penggunaan lestari
  • Menghormati semua makhluk daan juga proses semula jadi
  • Tidak menonjolkan identitinya berdasarkan kepada faktor kebendaan

'Kempen Pengguna Berhemat' akan dilancarkan seperti berikut:
Tarikh:  5 - 2 - 2010 (Jumaat) 
Masa: 10 pagi
Venue: IMM, PJ