Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.

Jenis Standard
Standard Mandatori : Standard yang wajib dipatuhi dalam pembuatan/pengeluaran sesuatu barang.
Standard Voluntari  : Standard yang diguna pakai secara sukarela dalam pembuatan/pengeluaran sesuatu barang.

Mengapa perlunya standard?

  1. Memastikan barang  dan perkhidmatan adalah SELAMAT untuk digunakan.
  2. Memastikan pengguna menikmati barang dan perkhidmatan yang selamat dan berkualiti.
  3. Memastikan barang yang digunakan selamat kepada alam sekitar.
  4. Memastikan sesuatu barang menepati tujuan penggunaannya (fit the purpose) dan diterima di peringkat antarabangsa.

 

Apakah nama bagi dokumen standard di Malaysia?
Dokumen tersebut dikenali sebagai Malaysian Standard (MS)

Standard digunakan untuk:
Menetapkan Saiz
Saiz bagi barang boleh diselaraskan dan ini memudahkan pengguna untuk membeli dengan mudah. Cth: saiz baju, kasut, soket, plug dll.

Kemudahan
Pengguna boleh mendapatkan sesuatu barang yang mempunyai ciri-ciri yang sama di mana- mana sahaja

Kelulusan Spesifikasi

Sesuatu barang dan perkhidmatan boleh dihasilkan di mana- mana dengan spesifikasi yang sama seperti dinyatakan dalam dokumen standard

Ekonomi yang cekap
Barang yang dihasilkan di Malaysia boleh di eksport ke luar negara kerana piawaian yang  sama.

Apakah agensi yang bertanggungjawab untuk membangunkan standard di Malaysia?
Jabatan Standard Malaysia atau STANDARDS MALAYSIA

Antara pihak-pihak lain yang terlibat dalam pembangunan standard bagi barang dan perkhidmatan pengguna.

  1. Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia
  2. SIRIM
  3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Kebaikan penggunaan standard

  1. Menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna
  2. Menjamin keselamatan dan kualiti barang
  3. Melindungi alam sekitar
  4. Meningkatkan daya saing
  5. Membuka laluan pasaran
  6. Memudahkan perdagangan
  7. Meningkatkan prestasi ekonomi

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard  Malaysi