Kacang hijau buatan yang mengandungi bahan toksik berbahaya telah ditemui di Hunnan, China. Bahan toksik ini boleh mengancam kesihatan manusia sekiranya dimakan.

Kacang hijau buatan ini mempunyai warna yang luar biasa serta mengeluarkan bau yang menusuk. Terdapat laporan mengatakan bahawa selepas kacang ini dimasak selama 20 minit, ia tidak menjadi lembut, sebaliknya air di dalamnya telah bertukar warna menjadi hijau.


Kacang hijau buatan ini dihasilkan dengan menggunakan kacang kering yang direndam dalam air. Dengan menggunakan pewarna hijau dan sodium metabisulfit (sejenis aditif makanan yang digunakan sebagai agen peluntur dan pengawet), maka kacang kering ini akan mengembang dan berwarna kehijau-hijauan. 

Penggunaan pewarna hijau ini dilarang dalam hasilan ladang kerana ia mungkin boleh mengakibatkan kanser. Pengambilan sodium metabisulfit yang berlebihan akan menghalang penyerapan kalsium oleh tubuh manusia.

Pengguna dinasihatkan supaya memeriksa kacang hijau yang dibeli. Sekiranya terdapat kesan-kesan sebagaimana yang dinyatakan, mereka hendaklah melaporkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-8885 0600 talian 03-7883 5400 atau Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di talian 03-7877 9000.

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
1 April 2010