Sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok. Antaranya ialah hospital / klinik, lapangan terbang, lif dan tandas awam, restoran berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah dan ruangan pejabat swasta dengan sistem penghawa dingin yang berpusat.

Namun begitu, masih terdapat perokok yang menghisap rokok di kawasan yang disenaraikan. Malah penulis sendiri pernah ternampak orang yang merokok di lobi hotel yang mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, tetapi tiada seorang pun yang menghalang dia merokok.

Premis kerajaan merupakan tempat larangan merokok, tetapi puntung rokok masih terdapat di sekitar laluan masuk dan tandas berhawa dingin.

Ini bererti terdapat orang yang merokok di tempat larangan merokok ini.

Perokok Malaysia adalah degil. Mereka berokok di merata-rata tempat tanpa memikir tentang orang lain.

Perokok muncul di merata-rata tempat, di kedai mamak, kedai kopi dan di atas jalan. Walaupun apa awalnya mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi apabila merokok, mereka akan berkumpul dan merokok dengan sewenang-wenangnya.

Kerajaan telah mengeluarkan undang-undang dan akta untuk mendenda sesiapa yang merokok di tempat awam. Mereka yang melanggar undang-undang akan didenda sehingga RM10,000 ataupun dipenjarakan selama 2 tahun. Namun jumlah penduduk yang merokok di tempat awam masih tinggi.

Kerajaan telah membuat dasar, mengubal undang-undang untuk menangani masalah merokok di tempat awam, tetapi tidak ada tindakan penguatkuasaan dilakukan. Oleh yang demikian, masih terdapat orang merokok di tempat larangan ini.

Penguatkuasaan yang ketat amat diperlukan untuk melarang orang yang merokok secara suka hati di mana-mana tempat larangan. 

Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia