KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima hampir 10,377 aduan melibatkan transaksi dalam talian sehingga Ogos, tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, aduan melibatkan transaksi dalam talian merangkumi 35 peratus daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima oleh KPDN.

Tambah Fuziah, KPDN kini sedang mengawal selia Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 bagi mencadangkan mekanisma kawal selia bersesuaian untuk memastikan kebajikan pemain industri dan pengguna terjamin.

“Regulasi yang bakal dilakukan bukan meliputi undang-undang semata-mata. Disebabkan perkembangan sektor e-dagang yang sangat pesat, kita perlu lihat bagaimana untuk tambah baik atau mungkin datang dengan (mekanisme) baharu.

“Sebagai contoh, penipuan yang berlaku dalam talian. Kami perlu kaji apakah mekanisme atau rangka kerja terbaik untuk kawal masalah ini,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar Seminar Today Malaysia e-Commerce di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral di sini, hari ini.

Cover Story: Redefining the M40IPOH: Empowering the M40 group will be among the focuses in Budget 2024, says Steven Sim.

The Deputy Finance Minister II said the middle-class needed assistance and to be empowered as they also contribute to the country's economy.

"Due to the Covid-19 pandemic, 20% of the M40 fell into the B40 category.

"They are the economy generators and workforce, and they are the ones who will spend in the local economy," he told a press conference after attending the Budget 2024 Roadshow at the state secretariat building here on Monday (Sept 18).

"We want to empower them," he added.

Sim said the other focuses of the budget included the small medium enterprises (SMEs).

"The SMEs make up about 98% of the country's economy.

"We want to help our entrepreneurs restructure and add value to their industry, and we want to see high-tech and high value industries to be brought in.

"We do not want the businesses to just prosper, but also to be healthy, strong and smart, so that they can compete regionally and globally, not just in the country,” he said.

KUALA NERUS – Golongan peniaga makanan termasuk nasi bajet mula berkira-kira untuk menaikkan harga jualan ekoran kenaikan harga beras tempatan sejak ke­belakangan ini.

Tinjauan di beberapa gerai dan restoran di daerah ini dan Kuala Terengganu semalam mendapati ramai peniaga mengeluh dan mengakui tidak mampu lagi menanggung kos operasi yang semakin melambung.

Seorang peniaga nasi bajet yang mahu dikenali sebagai Sal, 44, tidak menolak kemungkinan terpaksa menaikkan harga jualannya pada masa terdekat.

Wanita itu mendakwa, selain beras, harga bahan mentah lain seperti bawang, ayam, ikan dan sayur juga tidak begitu stabil sejak lebih sebulan lalu.

GEORGE TOWN – Seorang kerani wanita berusia 51 tahun terpaksa berputih mata apabila kerugian RM326,100, selepas menjadi mangsa penipuan melibatkan ‘phone scam’, baru-baru ini.

Wanita berusia 51 tahun itu telah membuat laporan polis pada Isnin lalu apabila menyedari dirinya menjadi mangsa sindiket penipuan selepas membuat transaksi berperingkat menerusi enam akaun berasingan sejak Julai hingga Ogos lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, mangsa memaklumkan dia telah menerima panggilan telefon daripada seorang suspek (suspek pertama) yang mengaku sebagai pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).


“Suspek kemudian memberitahu mangsa terlibat dalam kes kecurian pendawaian elektrik dan pengubahan wang haram.

“Seterusnya panggilan telefon tersebut telah disambung kepada seorang individu lain (suspek kedua) yang mendakwa dia daripada satu agensi pihak berkuasa dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.

IPOH – Bimbang ditangkap kerana kononnya terlibat aktiviti pengubahan wang haram dan pengedaran dadah, seorang pesara wanita kerugian kira-kira RM1.4 juta selepas terpedaya sindiket ‘phone scam’.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penipuan itu bermula selepas wanita berusia 62 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 27 Mac 2020 dengan memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran barang.

Katanya, individu terbabit memberitahu mangsa yang dia mempunyai satu bungkusan yang bermasalah.

“Mangsa kemudian membuat pengesahan dakwaan itu melalui nombor telefon palsu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang diberikan suspek dan bercakap dengan seorang lelaki menyamar pegawai polis.

“Pegawai polis itu telah memberitahu bahawa mangsa terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan dadah selain mempunyai waran tangkap mahkamah atas namanya,” katanya, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Isu kekurangan bekalan beras negara dan kenaikan harga beras import mendapat perhatian Ahli-Ahli Parlimen pada sesi perbahasan hari kedua usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Mereka berpendapat masalah itu perlu ditangani dengan kadar segera bagi meredakan keresahan dalam kalangan rakyat memandangkan beras ialah makanan ruji di negara ini.

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera bagi menampung kekurangan 38 peratus bekalan beras untuk kegunaan tempatan.

Beliau berkata, negara berdepan saingan sengit dari Indonesia yang ketika ini mempunyai 42 peratus kekurangan bekalan beras tempatan dan Filipina yang merupakan negara pengimport beras terbesar di Asia Tenggara dengan nilai import mencecah kira-kira AS$1.3 bilion pada 2021.

"Tambahan pula, kerajaan India telah menyekat eksport beras dari negara berkenaan yang telah melonjakkan harga jualan beras putih import di seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa 1 Sept 2023 iaitu kenaikan sebanyak 36 peratus.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil inisiatif lebih proaktif dalam aspek keselamatan makanan, khususnya beras supaya negara tidak terlalu bergantung kepada makanan import yang disifatkan terlalu mahal.

Setiausaha Agung FOMCA, Saravanan Thambirajah, berkata tidak dinafikan negara kini bergantung kepada makanan import di mana dilaporkan sudah mencapai nilai RM60 bilion.

Katanya, sekiranya negara memberi tumpuan lebih kepada aspek keselamatan makanan negara, secara tidak langsung kos import boleh dikurangkan dan dalam masa yang sama penghasilan produk tempatan boleh menampung permintaan pasaran tempatan.

"Buat masa ini kita hanya mampu menampung sebanyak 75 peratus saja keselamatan makanan, berbanding sepatutnya 100 peratus.

"FOMCA juga menerima banyak maklumat daripada pengguna di mana beras import semakin mahal menyebabkan permintaan terhadap beras tempatan meningkat.

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite 5G: Data Internet 60GB RM60 sebulan mulai 31  Ogos 2023 - TechNave BMKUALA LUMPUR: Sejumlah 47,000 set telefon pintar jenama Samsung dan Honor bagi Pakej 5G RAHMAH tiba di Malaysia minggu ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kesemua telefon pintar itu akan diedarkan ke pusat pengedaran syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam menyediakan Pakej 5G RAHMAH.

"Pihak telco memaklumkan ia adalah satu jumlah yang mencukupi dan mereka akan pantau untuk pastikan jumlah peranti ini terus mencukupi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sungai Klang di Jalan Klang Lama di sini semalam.

Pakej 5G RAHMAH ditawarkan untuk semua rakyat Malaysia bermula 31 Ogos lepas dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

KUALA LUMPUR: Malaysia is on track to build 500,000 affordable homes by the end of the 12th Malaysia Plan (12MP).

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim during the presentation of the mid-term review of the 12MP said that 108,373 units of affordable homes have been built until the end of last year.

"In the matter of housing, the government is always careful and has mades it a main agenda that cannot be compromised.

"We are aware that house prices and rising rental rates have burdened the people," he said in parliament today.

He also said the main shift in Public Housing will continue to be improved through the transition from the concept of ownership to the concept of residence.

What is Healthcare? A Guide to Understanding Healthcare Systems – healthcare  nt sickcareKUALA LUMPUR: The government is committed to improving the people's quality of health under the 12th Malaysian Plan (12MP) through the Health White Paper.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said this includes upgrading a total of 1,200 health clinics across the country between 2023 to 2025 to guarantee the best services and quality are delivered.

"The government through the 12MP also agreed to speed up the first phase of the Hospital Sultanah Aminah upgrading project, with an estimated cost of RM500 million to address the traffic congestion at the hospital," he said when tabling the mid-term review of 12MP in Dewan Rakyat, today.

The government will also scrutinise the proposal to rent high-tech equipment, including the implementation of electronic medical records at government hospitals and health clinics nationwide to ensure smooth and systematic medical records, he said.