Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Institut Perniagaan Beretika Malaysia (BIEM) mengesa pihak Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) supaya memansuhkan bayaran masuk untuk mengunjungi MATTA Fair Kuala Lumpur 2008 dari 5hb hingga 7hb September 2008 di PWTC.

MANSUH TIKET MASUK

Ini adalah kerana program promosi ini tidak memberi faedah nyata kepada pengunjung berbentuk pendidikan ataupun pembaharuan kecuali mereka yang membeli produk pelancongan. Hanya kelebihan aadalah pengguna dapat membanding dan memilih keperluan mereka setempat. 

Bagaimanapun pihak MATTA harus lebih mesra pengguna untuk membenarkan pelawat secara percuma sepertimana diamalkan oleh penganjur PC Fair yang mana memberi manfaat dari segi pengenalan produk-produk baru serta teknologi inovasi untuk meningkatkan produkiviti. 

FOMCA dan BIEM juga mendesak pihak MATTA melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan amalan perniagaan yang beretika di kalangan ahli-ahli yang diwajibkan menjadi ahli MATTA untuk mendapatkan Lesen Agensi Pelancongan dari Kementerian Pelancongan. 

Pihak MATTA tidak harus menggunakan kedudukan untuk berniaga dan mengaut keuntungan berlipatganda tetapi juga menjalankan tanggungjawab kepada pengguna.

ADUAN-ADUAN
Pihak FOMCA telah menerima 1,107 aduan melibatkan industri pelancongan pada tahun 2007 dan bagi 2008 hingga kini 600 aduan diterima. 

Masih banyak syarikat agensi pelancongan yang dikesan menerima aduan berulang dan adalah tanggungjawab pihak MATTA untuk memastikan aras pematuhan amalan perniagaan beretika di kalangan ahli-ahlinya. 

Tahap aduan yang tinggi melibatkan industri pelancongan menggambarkan kelemahan pengurusan dan kawalselia oleh agensi bertanggungjawab. 

Sebagai panduan kepada pengguna laman web FOMCA akan menamakan 5 agensi pelancongan yang terlibatk dalam pertikaian yang berulangan dengan pengguna supaya pihak pengguna lebih berhati-hati untuk berurusan semasa MATTA Fair kali ini.

Untuk maklumat lanjut hubungi,
En. Muhammad Sha’ani bin Abdullah (013 336 3647),

FOMCA menyarankan kajiansemua tambang bas ditanggungkan sehingga tahun 2009. Walaupun permohonan kenaikan berasas dari segi peningkatan kos operasi pengusaha tetapi bantuan untuk mengatasi beban pengusaha harus ditanggung oleh kerajaan pada masa ini.

Ini adalah untuk memberi masa untuk pengguna menyesuaikan kepada beban yang timpah dengan kenaikan harga petrol tidak lama dahulu. Pihak kerajaan harus merangka insentif dan bantuan untuk pengusaha bas mengatasi beban kos pengedalian.

PENGANGKUTAN AWAM


Tindakan menambahbaiki perkhidmatan pengangkutan awam harus disegerakan dengan penyelesaian kepada pemberian subsidi disel yang mencukupi kepada pengusaha bas.

Dalam keadaan tekanan peningkatan harga-harga barangan, tiada kenaikan tambang bas harus dipertimbangkan pada masa ini supaya ini tidak menambah kegawatan dihadapi sekarang.

Penjualan tiket-tiket bas oleh ulat-ulat di terminal-terminal bas harus dibenteras segera dengan penguatkuasaan yang berterusan dan tegas supaya tiada pengguna teraniaya di musim perayaan tidak lama lagi akibat penguatkuasaan bermusim ataupun tipuhelah pengusaha tidak berlesen. Kini banyak pihak mula menjual tiket-tiket musim Hari Raya Aidilfitri tanpa sebarang rujukan syarikat berlesen yang sah. 

Para pengguna juga harus membeli tiket dari kaunter bas yang sah supaya tidak terdedah kepada penipuan serta tidak memberi isyarat bahawa bersedia membayar tambang bas yang lebih tinggi.

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
FOMCA

Untuk keterangan lanjut hubungi Sdr Muhammad Sha'ani b. Abdullah 013-3363647)

HARGA PETROL, KERAJAAN JIMAT RM13.7 BILION
MENAMBAHBAIKI PENGANGKUTAN AWAM 
KADAR SEMUA UTILITI PERLU JUGA DISELARAS
KENDERAAN ASING MESTI DILARANG BELI PETROLIUM BERSUBSIDI

Berkuatkuasa tengah malam 5hb Jun 2008 harga petrol dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter adalah selaras dengan usaha untuk membawa harga runcit bersamaan dengan harg sebenar barangan tersebut.

Pengguna harus menyedar bahawa petrolium sebagai saty sumber yang bukan boleh diperbaharui, perlu merancang penggunaan yang berhemah supaya pengurusan sumber ini dapat bertahan lebih lama. Juga Malaysia kini sebagai pengeluar dan pengeksport harus bersedia untuk menghadapi tahun 2014 yang dijangkakan negara perlu mengimport untuk menampung keperluan dan pada tahun 2020an menjadi mengimport sepenuhnya keperluan petrolium.

Walaupun demikian pihak kerajaan MESTI memenuhi janji untuk mengurangkan beban kos sarahidup ke atas pengguna dengan memastikan perbelajaan kerajaan adalah berhemah dan mematuhi ketelusan serta kebertanggungjawapan awam supaya lebih peruntukan dapat diagihkan ke sektor sosial dan ekonomi secara cekap.
Bayaran rebet tunai bahanapi tidak harus menjadi tindakan bantuan kerajaan kepada rakyat.

Di samping tarif TNB juga tarif dan kadar-kadar perkhidmatan Telekomunikasi, Air, Cukai Jalan, Tambang Pengangkutan Awam, Kesihatan, Pendidikan dan Perumahan harus diselaraskan supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat keselesaan hidup.

Sehubungan ini FOMCA mencadangan,

Kerajaan HARUS mengarahkan semua GLC mengkajisemula kadar-kadar perkhidmatan kepada pengguna diselaraskan supaya pengguna kecil DIKENAKAN kadar rendah dan pengguna berpendapatan tinggi dikenakan kadar lebih serta kadar berdasarkan unit masa sesaat dan sewa bulanan dihapuskan.

Kerajaan HARUS mengarahkan semua tindakan oleh bank-bank mengutamakan penjadual semula bayaran balik pinjaman ataupun penukaran kepada pinjaman bertempoh (term loan) bagi kemudahan kad kredit & over-draf yang bermasalah.

Kerajaan harus mengarahkan KWSP melalui Malaysian Building Society Bhd (MBSB) & SPNB menyediakan pinjaman perumahan kepada ahli-ahlinya dengan kadar faedah yang rendah ataupun tanpa faeda kepada golongan berpendapatan rendah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Muhammad Sha’ani b Abdullah AMP.,
Setiausaha Agung FOMCA
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Muhammad Sha’ani Abdullah di talian 013-3363647

Sememangnya bank-bank sebagai pemberi pinjaman berhak untuk menuntut pinjaman dari peminjam. Peminjam sewabeli kenderaan yang ditimpa musibah kewangan tidak mempunyai peluang untuk meringankan masalah kerana bank-bank sentiasa menggunakan kekerasan dan hak mutlak untuk menuntut tunggakan dengan menarik kereta.

Setelah kehilangan kereta pengguna dibebani kos tambahan untuk membayar kos upah tarik kereta, kos penyimpanan serta lain-lain kos.

Apakah pembelaan kepada pengguna yang menghadapi masalah kewangan?

Pengguna yang tertunggak dipaksa untuk membayar sepenuhnya tunggakan. Jika gagal kereta ditarik. Jika pengguna tidak membenarkan ditarik tunggakan secara bayaran sebahagian tidak dilayan.

Di manakah keadilan  bagi meraka yang menghadapi masalah kewangan yang runcing, mungkin ditimpa kemalangan, kehilangan pekerjaan, dialami sakit ….? NCCC mendesak AKTA KREDIT digubal segera untuk membela pengguna secara adil dan saksama.

Sejak rancangan 360 di TV3 malam tadi, banyak aduan dan pertanyaan berhubung hak pengguna berkaitan tukang-tukang kereta yang kasar dan ganas diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).

NCCC nasihatkan pihak pengguna yang menghadapi masalah bayaran ansuran sewabeli,

  1. Berhubung segera terus dengan pihak bank untuk mengaturkan pembayaran yang tertunggak. Jika bank tidak layan sila berhubung dengan NCCC segera.
  2. Jangan sekali membuat bayar terus kepada tukang tarik untuk mengelakkan tindakan ditarik kereta. Esok hari tukang tarik lain akan datang untuk manarik.
  3. Pengguna mesti mengelakkan dari tunggakan yang menggunung yang tiada siapa dapat bantu.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi,
Muhammad Sha'ani b. Abdullah
Ketua Eksekutif
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Kenaikan perbelanjaan sarahidup akibat peningkatan harga keperluan harian seperti makanan, perkhidmatan utiliti, perkhidmatan kesihatan dan perubatan, perkhidmatan pos,pengangkutan dan telekomunikasi memberi impak ke atas kehidupan rakyat.

Untuk mengatasi kesan buruk dari kenaikan harga, FOMCA merasakan masa amatlah kritikal untuk kewujudan Suruhanjaya Harga di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal Pengguna sebagai agensi pusat untuk menyelaras, memantau dan mengawal harga-harga barangan dan perkhidmatan di negara ini.

FOMCA memandang berat kejadian-kejadian pengambilan untung yang berlebihan di mana peniaga tidak bertanggungjawab khususnya industry makanan dan minuman, menaikkan harga berlipat ganda untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Badan mengawal harga wujud di banyak negara. Negara maju seperti United Kingdom, dan Australia mempunyai badan regulatori harga, Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Bebas untuk Harga dan Regulatori. Di negera membangun seperti di Kenya dan Jamaica badan kawalselia harga seperti Suruhanjaya Monopoli dan Harga dan Suruhanjaya Perniagaan Adil wujud lebih sedekad untuk memastikan harga perkhidmatan utiliti awam pada tahap yang berpatutan.

Singapura mempunyai Suruhanjaya Persaingan dan Akta Amalan Perniagaan Adil untuk memastikan harga dan mutu barangan dan perkhidmatan pengguna adalah berpatutan.

FOMCA mencadangkan suatu rangka-kasar penubuhan Suruhanjaya Harga untuk memantau mengawalselia harga-harga barangan dan perkhidmatan keperluan asas. Suruhanjaya ini boleh ditubuhkan di bawah undang-undang seedia-ada seperti Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan atau Akta Perlindungan Pengguna. Peruntukan tambahan boleh dipinda ataupun dirangka untuk memberikan kuasa kepada suruhanjaya.

Bidangkuasa dan Peranan

  1. Suruhanjaya ini merupakan suatu badan kawalselia ekonomi bebas yang menyelia, memantau dan mengawal harga barangan dan perkhidmatan terkawal di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas badan kawalselia industry dan agensi kerajaan lain berkaitan dengan penetapan harga.
  2. Suruhanjaya akan menggalakkan kecekapan ekonomi dan kepentingan pengguna dan ekonomi Malaysia melalui kawalan ke atas amalan-amalan anti-saingan (anticompetitive) dan tindakan melalui dominasi pasaran.
  3. Menasihat kerajaan atau agensi kerajaan berkenaan isu-isu seperti menetapan harga, kecekapan pasaran, struktur industi dan persaingan.
  4. Membantu badan kawalaselia industri lain dan agensi regulatori kerajaan lain.

Suruhanjaya Harga berfungsi untuk mengawalselia perkhidmatan keperluan asas seperti air, elektrik, komunikasi, pengangkutan dan perkhidmatan pos dengan kata lain untuk industri ini ia menjadi badan bersepadu sistem kawalselia ekonomi dan perlesenan di Malaysia termasuk harga dan tahap kualiti perkhidmatan. Mekanisme kawalselia harga baran-barang keperluan akan di kajisemula dan diselaraskan dengan fungsi Suruhanjaya Harga.

Tujuan Khusus

Tujuan khusus Suruhanjaya Harga akan berbeza mengikut rangka kawalselia yang kini wujud untuk mengawalselia industri berkenaan. Bagaimanapun, secara amnya tujuan suruhanjaya adalah,

  • Menggalakkan suasana kawalselia harga yang stabil.
  • Menggalakkan persaingan (atau mengaruh kesan ke arahnya) di kalangan pembekal/penyedia baranagn dan perkhidmatan keperluan.
  • Melindungi pengguna dengan memastikan kemampuan untuk membeli, mutu dan keyakinan ke atas pembekal/penyedia barangan dan perkhidmatan keperluan asas serta mengambilkira impak sosial akibat dari tindakanya.
  • Memantau pematuhan industri ke atas kewajipan dan syarat-syarat lesen.
  • Memantau tahap persaingan dan ketelusan pasaran dalam ekonomi.
  • Memastikan pengguna yakin ke atas ketepatan maklumat yang mereka terima untuk membolehkan keputusan pemilihan dengan penyebaran maklumat harga barangan dan perkhidmatan keperluan asas secara berkala.
  • Memastikan pembekal/penyedia barangan dan perkhidmatan keperluan asas dihindar dari mengambil untung keterlaluan melalui mekanisme kawalselia dan amalan perniagaan adil.
  • Mentadbir undang-undang lain yang berkaitan yang diturunkuasa kepada suruhanjaya.
  • Suruhanjaya Harga tidak tertakluk kepada kuasa mutlak mana-mana Kementerian. Ini adalah untuk memastikan Suruhanjaya Harga dapat melaksankan tujuannya secara rasional, objektif dan keputusan tidak dipengaruhi mana-mana pihak luar.

Bidangkuasa Suruhanjaya
Suruhanjaya Harga akan kawalselia semua harga-harga barngan dan perkhidmatan keperluan asas termasuk,

Barangan
1. Barangan keperluan asas di bawah mekanisme kawalan harga yang tersedia wujud. Penambahan barangan lain akan diputuskan oleh suruhanjaya berdasarkan keperluan
masa ke semasa.

Perkhidmatan
1. Air
2. Elektrik
3. Perkhidmatan Kesihatan dan perubatan
4. Pengankutan awam
5. Perkhidmatan pos
6. Perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia

Komposisi Perwakilan
Untuk memastikan keadilan, saksama dan kecekapan, perwakilan dalam suruhanjaya yang samarata dari perlbagai pihak berkepentingan (stakeholders) adalah penting. Suruhanjaya Harga harus merangkumi perwakilan tiga pihak dari agensi kerajaan, industri dan pertubuhan sosial seperti pergrakan pengguna untuk mewakili suara orang awam.

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA

Cadangan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar hospital swasta yang mempunyai 50 katil dan ke atas menubuhkan Lembaga Pelawat amat dialu-alukan. Ini bagi mencontohi langkah penubuhan badan seumpama itu di hospital kerajaan yang dianggotai oleh individu-individu yang aktif dalam masyarakat. 

Penubuhan Lembaga Pelawat ini amat wajar sekali kerana ia dapat mengelakkan timbulnya masalah hospital swasta yang beroperasi tanpa berlesen atau tidak menjalankan  tanggungjawab sosial terhadap pesakit kecemasan.