PETALING JAYA, 5 FEB – Kerajaan gagal memberikan penjelasan tentang ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan sebanyak RM28 bilion. Ini ditegaskan oleh Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru ketika berucap merasmikan portal berita KonsumerKINI, pada hari ini di Petaling Jaya.

Beliau, yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, seterusnya menyatakan, ketirisan perbelanjaan ini telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Inggeris pada bulan Oktober 2009, dengan memetik kenyataan daripada Menteri Kewangan Kedua dan Laporan Ketua Audit Negara.

PETALING JAYA, 5 FEB - Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad telah merasmikan portal berita, KonsumerKINI hari ini di Petaling Jaya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengalu-alukan usaha FOMCA mewujudkan KonsumerKINI sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu kepenggunaan kepada rakyat.

“Saya menyokong usaha FOMCA ini kerana usahanya menyebarkan pandangannya melalui KonsumerKINI untuk diketahui oleh pihak-pihak yang berkenaan. Walaupun adakalanya saya sendiri tidak bersetuju dengan pandangan FOMCA, terutamanya ketika saya menjadi menteri dahulu, tetapi rasa tidak bersetuju itu lebih kepada masalah strategik dan fikiran yang berbeza.”, ujar beliau.

Dalam masa yang sama, beliau mengulas peranan kerajaan yang sewajarnya menyebarkan maklumat sebanyak mungkin kepada rakyat agar rakyat faham tentang sesuatu dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Kerajaan perlu mempunyai satu dasar tentang penyebaran maklumat kepada rakyat. Apabila kerajaan telah menetapkan sesuatu dasar, maka dasar itu perlu dikongsikan kepada semua pihak, terutama sekali rakyat, agar mereka memahami mengapa sesuatu dasar itu dibuat.

 

Datuk Shahrir Samad sedang melayari portal KonsumerKINI selepas melancarkannya. Di sebelah kiri beliau ialah Datuk Marimuthu, presiden FOMCA. Turut bersama ialah Dato’ Paul Selva Raj (CEO CRRC) di sebelah kiri, dan Muhammad Sha’ani Abdullah, CE0 NCCC paling kanan.

Beliau mengambil contoh tentang satu laporan akhbar berbahasa Inggeris tentang wujudnya ketirisan atau pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan sebanyak RM28 bilion. Laporan tersebut turut disertai oleh kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua dan Laporan Ketua Audit Negara. Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang masalah tersebut agar tidak wujud kekeliruan dalam kalangan rakyat. Namun ini tidak gagal dilakukan.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut melancarkan Kempen Penggunaan Berhemat, yang merupakan satu daripada Kempen Konsumer Kebangsaan, yang dianjurkan oleh FOMCA selama 4 tahun, iaitu 2008 hingga 2012.

Dalam pada itu, Datuk Marimuthu Nadason, presiden FOMCA dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan kewujudan KonsumerKINI adalah untuk memudahkan pelbagai pihak, khususnya media untuk mendapatkan pandangan FOMCA tentang sesuatu isu kepenggunaan. Beliau memahami masalah yang dihadapi oleh media untuk mendapatkan maklum balas FOMCA tentang sesuatu isu. Oleh itu dengan melayari portal KonsumerKINI, media boleh mengambil pandangan FOMCA.

Dalam majlis itu juga diadakan acara menandatangani Memorandum Persefahaman antara FOMCA dengan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC). NCCC dan CRRC pada mulanya ditubuhkan oleh FOMCA sebagai unit aduan dan penyelidikan. Namun kini kedua-dua organisasi tersebut telah didaftarkan sebagai syarikat tanpa jaminan pada tahun 2008. Memorandum Persefahaman ini bertujuan untuk mewujudkan jaringan antara ketiga-tiga organisasi.

KonsumerKINI boleh dilayari di www.konsumerkini.net.my. Selain itu, maklumat KonsumerKINI juga boleh diikuti melalui Twitter, iaitu www.twitter.com/konsumerkini.

Mohd Yusof Abdul Rahman
5 Februari 2010 , 12. 20pm

5 Februari 2010 - Pada hari ini, 5hb Februari 2010, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melancarkan portal berita pengguna, KONSUMERKINI – yang bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat pengguna di Malaysia dan sejagat mengenai berita, pandangan, pendirian FOMCA tentang pelbagai isu yang berkaitan dengan kepenggunaan.

KERAJAAN akan memperjelaskan lagi definisi pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan skim piramid dalam pindaan akta Jualan Langsung 1993. Pindaan ini amat wajar sekali kerana pengguna masih terus-menerus diperdaya oleh skim ini.

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mewajibkan semua syarikat jualan langsung mendapatkan lesen sebelum menjalankan menjalan operasi jualan langsung. Namun begitu, biasanya pelan pemasaran yang dilaksanakan tidak sama seperti yang diserahkan semasa memohon lesen.

Ini merupakan tahun kedua bagi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), bersama-sama dengan rakan kempennya, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Majlis Belia Malaysia (MBM), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhimatan Awam (CUEPACS) dan Petronas telah menganjurkan 'Kempen Pengguna Berhebat'. Pada 2009, kami telah melancarkan "Kempen Pengguna Berhemat" di Institute of Marketing Malaysia (IMM), PJ.

Keselamatan alat permainan kanak- kanak sememangnya telah menjadi suatu isu yang membimbangkan ibu bapa. Alat permainan kanak- kanak yang tidak mematuhi standard keselamatan telah menyebabkan pelbagai masalah, dan salah satu contoh ialah kandungan plumbum yang tinggi. 

Kandungan plumbum ini wujud dari cat- cat yang digunakan untuk mengecat alat permainan- kanak – kanak. Satu persoalan yang sering kali ditimbulkan oleh ibu- bapa ialah “ Bagaimana saya hendak memilih alat permainan yang selamat untuk anak saya?’ Salah satu cara untuk memilih alat permainan  yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melihat kepada pelekat pada kotak alat permainan  yang menyatakan umur yang sesuai untuk dibeli.

Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi Nano adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer, biasanya 0,1 sampai 100 nm (satu nanometer sama dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta milimeter). Istilah ini kadangkala diterapkan ke teknologi sangat kecil. 

Apabila sesuatu struktur, peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri- ciri bahan tersebut boleh berubah, dan membolehkan perkara- perkara yang unik dihasilkan. Contohnya, sesuatu ubat boleh dijadikan lebih effektif dan lebih kuat, makanan yang boleh tahan lebih lama dan mengubah struktur makanan supaya lebih bernutrisi, penghasilan  barangan yang lebih fleksibel dan sebagainya.

27 Januari 2010 - Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak telah menghadiri Persidangan Antarabangsa Tenaga Masa Depan di Abu Dhabi. Salah satu agenda beliau adalah untuk menyaksikan perjanjian kerjasama antara MASDAR dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk melaksanakan projek dan melabur dalam teknologi bersih di Malaysia. Perjanjian tersebut juga memberikan peluang kepada 1MDB meneroka kemungkinan membangunkan bandar raya bebas karbon yang pertama di Malaysia.

Sebagai pengguna kita sememangnya menerima hakikat kenaikan kos bahan api fosil berterusan disebabkan kewujudannya yang terhad. Tambahan pula, kecekapan industry tenaga dari segi pengstrukturan, ekonomi dan operasi memainkan peranan yang sangat penting.

Dalam keadaan yang tidak jelas bagi proses penetapan tariff di Malaysia, pelbagai pihak akan mewujudkan suasana yang kelam-kabut dan mengelirukan. Perkara paling asas yang perlu dilakukan adalah penggabungan sektor-sektor yang berkaitan tenaga sebagai satu agensi. Ini dengan jelasnya akan memastikan agensi ini mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Ini merupakan perkara penting untuk memastikan Jaminan Tenaga (Energy Security) di Malaysia. Sabah dan Sarawak mesti termasuk dalam proses ini.

Apakah masalah utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini? Adakah masalah rasuah, perhubungan etnik atau isu-isu keagamaan? 

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center,  masalah utama bagi rakyat Malaysia adalah masalah ekonomi, iaitu 43 peratus, manakala 9 peratus pula mengatakan isu etnik, dan 9 peratus lagi mengatakan rasuah.