- Details
Kepentingan sarapan telah dinafikan semenjak zaman dahulu. Namun kini kepentingannya telah dibuktikan dari segi sains kesihatan.
Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa mengelakkan sarapan pada awal pagi ini akan meningkatkan risiko obesiti, mengumpul lemak yang besar di sekitar pinggang, membentuk penyakit diabetis dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Kaitan penyakit ini dengan kegagalan mengambil sarapan disebabkan oleh fakta bahawa bahawa tabiat ini akan menyumbang kepada ‘snacking’ iaitu pengambilan makanan ringan. Makanan ringan mengandungi gula dan kalori yang tinggi untuk mengisi perut dan membekalkan tenaga.
Kajian yang dilakukan ke atas 2,184 rakyat Australia pada tahun 1985, mendapati kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak mengambil sarapan mempunyai ukuran pinggang yang lebih besar, tahap kolestrol yang tinggi dan tahap insulin yang tinggi, yang merupakan simptom penyakit diabetis. Selain itu, golongan ini mempunyai gaya hidup yang tidak sihat.
Satu lagi kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan pengambilan sarapan adalah baik untuk kesihatan jantung dan kesihatan secara keseluruhan.
Makanan yang seimbang dan tetap adalah langkah pertama untuk mengekalkan kesihatan seseorang. Oleh itu seseorang digalakkan supaya mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada masa yang tetap. Selain itu, elakkan daripada makan pada lewat malam.
Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
- Details
Air merupakan keperluan asas kepada manusia. Secara purata, badan manusia meliputi antara 60% hingga 65% air, manakala tisu-tisu dalam otak manusia pula mengandungi 85% air. Badan manusia boleh bertahan sehingga empat minggu tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup tiga hari sekiranya tidak minum air. Air minuman boleh didapati pada kadar yang murah dan muda didapati di dalam negara. Namun, masih ramai yang memilih untuk minum minuman soda yang berlebihan dalam kehidupan harian.
Air adalah penting sebagai pengangkutan nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan dalam sistem badan. Tenaga seharian bergantung kepada air dan kekurangan air adalah penyebab utama kepada keletihan pada siang hari. Badan memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi memastikan sistem badan berfungsi dalam keadaan yang optimum. Selain itu, air juga merupakan pembantu diet, pengurang lemak badan dan juga mengurangkan pengumpulan sodium dalam badan.
Minum air yang mencukupi dapat membantu mengubati alergi, asma, kemurungan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala dan keletihan. Di samping itu, lapan hingga sepuluh gelas air sehari akan dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi.
Menurut kajian, kebanyakan rakyat di Malaysia tidak meminum air yang mencukupi sehingga mereka mengalami dehidrasi. Hanya sebanyak 2 peratus penurunan air dalam badan mencukupi untuk menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek, masalah untuk matematik asas dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menurut kajian yang telah dijalankan, minum 5 gelas air sehari dapat mengurangkan kadar kanser kolon sebanyak 45%, kanser payu dara sebanyak 79% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.
Secara purata di Malaysia, pernah dilaporkan bahawa sebanyak 1000 tin minuman ringan diminum pada setiap minit. Dalam masa sepuluh tahun sahaja, keperluan minuman ringan dalam golongan remaja dan kanak-kanak telah meningkat dua kali ganda. Bahan aktif dalam minuman ringan adalah asid fosforik yang mengganggu penyerapan kalsium dan menyebabkan kereputan gigi dan tulang. Disebabkan itu, tulang-tulang akan menjadi semakin rapuh dan mudah retak ataupun patah.
Gula merupakan isu utama dalam minuman ringan. Satu tin minuman ringan mengandungi 10 sudu gula dan 150 kalori. Selain itu, gula juga meningkat tahap insulin yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit jantung, kegemukan, diabetes dan pelbagai kesan buruk yang lain. Syarikat-syarikat minuman ringan ini juga menggunakan gula buatan seperti Aspartame sebagai pengganti kepada gula. Terdapat 92 jenis kesan-kesan buruk yang disebabkan oleh penggunaan aspartmane, seperti kanser otak, diabetes, kecacatan, epilepsi dan kemurungan.
Selain kandungan gula yang tinggi dalam minuman ringan, kandungan kafein juga adalah setinggi 30mg hingga 55mg dalam satu tin. Kafein yang berlebihan berpotensi menyebabkan insomia, tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak selaras, kolesterol dalam darah yang tinggi, kehilangan vitamin dan mineral dalam badan dan pelbagai jenis kanser. Di samping itu, minuman ringan juga mengandungi banyak perisa dan pewarna yang tidak memberi manfaat kepada tubuh badan.
Secara kesimpulan, minuman ringan adalah sebab kepada banyak jenis penyakit. Minum minuman ringan juga menghilangkan selera untuk makan sayur-sayuran, protein dan makanan lain yang diperlukan oleh badan.
Oleh itu minumlah air minuman biasa dan bersih untuk kesihatan anda!
Foon Weng Lian
Forum Air Malaysia
- Details
Label pemakanan yang terdapat pada makanan segera tidak akan menghentikan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Melabelkan fakta pemakanan pada bungkusan burger, kentang goreng dan produk lain yang mengandungi lemak tinggi, tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam pemilihan restoran yang ingin dikunjungi.
Walaupun peraturan mewajibkan pelabelan mandatori ini, tetapi kajian yang dijalankan selama 13 bulan menunjukkan cita rasa pengguna masih tetap sama, iaitu menggemari makanan yang berkalori tinggi.
Profesor Eric Finkelstein dari Duke-National, University of Singapore berkata, hasil kajian yang dilakukannya menunjukkan tiada sebarang perubahan dalam corak pembelanjaan yang dapat dikesan, walaupun peraturan telah dilaksanakan.
Pelabelan wajib ini tidak akan dapat untuk mempengaruhi gejala obesiti. Namun jika ia digabungkan dengan langkah-langkah lain, maka ia dapat mengurangkan kes kegemukan.
Sebanyak 15 restoran telah mengambil bahagian dalam projek obesiti yang dilakukan di Washington.
Restoran makanan segera hendaklah mendedahkan maklumat kalori bagi setiap makanan yang dijual. Beberapa syarikat makanan segera di England, termasuk McDonald’s, mencetak fakta tentang kalori, lemak, garam dan kandungan karbohidrat makanan untuk membantu orang ramai membuat pilihan yang sihat.
Walaupun begitu, menurut American Journal for Preventive Medicine, penjualan dan purata kalori per transaksi tidak berubah dengan pelaksanaan pelabelan mandatori itu.
Ini mungkin disebabkan oleh maklumat pemakanan yang terperinci ini bukan cara terbaik untuk menyampaikan isu kesihatan tentang makanan segera dengan berkesan.
Sebagai contoh, jika anda mengetahui restoran yang menawarkan minuman soda diet yang biasa, tetapi adakah maklumat kalori dalam minuman soda diet ini berguna. Golongan yang memerlukan minuman kalori rendah pasti inginkan minuman soda diet ini.
Sebelum peraturan ini dikuatkuasakan, sesetengah restoran telah mengenal pasti logo kesihatan yang akan diletakkan pada menu makanan.
Logo yang ringkas ini menunjukkan jenis makanan yang lebih sihat. Maklumat ini hanya berguna bagi mereka yang ingin memilih makanan yang lebih sihat, tetapi tidak menyumbang kepada usaha untuk menangani isu obesiti.
Prof Finkelstein menyatakan bahawa walaupun panel fakta pemakanan diwajibkan untuk semua makanan dibungkus, tetapi kadar obesiti masih meningkat di Amerika Syarikat.
Kajian lebih lanjut perlu dilakukan untuk menentukan punca dan maklumat yang dapat memupuk pengguna untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Di Malaysia, Peraturan-Peraturan Makanan mewartakan bahawa semua makanan dibungkus perlu mempunyai panel fakta pemakanan. Kebanyakan makanan dibungkus mempunyai panel fakta pemakanan, tetapi ada juga makanan dibungkus yang dikeluarkan oleh industri kecil dan sederhana yang tidak mempunyai sebarang panel fakta pemakanan.
Masalah ini perlu ditangani agar pengguna dapat menikmati makanan yang sihat untuk tubuh mereka. Jika maklumat pada panel tidak dibekalkan, jenis khasiat makanan yang diambil tidak akan diketahui.
Walaupun kajian terhadap peraturan pada panel fakta pemakanan di Amerika Syarikat tidak menunjukkan keputusan yang menggalakkan, tetapi Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia tetap yakin bahawa maklumat yang dicetak itu dapat memberi panduan pada pengguna agar bersikap berhati-hati terhadap makanan yang mereka ambil.
Pengguna digalakkan untuk meneliti panel fakta pemakanan sebelum membeli suatu produk makanan. Elakkan produk yang tidak mempunyai sebarang label.
Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
- Details
Standard baru ISO menyediakan keperluan state-of-art bagi penyinaran makananyang biasanya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan dalam pemprosesan makanan. Standard ini akan memberi manfaat kepada pengeluarpengendali penyinaranpengawal seliapelanggan dan akhirnyapengguna
"ISO 14470:2011Food irradiation – Requirements for the development validation and routine control of the process of irradiation using ionizing radiation for the treatment of food" bukan sahaja menyediakan keperluan tetapi juga memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam penyinaran makanan.
Penyinaran makanan merupakan proses yang mendedahkan makanan kepada ionizing radiation dalam meningkatkan keselamatan dan kualiti. Ia bertujuan untuk digunakan hanya kepada makanan yang telah dihasilkan di bawah prinsip-prinsip amalan pengilangan baik (GMP).
Penyinaran makanan boleh digunakan untuk tujuan yang berlainantermasuk mengawal kawalan mikroorganisma patogen dan parasitpengurangan bilangan mikroorganisma kerosakanperencatan percambahan mentolubi dan akar tanamanmelanjutkan jangka hayat produk atau rawatan fitosanitasi.
Objektif utama ISO 14470:2011 adalah:
- Menyediakan keperluan untuk penyinaran makanan selaras dengan standard dan amalan semasa.
- Menyediakan arahan perjanjian teknikal antara pelanggan dan pengendali penyinaran (irradiator)
- Mewujudkan satu sistem dokumentasi untuk menyokong kawalan di atas proses penyinaran makanan.
Mariana Funes dan Antonuccio Noeliayang mengetuai dua jawatankuasa projek yang membangunkan standard iniberkata: "ISO 14470 akan menyumbang kepada keyakinan dan ketelusan dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sektor makanan dan juga akan membantu menyediakan pengawal selia dan wakil-wakil pengguna dengan maklumat yang lebih baik tentang produkyang seterusnya membolehkan pilihan yang lebih baik. "
ISO 14470:2011Food irradiation -- Requirements for the developmentvalidation and routine control of the process of irradiation using ionizing radiation for the treatment of food was developed by Technical Committee ISO/TC 34Food products.Ia boleh didapati dari ahli institusi negara. Ia juga boleh diperoleh secara terus daripada SO Central Secretariatprice 98 Swiss francs masing-masing melalui Store ISO atau dengan menghubungi jabatan PemasaranKomunikasi & Maklumat.
Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
- Details
Makanan merupakan keperluan seharian manusia. Terdapat pelbagai jenis makanan di pasaran. Namun begitu, kualiti dan keselamatan makanan perlu diberikan perhatian kerana ia dapat menjamin kesihatan seseorang. Oleh itu, pihak yang melibatkan diri dalam bidang penyediaan makanan perlu menjaga kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan kerana ia mampu memberi kesan kepada tahap kesihatan.
Pengadu A
“Saya telah pergi ke sebuah restoran yang terkenal di kawasan Brickfields. Saya dan kawan saya telah memesan sejenis makanan yang sangat popular di restoran itu. Pelayan telah membawa makanan tersebut dan meletak di atas meja. Bau makanan itu agak semacam sahaja. Kami pun makan makanan teresbut. Tiba-tiba kawan saya menjerit, yang menyebabkan saya juga terkejut. Rupa-rupanya, dalam makanan itu mendapati banyak ulat kecil. Ulat-ulat itu biasanya terdapat dalam bangkai binatang. Selepas itu, kami terus melaporkan kepada pengurus restoran itu. Mereka meminta maaf dan tidak mengenakan bayaran untuk makanan tersebut. Kami terus keluar dari restoran dan membuat aduan di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). Selepas itu, kami telah fobia dan tidak selera untuk makan.“
Pengadu B
“ Saya telah membeli tepung susu jenama K untuk anak saya yang berumur 2 tahun. Setelah pulang ke rumah, tanpa dilihat kandungan tepung susu itu, saya telah membancuh susu dan memberikan kepada anak saya. Semasa saya membasuh botol susu tersebut, saya ternampak serangga-serangga yang kecil dalam botol itu. Sejurus itu, saya melihat dalam pek tepung susu dan berasa terperanjat. Dalam pek tepung susu tersebut, terdapat banyak serangga yang kecil. Saya terus membawa anak saya ke klinik berdekatan untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada ada perkara yang buruk berlaku. Makanan kanak-kanak juga tidak terjamin kualiti lagi.”
Pengadu C
“Saya telah membelikan coklat jenis D untuk anak-anak saya. Nasib baik, pada hari itu saya yang membuka coklat tersebut. Dalam coklat itu, terdapat 4 ekor ulat. Ulat-ulat itu seperti sudah lama berada dalam coklat itu. Saya telah memeriksa tarikh luput dan mendapati tarikh luput masih lama lagi. Saya memang terkejut dan tidak puas hati terhadap syarikat itu.”
Nasihat NCCC
Berdasarkan kepada contoh-contoh aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) tentang kualiti dan keselamatan makanan. Maka menjadi tanggungjawab pihak pengeluar, pengilang dan penyedia makanan untuk mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat. Namun, sebagai seorang pengguna yang bijak, anda juga perlu mengetahui cara-cara untuk memilih makanan yang berkualiti dan selamat :
a) Lihat tarikh luput makanan
b) Tidak makan makanan yang berbau.
c) Periksa warna sesuatu makanan.
d) Selalu berhati-hati semasa memberi makanan kepada kanak-kanak.
e) Memastikan cara penyimpanan makanan di kedai tersebut adalah betul
f) Memastikan kebersihan premis makanan yang dipilih.
g)Periksa pelabelan makanan
Jadilah sebagai pengguna yang bijak dan cuba menilai kualiti dan keselamatan makanan! Sebarang aduan yang berkaitan dengan makanan boleh dilaporkan kepada :
KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 WP Putrajaya,
Malaysia.
Tel: +603-8883 3558
Faks: +603-8889 3815 / 3341
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
atau
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Laman sesawang : www.nccc.org.my
Shanmugapriya Mohan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
- Details
The Malaysian Association of Standards Users and its members are gravely concerned with the contamination of whey protein concentrate with the notorious botulism toxin. The CDC and several other health literatures (and a known fact) states that botulism is a muscle-paralyzing disease caused by a toxin made by a bacterium called Clostridium botulinum.
They also classify botulism into (source CDC):
- Foodborne botulism - occurs when a person ingests pre-formed toxin that leads to illness within a few hours to days. Foodborne botulism is a public health emergency because the contaminated food may still be available to other persons besides the patient.
- Infant botulism occurs in a small number of susceptible infants each year who harbor C. botulinum in their intestinal tract.
- Wound botulism occurs when wounds are infected with C. botulinum that secretes the toxin
About Botulism
CDC also provides information on the symptoms of foodborne botulism such as:
- symptoms appearing between 6 hours to 10 days (most commonly between 12 and 36 hours) after eating food that contains the toxin.
- include double vision, blurred vision, drooping eyelids, slurred speech, difficulty swallowing, dry mouth, and muscle weakness that moves down the body, usually affecting the shoulders first, then the upper arms, lower arms, thighs, calves, etc.
- paralysis of breathing muscles can cause a person to stop breathing and die, unless assistance with breathing (mechanical ventilation) is provided.
Standards Users concerns
Since this incident affects infant formula besides other products which uses whey protein such as yoghurt, energy drinks, biscuits etc we urge the Food Safety Quality Division to open up several 24 hours helpline than just a media release on its website and newspaper to address public concerns. Our call centers are currently flooded with enquiries and there is no helpline or enough information on the division’s website to address public concern especially parents.
We urge the ministry and the division to publish up to date information either a positive list or negative list of the products involved in this latest incident.
We also urge the division to obtain list of all Fonterra’s customers and also ensure that they do not use or have issued recalls of their products which use whey protein concentrate from Fonterra (similar to what Danone has done). It could be ice-cream or cakes or anything that uses whey protein in their formulation.
We hope that the emergency response system in FSQD and among food and beverage manufacturers and the whole supply chain in Malaysia operates efficiently following lessons learnt and improvement made after the melamine incident in 2008 – which is also associated with Fonterra Group.
Once again, this incident warrants heightened and efficient response and action due to the high risk group involved – namely children, pregnant mothers and also the elderly
Laboratory Capacity
On the same issue, we also urge the upcoming national budget for 2014 – which is expected to be tighter than past year to ensure that there is no compromise in the capacity of the Food Safety Quality Divisions role and tasks to improve food safety in Malaysia. There should be increased allocation to ensure that laboratories and well equipped with both human and materials to handle food surveillance and emergency response situation. We are a net food importing nation and the food import bill keeps swelling making us vulnerable to food safety incidents like this (botulism), melamine and tainted meat and counterfeit products.
If importing food cannot be avoided, our surveillance and emergency response mechanism must be tried and tested to ensure that it is effective all the time.
Food Security
The above does not underestimate the efforts needed to address our dependency on food import such increasing yield of local produce, making them more accessible to Malaysians, increasing agriculture land to produce food for local consumption, anticipating and addressing impacts of climate change and so on.
All those involved in food supply chain from farm to fork (including consumers) need to address issues like wastage running into thousands of tonnes a day, ensuring food safety and making food more accessible and affordable. We look forward to a effective, clear and transparent mechanism to ensure that the above is realized in the very near future rather than later.
Datuk Dr. Marimuthu Nadason
President
Malaysian Association of Standards Users
- Details
PETALING JAYA, 10 Oktober 2013 - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah menjalankan operasi pemeriksaan ke atas produk makanan yang telah tamat tarikh luputnya di 3 buah pasar raya besar di sekitar Lembah Klang. Operasi pemeriksaan ini telah dilakukan pada 2 Oktober, 3 Oktober dan 7 Oktober 2013, yang melibatkan 12 orang staf.
Hasil daripada operasi pemeriksaan selama tiga hari tersebut, yang diketuai Dato’ Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA dan Encik Saravanan Thambirajah, Pengarah Operasi FOMCA, sebanyak 75 jenis produk makanan yang tamat tarikh luput berjaya dikenal pasti dan dibeli.
Dalam sidang media yang diadakan pada 10 Oktober 2013, di Institut of Marketing Malaysia di sini hari ini, FOMCA telah mendedahkan 75 produk makanan tersebut kepada media. Sidang media dikendalikan oleh Encik Saravanan, dan dibantu oleh Encik Foon Weng Lian, Timbalan Setiausaha Agung FOMCA dan Cik Nurul Husna Mohd Yusof, Eksekutif Undang-Undang, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).
Operasi yang dijalankan oleh FOMCA ini menunjukkan bahawa pasar raya besar masih menjual produk makanan yang telah tamat tempohnya. Justeru, FOMCA telah membuat beberapa desakan kepada pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia. Desakan tersebut ialah:
Menguatkuasakan Peraturan Makanan, 1988 supaya semua produk makanan yang telah tamat tarikh luputnya hendaklah dikeluarkan daripada rak jualan. Jika masih terdapat kedai yang menjual produk makanan yang telah tamat tarikh luputnya, maka tindakan tegas perlu dikenakan untuk menjamin keselamatan pengguna.
Memastikan semua produk makanan mesti diletakkan tarikh luput.
Label tarikh luput perlu menggunakan format yang jelas dan mudah untuk dibaca, sebagaimana keperluan dalam Peraturan 14 - `tarikh hendaklah ditandakan atau diukir secara tetap pada pembungkusan’. Ukuran dan fon pada label mestilah mematuhi keperluan Peraturan Makanan. Sering kali tarikh luput sukar dilihat dan dibaca (saiz fon yang kecil dan diletakkan di tempat yang tersembunyi) dan mudah untuk ditanggalkan bagi tujuan pelabelan atau penandaan semula tarikh.
Dalam pada itu, FOMCA turut menyatakan kebimbangan akibat daripada pengambilan produk makanan yang telah tamat tempohnya, iaitu bahaya kepada kesihatan. Ini disebabkan produk yang telah tamat tempohnya berkemungkinan untuk menghasilkan bahan kimia dan biologi berbahaya yang berpunca daripada bakteria / kulat / cendawan, yang membiak dan berubah dalam komposisi kimia makanan dari semasa ke semasa (seperti degradasi lemak dalam makanan).
Pelabelan tarikh luput produk makanan terletak di bawah Peraturan Makanan 1985, yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Peraturan 9 dan 14 dalam Peraturan Makanan 1985 menetapkan keperluan pelabelan makanan dan penandaan tarikh. Tarikh luput (penandaan tarikh) merupakan sebahagian daripada keperluan pelabelan minimum bagi makanan, sebagai asas dalam menentukan hak pengguna untuk mendapatkan maklumat dan keselamatan terpelihara.
FOMCA juga berharap agar pihak kerajaan, pengeluar, peruncit, termasuk pengguna memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan makanan dalam produk makanan.
Laporan oleh:
Mohd Yusof Abdul Rahman
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
- Details
"Sejarah mungkin berulang". Kalau dulu, kes keracunan makanan kenduri kahwin telah berlaku di negeri Kedah. Pada kali ini, kes keracunan makanan pasar malam pula yang berlaku di salah sebuah negeri pantai timur. Kenapa sejarah kes keracunan perlu berulang banyak kali? Media massa malah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga selalu menekankan punca-punca kes keracunan makanan. Persoalannya adakah pihak yang menyediakan makanan, lebih spesifik peniaga makanan telah menitikberatkan soal kebersihan? Tahukah mereka akan bakteria yang sedang menunggu peluang keemasan untuk membiak jika makanan tidak dimasak dengan betul?
"Sudah terhantuk baru nak tengadah". Apabila berlaku kes keracunan yang melibatkan kematian, barulah banyak pihak yang akan membuka mata. Soal kebersihan bukan perkara yang bermusim, hanya mementingkan kebersihan ketika isu ini sedang panas. Selepas isu ini semakin reda, soal kebersihan semuanya "ke laut". Bukan niat di hati ingin menghentam peniaga makanan. Tidak. Selama ini saya hanya memerhati. Tetapi untuk kes keracunan makanan pasar malam ini, saya rasa terpanggil untuk mengutarakan pendapat saya kerana saya juga merupakan peminat tegar makanan pasar malam.
- Details
ISU kecukupan bekalan makanan negara telah menjadi isu yang besar terutamanya selepas harga makanan utama seperti beras meningkat secara mendadak pada tahun 2008.
Bagi menangani isu itu, salah satu objektif utama Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 adalah untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan. Beberapa inisiatif telah dirangka untuk menjamin bekalan makanan termasuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara yang meliputi buah-buahan dan savur-sayuran.
Untuk mencapai objektif tersebut, Jabatan Pertanian dan semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah diberi tanggungjawab dalam membangunkan subsektor tanaman makanan utama dan tanaman lain seperti kelapa, herba, rempah-ratus serta florikultur.
Kecukupan bekalan makanan sering dihubung kait dengan pencapaian tahap (SSL). SSL menjelaskan peratusan perbandingan pengeluaran dengan penggunaan domestik.
Angka ini menunjukkan bekalan domestik yang dapat dihasilkan melalui pengeluaran dalam negara. Jika SSL adalah kurang daripada 100 peratus, ini menunjukkan pengeluaran dalam negara tidak dapat memenuhi keperluan penggunanan domestik.
Sementara itu, SSL yang melebihi 100 peratus menunjukkan pengeluaran dalam negara adalah mencukupi untuk penggunaan domestik. Angka-angka yang berkaitan SSL dikira berdasarkan kepada pengeluaran bahan makanan yang boleh ditanam di dalam negara secara komersial.
Formula pengiraan SSL adalah seperti berikut:
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, kebanyakan komoditi di bawah subsektor tanaman telah menunjukkan pencapaian yang positif seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
Peningkatan SSL tersebut adalah hasil daripada perkhidmatan pengembangan dan amalan agronomi lebih baik yang telah menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya pengeluaran.
Sungguhpun SSL telah mencapai angka yang memberangsangkan, kekeliruan sering timbul berkaitan imbangan dagangan agromakanan.
Data berkaitan imbangan dagangan agromakanan menunjukkan peningkatan nilai setiap tahun iaitu sebanyak RM34.5 bilion pada tahun 2011 ke RM42.6 bilion (2014) iaitu meningkat sembilan peratus.
Dalam tempoh 2011 hingga 2014, imbangan dagangan makanan menunjukkan defisit yang semakin meningkat pada kadar purata 8.9 peratus. Defisit ini sebahagian besarnya disebabkan bekalan makanan ternakan (34.4 peratus), gula, sediaan gula dan madu (17.1), daging dan sediaan daging (14.7) dan sayur-sayuran (13.8). Pada tahun 2014, nilai import buah-buahan adalah sebanyak RM2.3 bilion. Sungguhpun demikian, perlu dijelaskan sebanyak RM 1.5 bilion iaitu 63 peratus adalah terdiri daripada buah-buahan yang tidak sesuai ditanam di Malaysia seperti epal, oren, limau mandarin, pir, anggur dan kurma.
Perkara yang sama berlaku kepada sayur-savuran dengan nilai import sebanyak RM3.2 bilion dan RM2.3 bilion iaitu 72 pentus daripadanya adalah sayur-sayuran yang tidak sesuai ditanam di Malavsia seperti bawang, ubi kentang, bawang putih, kekacang, lobak merah dan bunga kobis atau brokoli.
Data imbangan yang terus meningkat ini tidak seharusnya menimbulkan kekhuatiran disebabkan indeks SSL bagi kecukupan bekalan makanan yang sesuai ditanam di negara ini telah mencapai paras 100.2 peratus bagi buah-buahan, 91 peratus sayur-sayuran dan 71.6 peratus beras pada tahun 2014.
Bagi menjamin bekalan makanan dan mencapai sasaran tahap sara diri menjelang tahun 2020, usaha peningkatan pengeluaran padi, buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diteruskan melalui peningkatan produktiviti ladang dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian.
Inisiatif ke arah mencapai SSL sebanyak 100 peratus bagi tanaman padi akan difokuskan kepada penyatuan ladang kecil, penyediaan infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi, pengenalan varieti dua padi baharu yang berhasil tinggi, pengekalan kawasan jelapang padi, penambahbaikan khidmat penyaluran subsidi dan pernberian subsidi bersasar berasaskan prestasi.
Di samping itu, empat jelapang padi baharu di Batang Lupar, Sarawak; Kota Belud, Sabah; serta Rompin dan Pekan, Pahang akan dibangunkan.
Bagi tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran pula akan diberikan tumpuan khusus kepada buah-buahan tidak bermusim dan sayur-sayuran tanah tinggi.
SSL bagi buah-buahan (tidak termasuk buah-buahan beriklim sederhana) dijangka meningkat daripada 100.2 peratus pada tahun 2014 kepada 106.5 peratus pada tahun 2020.SSL bagi sayur-sayuran (tidak termasuk sayur-sayuran beriklim sederhana) meningkat daripada 90.9 peratus kepada 95.1 peratus.
Strategi bagi meningkatkan SSL buah-buahan dan sayur-sayuran akan ditumpukan kepada peningkatan produktiviti melalui penggunaan amalan pertanian baik serta penggunaan teknologi moden dan automasi, pembangunan kluster bersepadu bagi tanaman terpilih dan pengukuhan pasaran.
Artikel sumbangan Jabatan Pertanian Malaysia
Sumber : Kosmo – (Selasa, 7 September 2015)
- Details
PETALING JAYA: Federation of Malaysian Consumers Association (Fomca) has suggested that a label be placed on food containing liquid nitrogen.
Fomca deputy president Mohd Yusof Abdul Rahman said liquid nitrogen was not harmful if the supplier, distributor and consumers handled the products properly.
“It is not a problem if it is used the right way,” he told FMT.
“There should be a label showing the proper method of handling the product.”
He was responding to media reports regarding the use of liquid nitrogen in foods claiming it was the cause of a hand injury sustained by a youngster after eating “Dragon Breath” biscuits.
Yesterday, the Consumers Association of Penang (CAP) urged the use of freezing ingredients in food to be banned in order to protect consumers, especially children.
CAP research officer Hatijah Hassim said the cryogenic liquid could cause injury if not handled properly.
Liquid nitrogen is formed when nitrogen gas is frozen to below -196°C until it becomes liquid.
Health director-general Noor Hisham Abdullah said suppliers and distributers needed to ensure the liquid was left to evaporate before being sold to avoid scalding or frostbite.
News article from Free Malaysia Today - http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/12/21/fomca-label-foods-with-liquid-nitrogen/
Subcategories
Page 131 of 232