KONSUMERKINI
Toggle Navigation
  • Home
  • Mengenai Portal KonsumerKINI
  • Berita Terkini
    • Info Pengguna
    • Isu SCAM
    • Kos Sara Hidup
    • Kewangan
    • Perumahan
    • Isu Coronavirus (COVID19)
    • Pengangkutan Awam
    • Kesihatan
    • Isu Umum
    • Alam Sekitar
    • Isu Makanan
    • Hak Asasi Manusia
    • Rencana
    • Keselamatan Produk
    • Polisi Awam
    • Pendidikan
    • Isu OKU
    • Memorandum
    • Keselamatan Asas
    • Kempen
  • PROGRAM LATIHAN INDUSTRI/INTERNSHIP 2022
  • You are here:  
  • Home

Salah Guna Media Sosial: MCMC Rampas 16 Barang Kes, 3 Individu Disoal Siasat

Details
Created: 01 April 2019

CYBERJAYA, 31 Mac 2019 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas sejumlah 16 barang kes berupa kad sim, kad memori, telefon bimbit, cakera keras luaran (external hard disk) dan komputer riba, dalam operasi serbuan terbaru di beberapa buah negeri awal minggu ini bagi mengekang penyalahgunaan media sosial.Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan MCMC, Dato’ Mohd Shafie Harun memaklumkan, selain barang-barang berkenaan, turut ditemukan dalam serbuan itu adalah gambar-gambar lucah dan video seks berkaitan dengan kes-kes yang disiasat.

Menurutnya, operasi serbuan kali ini tertumpu kepada empat lokasi iaitu di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Cameron Highlands. Serbuan terbaru ini dibuat selepas pihak MCMC menerima aduan daripada orang ramai dan menyusul hanya seminggu selepas serbuan sama dijalankan di 11 lokasi di beberapa buah negeri yang lain.Jelas Dato’ Shafie, kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh suspeksuspek menjurus kepada perbuatan menghantar kandungan jelik dan video-video seks serta lucah melalui aplikasi WhatsApp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan niat untuk menganggu dan menyakitkan hati orang lain.

Read more: Salah Guna Media Sosial: MCMC Rampas 16 Barang Kes, 3 Individu Disoal Siasat

RM40 ELECTRIC BILL REBATE PROGRAMME

Details
Created: 01 April 2019

The RM40 Electric Bill Rebate Programme is a targeted government assistance program to finance monthly electricity bills of up to RM40 to those who are underprivileged and registered in the e-Kasih system. The program was announced by the Government in 2019 Budget Speech on 2nd November 2018.This RM40 Electric Bill Rebate Programme is a new programme introduced starting from 1 January 2019 to 31 December 2019. This programme replaces the RM20 Electric Bill Rebate Programme which ended in December 2018.

Eligibility for e-Kasih can be made at the Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change (MESTECC) Portal at https://semakanrebat.mestecc.gov.my or by contacting MyGCC at 03-8000 8000. Users can also check e-Kasih's eligibility by calling TNB Careline at 1-300-88-5454 or making a direct review at the nearby Kedai Tenaga.For eligible e-Kasih users without TNB registered accounts, applications may be submitted to declare third-party accounts by filling in the application form at any of the nearest “Kedai Tenaga”.

Read more: RM40 ELECTRIC BILL REBATE PROGRAMME

'Kecekapan Tenaga, & Rebat RM40 Bersama Pemimpin Komuniti Daerah Alor Gajah'

Details
Created: 01 April 2019

Alor Gajah - Pada 31 mac 2019 bersamaan dengan hari Ahad, satu program di antara kerjasama TNB dan FOMCA bernama 'Kecekapan Tenaga, & Rebat RM40 Bersama Pemimpin Komuniti Daerah Alor Gajah'. Pada pagi pukul 8.30pagi bermulanya sesi pendaftaran beserta kudapan pagi. FOMCA telah menyediakan sarapan untuk para peserta yang terdiri daripada ahli MPKK, penghulu kawasan, Ketua Polis Alor Gajah dan Pegawai Daerah Alor Gajah, Tuan Rahizi bin Ranom.Kompleks Rakan Muda, Alor Gajah telah menyediakan tempat untuk bacaan doa, ucapan perasmian oleh Ir. Ahmad Rezahan bin Mohamad, Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Negeri Melaka, Bahagian Retail, TNB. Seterusnya, pada pukul 11 pagi sesi penerangan oleh FOMCA, beserta WCC UTM, AMI Project dan berakhir dengan CCBD Melaka. Majlis diakhiri dengan sesi gallery walk oleh TNB dan FOMCA. Sesi gallery walk, dijalankan dengan panel board masing-masing.

Read more: 'Kecekapan Tenaga, & Rebat RM40 Bersama Pemimpin Komuniti Daerah Alor Gajah'

Malaysia has 3.6 million diabetics, says Dzulkefly

Details
Created: 27 March 2019

KUALA LUMPUR: Some 3.6 million Malaysians are suffering from diabetes, the highest rate of incidence in Asia and one of the highest in the world, said Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. (pic)Seven million Malaysian adults are likely to have diabetes by 2025, a worrying trend that will see diabetes prevalence of 31.3% for adults aged 18 years and above, he added.“This exponential increase is significantly within type two diabetes, which is largely the result of excess body weight and physical inactivity,” he said when officiating the 3rd Cambridge-Oxford Sunway Biomedical Symposium titled “Diabetes: Disarming the Silent Killer” here, yesterday.“The government is giving serious attention to this increase as it is becoming a major economic burden on the healthcare system and national economy.”A macroeconomic study in 2011 showed the cost at about RM2bil, representing 13% of the healthcare budget for the year 2011.“The analysis reflects that this cost could be as high as RM3.52bil if societal costs were included,” he said.The one-day event held at Sunway Medical Centre brought specialists to discuss the latest developments in acute and general medicine.

Read more: Malaysia has 3.6 million diabetics, says Dzulkefly

Cukai gula selaras saranan WHO

Details
Created: 27 March 2019

KUALA LUMPUR: Pengenalan cukai gula untuk menangani masalah kegemukan dan diabetes dalam kalangan rakyat selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata WHO mencadangkan strategi cukai diperkenalkan sebagai langkah berkesan bagi mengurangkan pengambilan gula dan masalah obesiti dalam kalangan rakyat.“Tindakan ini (cukai gula) dapat mendidik masyarakat secara berhemah untuk memilih minuman lebih sihat dan murah.“Kita akan mengambil kira kesesuaian sumber pengganti berkenaan dengan kesihatan pengguna dan mengambil kira kebajikan peruncit,” katanya menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat hari ini, mengenai kesan cukai itu kepada ekonomi dan kesihatan.

Dr Dzulkefly juga berkata, Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan pihak lain termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mencadangkan alternatif kepada gula.Kerajaan dijangka mengenakan cukai gula bermula Julai ini yang kutipannya antara lain akan digunakan untuk menyediakan sarapan percuma dan sihat kepada pelajar.Terdahulu Nurul Izzah dalam soalan tambahannya mengemukakan kajian pihak tertentu yang mengaitkan majoriti pengguna gula ialah golongan bawahan dan memerlukan sumber alternatif sebagai pengganti.Terdahulu dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), Dr Dzulkefly berkata, sejajar perkembangan dalam sektor teknologi perubatan, kementeriannya sedang melaksanakan kaedah rekod maklumat secara digital atau elektronik di hospital dan klinik kesihatan kerajaan seperti dilaksanakan negara jiran.

Read more: Cukai gula selaras saranan WHO

Teknologi tanpa tunai bantu kurangkan rasuah

Details
Created: 27 March 2019

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi tanpa tunai boleh membantu mengurangkan gejala rasuah di negara ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.“Saya pasti aktiviti rasuah berlaku disebabkan penggunaan wang tunai. Jadi, dengan menggunakan teknologi tanpa tunai ia boleh membantu mengurangkan rasuah.“Menerusi teknologi berkenaan ia sebagai langkah ke hadapan dan saya fikir ia adalah baik untuk setiap negara terutama bagi Malaysia," katanya pada perasmian perkhidmatan WeChat Pay MY, di sini, hari ini.Guan Eng berkata, penggunaan wang tunai di Malaysia adalah tinggi walaupun trend menunjukkan penurunan.“Mengikut data Bank Negara Malaysia (BNM), penggerakan penggunaan wang tunai di negara ini bernilai RM106 bilion pada 2018 atau kira-kira 7.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).“Ia lebih rendah berbanding 2017 dan 2016 iaitu masing-masing 7.7 peratus dan 7.9 peratus. Penurunan itu adalah disebabkan penggunaan aplikasi mudah alih dan pembayaran atas talian yang semakin meluas di Malaysia,” katanya.

Read more: Teknologi tanpa tunai bantu kurangkan rasuah

Sebanyak RM79.68 juta diperuntukkan bantu veteran ATM

Details
Created: 27 March 2019

LANGKAWI: Kerajaan mengumumkan peruntukkan RM79.68 juta bagi melaksanakan inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kategori B40.Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata sejumlah 159,368 veteran berpencen dan tidak berpencen akan menerima bantuan sekali berjumlah RM500 yang mula dibayar Mei ini.“Kerajaan bersetuju meluluskan pelaksanaan BHN2019 bagi menggantikan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1 Malaysia (SVTB1M).“BHN 2019 adalah penghargaan berterusan kerajaan kepada veteran ATM atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara selain bagi menjaga kebajikan mereka,” katanya pada sidang media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini.Mohamad berkata, walaupun menghadapi kekangan kewangan, kerajaan tetap melaksanakan BHN 2019 kepada penerima lebih ramai berbanding BBN 2017.

Read more: Sebanyak RM79.68 juta diperuntukkan bantu veteran ATM

Musim kering: Wajar pertimbang catuan air

Details
Created: 27 March 2019

KUALA LUMPUR - Catuan bekalan air wajar dilaksanakan di kawasan-kawasan yang paras empangannya berada pada lingkungan 50 peratus berikutan musim kering yang dijangka melanda negara sehingga Mei ini.Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, ini bagi memastikan bekalan air mentah sedia ada akan terus dapat bertahan dalam tempoh yang lebih lama."Langkah ini juga adalah bagi mengawal penggunaan air secara berlebihan kerana apabila berlaku catuan, secara automatik pengguna pun akan meminimakan penggunaan air dalam aktiviti seharian," katanya ketika dihubungi Bernama.Malaysia dijangka mengalami musim kering sehingga Mei ini dengan Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan akan merekodkan hujan kurang daripada 25 peratus purata hujan tahunan bagi tempoh April-Mei ini.Tiga empangan merekodkan storan kapasiti dalam lingkungan 50 peratus iaitu Empangan Muda di Kedah (58.97 peratus) serta dua empangan di Johor iaitu Machap (55.61 peratus) dan Sembrong (54.07 peratus).

Read more: Musim kering: Wajar pertimbang catuan air

Waspada scam guna nama Guan Eng

Details
Created: 27 March 2019

PUTRAJAYA 24 Mac - Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan kegiatan scam yang menggunakan nama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kewangan, Lutfi Hakim mendedahkan terdapat seorang individu menggunakan nama ‘Balu Kelvin’ di samping menggunakan emel ‘This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.’ telah menyamar sebagai Pengurus Perniagaan dan berkerja untuk Menteri Kewangan.“Pihak terlibat telah menghubungi individu tertentu melalui emel dan menawarkan mengaturkan pertemuan dengan Menteri Kewangan untuk tujuan perniagaan.“Perbuatan tersebut merupakan suatu penipuan oleh ‘Balu Kelvin’ itu yang menyamar sebagai pegawai kepada Menteri Kewangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Sehubungan itu, ujar Lutfi, pihaknya telah membuat satu laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak supaya siasatan dan tindakan lanjut dilakukan segera oleh pihak berkuasa.Ujarnya, perbuatan itu merupakan satu penipuan kerana menyamar sebagai pegawai menteri.“Perlakuan menipu dan menyamar tersebut merupakan kesalahan di bawah pelbagai seksyen dalam Kanun Keseksaan termasuklah Seksyen 417 dan 419,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Read more: Waspada scam guna nama Guan Eng

Johor mungkin buat pembenihan awan sekiranya cuaca panas berlarutan

Details
Created: 27 March 2019

KLUANG - Kerajaan negeri berkemungkinan melaksanakan pembenihan awan awal bulan hadapan sekiranya cuaca panas dilihat berlarutan sehingga menjejaskan paras air di semua empangan di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, bagaimanapun pembenihan awan itu akan melihat kepada kesesuaian lokasi dan juga dari segi kos.
"Memang, saya baru bincang, ia (pembenihan awan) satu usaha yang mungkin kita akan buat. Buat masa ini, kerajaan negeri bersama agensi-agensi berkaitan sentiasa membuat pemantauan dan akan melihat kepada keadaan cuaca terutamanya pada minggu ini."Sekiranya cuaca minggu ini tidak membantu, maka awal bulan hadapan kita kena tengok berkemungkinan melakukan pembenihan awan,"katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Machap dekat sini hari ini. - Bernama

  1. Heat drives snakes to enter homes in search of water
  2. Expert tells why Klang River still looks like teh tarik
  3. ‘Improve water security’
  4. All seven dams in Selangor above 85pc capacity, enough water for three months
  5. Kenapa negara perlu takungan air bawah tanah?
  6. LETTER TO EDITOR
  7. Malaysians are doing battle on two fronts – struggling with water shortage due to the hot spell while warding off diseases brought by mosquitoes, dengue. With dengue cases soaring and dam levels dropping, groups are questioning whether Malaysians are doin
  8. Pelajar lega kerana ada Food Bank Malaysia
  9. World Water Day - Leaving No One Behind
  10. Leaving no one behind

Page 129 of 155

  • 124
  • ...
  • 126
  • 127
  • 128
  • 129
  • ...
  • 131
  • 132
  • 133

Latest Articles

  • NCCC calls for ‘lemon law’ after complaints of defective cars
  • Govt mulling ‘lemon law’ after complaints of problems with new cars
  • Water tariff hike: Make sure additional revenue used to improve water services, infrastructure, says Fomca
  • Water tariffs adjustment: Govt should look into replacing old corroded pipes
  • No extra fee for 5G will help economy but govt must keep watch, says Fomca
  1. Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna.
  2. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
  3. Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan.
  4. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.

Back to Top

© 2025 KONSUMERKINI