KONSUMERKINI
Toggle Navigation
  • Home
  • Mengenai Portal KonsumerKINI
  • Berita Terkini
    • Info Pengguna
    • Isu SCAM
    • Kos Sara Hidup
    • Kewangan
    • Perumahan
    • Isu Coronavirus (COVID19)
    • Pengangkutan Awam
    • Kesihatan
    • Isu Umum
    • Alam Sekitar
    • Isu Makanan
    • Hak Asasi Manusia
    • Rencana
    • Keselamatan Produk
    • Polisi Awam
    • Pendidikan
    • Isu OKU
    • Memorandum
    • Keselamatan Asas
    • Kempen
  • PROGRAM LATIHAN INDUSTRI/INTERNSHIP 2022
  • You are here:  
  • Home

Hentikan segera penggondolan hutan

Details
Created: 21 February 2019

KEGAGALAN mematuhi peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dibimbangi boleh menjejaskan sistem ekologi alam semula jadi, seandainya kerajaan negeri Kelantan tidak memberi perhatian serius terhadap pengawalan pembukaan kawasan hutan.Apa yang pasti situasi itu sudah pun berlaku sekarang apabila kesan penggondolan bukit untuk tujuan membuka kawasan pertanian selain mengeluarkan balak, keadaan air sungai seperti Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri, kini menjadi kuning sehingga spesies ikan dikatakan semakin terancam kerana air yang kotor.Keadaan itu disebabkan apabila hujan, air yang turun dari bukit turut membawa bersama lumpur dan mengalir masuk ke anak-anak sungai sebelum memasuki sungai utama yang terus ke Sungai Kelantan.Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak, berkata pembukaan kawasan hutan oleh kerajaan negeri secara tidak terkawal sekitar antara punca pencemaran kepada air Sungai Kelantan dan spesies ikan sungai menjadi semakin terancam.

Malah, sumber ikan sungai seperti kelah dan sebarau juga hampir pupus berikutan air sungai yang kotor dan berselut yang tidak sesuai untuk hidupan air berkenaan.Beliau mengakui air Sungai Kelantan lebih 25 tahun lalu bersih dan jernih bukan seperti sekarang yang kuning dan berselut yang turut menyusuri hampir semua anak sungai termasuk di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli.Katanya, pembukaan Ladang Rakyat yang mengusahakan tanaman kelapa sawit dan getah juga sebahagian punca kepada pencemaran sungai di kawasan Hulu Kelantan."Penggondolan bukit seperti yang berlaku di kawasan Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang yang hampir tiada lagi hutan balak juga menyebabkan pencemaran sungai apabila hujan kerana ia membawa air berselut mengalir masuk ke anak sungai di kaki bukit berhampiran sebelum memasuki sungai utama seperti Sungai Negggiri dan Sungai Galas.

"Keadaan sekarang semakin membimbangkan dengan masalah pencemaran sungai apabila air semakin kotor dan berselut."Lebih membimbangkan ia mengundang masalah banjir besar apabila air hujan mudah mengalir masuk ke sungai tanpa halangan daripada hutan dan pokok balak."Keadaan itu boleh diumpamakan seperti kepala botak apabila disiram air, ia terus turun ke bawah tanpa ada halangan," katanya.
Mohd Rozali berkata, pembukaan kawasan hutan dan pembalakan tidak terkawal dari segi kesan kepada alam sekitar bermula sekitar tahun 1994 yang menyebabkan pencemaran sungai.Beliau berkata, sepatutnya sebaik sahaja kawasan tanah bukit digondolkan untuk mengeluarkan balak, ia perlu ditanam semula dengan tanaman menutup muka bumi terlebih dahulu untuk suatu tempoh tertentu sebelum dimajukan dengan kelapa sawit atau getah.

Read more: Hentikan segera penggondolan hutan

Pembalakan, kebun sayur musnahkan tadahan air Orang Asli

Details
Created: 21 February 2019

GUA MUSANG: Kira-kira 6,000 Orang Asli dari lebih 40 kampung di pedalaman di daerah ini berdepan kemusnahan 50 tadahan air bukit sehingga menjejaskan kehidupan mereka sejak 15 tahun lalu.Kemusnahan itu didakwa akibat daripada aktiviti pembalakan, pembukaan ladang dan kebun sayur tidak terkawal tanpa mempedulikan masalah air bersih dihadapi golongan itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Galas, Mohd Syabuddin Hashim, berkata berdasarkan maklumat diterima, sebilangan besar tadahan air bukit yang musnah itu sukar dibaik pulih semula.Katanya, ini kerana, kawasan tadahan air bukit tiada lagi zon penampan bagi melindungi air daripada tercemar sehingga terbiar kering begitu sahaja.Beliau berkata, masalah itu tidak dapat dihalang kerana ia berada di bawah kuasa kerajaan negeri yang meluluskan kawasan untuk pembalakan dan pertanian.

“Penduduk di kampung terbabit juga sukar mencari kawasan baharu bagi mendapatkan sumber air bersih berikutan kemusnahan hutan,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Warga Emas Orang Asli Uzur di Kampung Pasir Linggi, dekat sini, semalam.Mohd Syahbuddin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang mengakui penduduk Orang asli juga tidak boleh menggunakan sumber air sungai kerana kotor dan berselut kesan pembukaan ladang serta kebun sayur.Beliau berkata, kemusnahan kawasan tadahan air bukit itu semakin membimbangkan selain penduduk berdepan hakisan bukit.Katanya, masalah itu sudah lama dibangkitkan penduduk Orang Asli, tetapi tidak mendapat pembelaan kerajaan dari dulu sehingga sekarang.“Kita sebagai pemimpin turut simpati dengan nasib Orang Asli yang hidup terpinggir daripada menerima kemajuan dan berdepan dengan pelbagai masalah lain selepas ini.“Apapun kita tetap mempertahankan dan mengambil perhatian diatas perkara itu kerana kita sebagai tempat mengadu,” katanya.

 

Nafas baharu pengeluaran makanan negara

Details
Created: 21 February 2019

WARKAH luahan rasa petani, peladang, penternak dan nelayan disampaikan Wak Ibas ketika Pelancaran Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Prioriti&Strategi 2019-2020, amat menyentuh perasaan.Ia menggambarkan realiti kehidupan dan tekanan golongan terbabit bagi meneruskan kehidupan. Dengan sisa hidup dimiliki, mereka setia menyumbang kudrat bagi menjamin keselamatan bekalan makanan negara, walaupun dibebani kekangan. Ia juga gambaran sebenar industri pengeluaran makanan negara. Hala tuju dilancarkan itu menggariskan keutamaan dan strategi bagi merancakkan sektor pertanian agar lebih berdaya saing.Ia ditunjangi lima hala tuju utama dan disokong 18 strategi dan 51 inisiatif, yang dirangka berasaskan tiga dimensi sektor agro makanan iaitu keselamatan makanan negara, ekonomi pembangunan luar bandar dan pelaburan swasta serta perdagangan antarabangsa.

Dalam menjamin keselamatan makanan, industri padi dan beras terus diberi perhatian sebagai komoditi utama dengan soal kehilangan padi lepas tuai dilihat ancaman besar, di samping perubahan iklim, ketidakstabilan harga input dan hasil pertanian serta serangan penyakit dan serangga.Kehilangan padi lepas tuai dianggar 7.9 peratus atau 205,000 tan pada 2016 berdasarkan kajian MARDI. Ia menyamai RM246 juta dan memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negara. Justeru, pengendalian hasil lepas tuai diperkukuh, bagi meminimumkan kerugian.

Read more: Nafas baharu pengeluaran makanan negara

Teo Seng records stronger performance in Q4

Details
Created: 21 February 2019

PETALING JAYA: Teo Seng Capital Bhd’s net profit for the fourth quarter rose 19.3% to RM17.27mil on the back of the company’s stronger performance in both its business segments.The group also saw its total revenue jump 26.3% for the three-month period ending Dec 31 2018, from a 27% increase in poultry farming and a 24% rise in investment and trading.In its filing with Bursa Malaysia, Teo Seng Capital reported that revenue increased by RM22mil or 17.5% quarter-on-quarter (q-o-q), mainly due to the stable selling price of eggs and higher sales quantity.“In view of the higher revenue and better efficiency, the group recorded a pre-tax profit of RM24.8mil, representing an increase of 187.7%,” it said.

Its profit before tax of RM41.24mil represented a 909.4% increase year-on-year (y-o-y), on the back of a 16% increase in revenue to RM490.29mil.The poultry farming segment increased 15% to RM56mil mainly due to the continued stable selling price of eggs and higher sales quantities, resulting from its upgrading of farm infrastructure and facilities to bring better production efficiency.“Coupled with the lower feed cost, it has contributed the higher pre-tax profit of RM31.4mil for the financial year under review,” it said in its filing.The company added that the increasing demand of animal health products contributed to the 23% increase in revenue and 38% in profit before tax for the investment and trading segment.

Read more: Teo Seng records stronger performance in Q4

Use right forums to voice out problems in education

Details
Created: 21 February 2019

REFERENCE is made to the video clip of a retired principal voicing his criticism of our education system during a forum organised by the Education Ministry. Firstly, I would say the forum was a good platform for the participants to air their views and offer constructive criticism and also suggestions. It certainly was not a platform to discredit the Education Minister and his officials or to criticise the minister’s plans for reforming the education system and policies.The principal voiced his criticism over the education system but then praised himself for his achievements during his teaching and administrative career.But where was he all these years? I am sure similar forums would have been organised before. If I am not mistaken, a conference of school heads will be held every year by the ministry. This is where these people should air their grievances and constructive criticisms, and offer suggestions as well.

There were many policies/projects initiated by the previous education minister that did not meet much success but no one raised these in any platforms. I would like to highlight some of these policies/programmes. Many years ago, an education minister (who eventually became prime minister) promised that during his tenure, he would transform all schools into single-session schools. Now, any layman would know doing this is not simple. Firstly, we needed enough schools to initiate the change. Eventually, that did not happen but no one raised the issue.That same minister also introduced a public exam for Standard Three pupils. As teachers, my colleagues and I knew that it was a ridiculous idea and would soon die an untimely death. Sure enough, it fizzled out but did anyone raise the issue?The exam created a lot of pressure for both teachers and parents, who started sending their children for tuition from Standard One. Children should enjoy their experience in primary education, at least in the first three years. Learning in the formative years should be fun, enjoyable and meaningful.

Read more: Use right forums to voice out problems in education

Pembiayaan pembelian hartanah

Details
Created: 21 February 2019

Muzamil (bukan nama sebenar) bercadang untuk membeli rumah sendiri selepas menyewa selama tiga tahun. Beliau akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, dan mahu menyediakan kediaman sendiri untuknya dan bakal isteri bagi sama-sama melayari rumah tangga dan membina keluarga bahagia.Muzamil mempunyai sedikit simpanan yang dirasakan cukup untuk membayar deposit, yuran guaman dan kos-kos berkaitan pembelian rumah pertamanya, dan beliau memerlukan pembiayaan daripada pihak bank.Muzamil berminat dengan sebuah rumah yang telah siap dan terus membayar deposit kepada agensi hartanah berlesen, menerusi ejen hartanah yang memasarkan rumah berkenaan bagi pihak penjual.

Muzamil juga mensyaratkan di dalam surat tawaran pembelian bahawa pembelian itu mestilah tertakluk kapada kelulusan pembiayaan.
Beliau ada terbaca pesanan seorang peguam di dalam satu artikel di Facebook bahawa semua tempahan pembelian hendaklah disyaratkan tertakluk kepada kelulusan pembiayaan oleh pihak bank.
Ini kerana jika pembiayaan tidak diluluskan, Muzamil boleh menuntut kembali deposit yang dibayar kerana wujudnya syarat itu.

Tugas peguam selepas pembiayaan lulus

Peguam yang dilantik oleh pihak bank biasanya memulakan proses aliran kerja dengan melakukan carian tanah di pejabat tanah berkenaan, carian kebankrapan ke atas peminjam dan penjual, menulis surat kepada Peguam yang menguruskan Perjanjian Jualbeli serta meminta beberapa pengesahan dan akujanji daripada peguam berkenaan.
Sekiranya hartanah itu tertakluk kepada sekatan kepentingan seperti kebenaran menggadai dan kebenaran pindah milik daripada pihak berkuasa negeri, peguam pihak bank akan memohon salinan kebenaran pindah milik daripada peguam jualbeli (jika sudah diperolehi) sebelum mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk menggadai.

Tandatangan dokumen pembiayaan

Selepas dokumentasi pembiayaan disediakan, peguam akan menghubungi peminjam dan membuat janji temu. Peminjam digalakkan untuk hadir sendiri ke pejabat peguam untuk menandatangani dokumen yang berkaitan.
Selepas ditandatangani, dokumen akan dihantar kepada pihak bank untuk pihak bank tandatangani dan dikembalikan kepada peguam.
Peguam selanjutnya akan menyerah hantar dokumen untuk disetemkan di pejabat duti setem Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas memuat naik butir-butir transaksi di laman duti setem secara dalam talian.
Peguam juga akan mendapatkan atau membuat semakan cukai pintu dan cukai tanah rumah berkenaan sudah dibayar dan terkini.

Tebus hutang

Peguam akan mendapatkan penyata tebus hutang dari bank yang penjual berhutang sekiranya har- tanah terbabit masih digadaikan kepada pihak bank oleh penjual.
Penyata tebus hutang akan menunjukkan baki hutang penjual kepada banknya. Sekiranya hartanah berkenaan mempunyai suratan hak milik individu, kaveat persendirian bagi pihak bank akan diarah untuk didaftarkan di pejabat tanah sebagai sekuriti sementara untuk melindungi kepentingan bank yang memberi pinjam, untuk menebus hutang penjual dan melepaskan gadaian yang dicipta ke atas hartanah berkenaan.
Apabila semua dokumen sekuriti, surat akujanji, pengesahan dan beberapa perkara dan syarat lain dipatuhi, peguam akan menasihatkan pihak bank bahawa adalah teratur untuk bank mengeluarkan sebahagian wang pembiayaan.

Pengeluaran wang seterusnya

Selepas surat hak milik asal dan borang melepaskan gadaian diperolehi dari pihak bank penjual, dan duti setem sudah dibayar, peguam bank akan menyerahkan borang pindah milik (yang diperolehi daripada peguam jual beli), gadaian beserta suratan hakmilik kepada pejabat tanah berkenaan untuk didaftarkan.
Peguam akan sekali lagi mengeluarkan surat pengesahan dan nasihat kepada pihak bank pembeli bahawa baki pembiayaan selepas ditolak wang tebusan hutang, adalah teratur untuk dikeluarkan, untuk dibayar kepada penjual.
Selepas wang disahkan telah dibayar atau didepositkan dengan peguam penjual atau peguam jualbeli, pembeli boleh mengaturkan hari yang sesuai untuk mengambil kunci dan pemilikan kosong rumah yang sudah dibeli.

Proses umum

Proses yang dinyatakan di atas adalah proses umum pembiayaan untuk pembelian hartanah. Setiap kes adalah berbeza dan bergantung kepada jenis hartanah, jenis hak milik dan kandungan perjanjian jual beli yang disediakan.
Peguam yang bertanggungjawab akan menguruskan transaksi dengan sebaik mungkin dan memastikan bahawa pihak penjual mendapat wang hasil jualan dan pembeli memperoleh rumah yang dibeli, dalam tempoh yang dipersetujui.

 

‘Value-based system can help curb bullying’

Details
Created: 21 February 2019

PETALING JAYA: A value-based education system can be a positive factor in the effort to curb bullying and create a safer environment in schools, says Education Minister Dr Maszlee Malik (pic).“Bullying is a serious matter to me, which is why we are putting forward a value-based education system based on love, happiness and mutual respect.“Instilling good values will no doubt create a better and safer environment for students,” said Maszlee, in conjunction with the launch of the #StandTogether 2019 National Kindness Week campaign.The campaign was initiated by R.AGE and property developer SP Setia in 2017 to tackle bullying in schools. A National Kindness Week has been designated every first week of April.Maszlee added that the campaign was an example of how stakeholders can work together to stop bullying by using “preventative and corrective measures”.

“I believe anti-bullying efforts have to be made together, which is why the #StandTogether campaign is so relevant,” added Maszlee.The ministry is also working towards creating an open school environment that would encourage children to speak up when bullying occurs, said Deputy Education Minis­ter Teo Nie Ching.“I think what matters is the ministry’s approach in ensuring that children feel safe to speak up about bullying.“Surveys and studies show that this is the key factor in curbing this problem,” she said.Teo added that teachers were being trained to look out for signs that a child is being bullied, and that school administrators had been instructed to disclose bullying cases.“We at the ministry have assured schools that they will not be penalised for exposing bullying cases. We remain committed to ensuring that children are safe in schools,” she said.

Read more: ‘Value-based system can help curb bullying’

Shopee bantu B40 jana pendapatan tambahan

Details
Created: 21 February 2019

KUALA LUMPUR 20 FEB. - SHOPEE, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan menerusi Shopee University komited membimbing golongan berpendapatan rendah (B40) menjadi penjual di platform itu untuk mendapatkan pendapatan tambahan.Ketua Operasi Shopee Malaysia, Esten Mok berkata, buat masa ini terdapat lebih 400,000 penjual yang berdaftar dan 5,000 daripadanya aktif menghadiri bengkel anjuran Shopee University.Katanya, kebanyakan daripada penjual berdaftar Shopee terdiri dalam kalangan suri rumah dan mereka yang sudah bekerja seterusnya memanfaatkan platform dalam talian itu untuk berniaga.“Pada 2017, seorang daripada penjual Shopee yang merupakan suri rumah merekodkan perolehan hampir RM1 juta. Ini merupakan pencapaian membanggakan.

“Kami yakin dengan pelbagai inisiatif menerusi Shopee University bakal melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing pada masa akan datang,” katanya di sini hari ini.Terdahulu, Shopee University menandatangani kerjasama dengan FPX, bagi melancarkan video tutorial dalam talian untuk membimbing lebih ramai para penjual di platform itu.Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), Tay Gim Soon.

Read more: Shopee bantu B40 jana pendapatan tambahan

Restoran diserbu disyaki letak bahan khayal dalam hidangan

Details
Created: 21 February 2019

TELUK INTAN: Sebuah restoran di sini, diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan, semalam selepas menerima aduan pelanggan yang mengalami gejala lemah dan khayal selepas makan di premis berkenaan.Susulan operasi bersepadu jam 11.20 pagi itu, seorang tukang masak dan dua pembantunya termasuk seorang warga Bangladesh ditahan selepas didapati positif dadah jenis opiat.Terdahulu, mesej yang mendakwa seorang anggota polis dan tiga lagi anggota lain ‘sangkut’ ujian saringan air kencing selepas makan di sebuah premis di Teluk Intan dan tukang masak premis berkenaan sudah ditahan, tular di WhatsApp sejak semalam.Sumber berkata, pemeriksaan dijalankan susulan laporan seorang anggota polis yang mengalami gejala lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di premis berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama pegawai Jabatan Kesihatan turut merampas beberapa jenis masakan seperti kuah makanan, ayam goreng, sayur dan nasi putih.Katanya, sebungkus plastik lutsinar mengandungi biji kas-kas turut dirampas dan semua sampel yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk pemeriksaan.“Pemilik premis memaklumkan masakan tidak menggunakan sebarang bahan terlarang atau mengkhayalkan, namun bahan masakan seperti kas-kas ada digunakan sedikit oleh tukang masak,” katanya.

Read more: Restoran diserbu disyaki letak bahan khayal dalam hidangan

Indeks Harga Pengguna - (IHP) turun dalam tempoh 10 tahun

Details
Created: 21 February 2019

KUALA LUMPUR 20 FEB. - INDEKS Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Janua­ri dijangka turun buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun didorong oleh penurunan harga minyak domestik, me­nu­rut laporan The Edge Market yang memetik tinjauan Reuters.Menurut 13 pakar ekonomi yang ditinjau, IHP Januari diunjurkan turun 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus yang direkodkan pada November 2009.Bagaimanapun, menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, unjuran itu tidak banyak memberi ke­san kepada rakyat Malaysia dari sudut harga barang dan kuasa beli pengguna.

Jelas beliau, jika merujuk kepada data IHP harga bara­ngan makanan dan minuman, ia telah naik melebihi 30 peratus sejak 2010 iaitu dalam tempoh lapan tahun.“Ini bermakna penurunan tersebut adalah minimum berbanding kenaikan harga makanan dan minuman serta bersifat sementara memandangkan harga minyak kini mulai meningkat dan ter­tinggi sejak empat bulan lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Tambah Ahmed Razman, paling penting adalah memahami punca sebenar kenapa harga barangan meningkat dan ia bukan disebabkan kesan harga komoditi atau jenis cukai yang dikenakan semata-mata.Katanya, punca utama adalah disebabkan lambakan kredit yang dihasilkan oleh bank komersial melalui pemberian pinjaman kepada syarikat mahupun individu.“Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah memupuk sikap untuk tidak berhutang dalam kala­ngan rakyat. Selain itu, lambakan kredit juga boleh dikawal dengan mengambil alih fungsi pemberian pinjaman,” jelas­nya.

Read more: Indeks Harga Pengguna - (IHP) turun dalam tempoh 10 tahun

  1. Mengintai, menghendap jadi kesalahan - Liew Vui Keong
  2. Diskaun 20 peratus untuk pengguna KTM Komuter
  3. Bitter experience of buying from developer
  4. BSH: RM100 untuk bujang dibayar hujung Mac
  5. TM perlu lebih prihatin berhubung layanan terhadap pelanggan - Gobind
  6. Harga rumah terus susut hingga 2021
  7. SPAN: Be prudent in water usage during Feb-March dry season
  8. Expect more Malaysians working as labourers overseas, say experts
  9. 33 sekolah daif di Sarawak dinaiktaraf
  10. Elak penyewa tinggalkan bil elektrik yang tinggi, ini yang tuan rumah perlu lakukan

Page 141 of 155

  • 136
  • 137
  • 138
  • 139
  • ...
  • 141
  • 142
  • 143
  • 144
  • ...

Latest Articles

  • NCCC calls for ‘lemon law’ after complaints of defective cars
  • Govt mulling ‘lemon law’ after complaints of problems with new cars
  • Water tariff hike: Make sure additional revenue used to improve water services, infrastructure, says Fomca
  • Water tariffs adjustment: Govt should look into replacing old corroded pipes
  • No extra fee for 5G will help economy but govt must keep watch, says Fomca
  1. Berita dan rencana yang disiarkan di dalam KonsumerKINI boleh diulang terbit dan diulang siar oleh mana-mana media cetak atau elektronik, blog ataupun laman web bagi tujuan untuk memberikan pendidikan dan maklumat kepada pengguna.
  2. Ulang terbit atau ulang siar boleh dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak KonsumerKINI terlebih dahulu.
  3. Walau bagaimanapun, digalakkan supaya meletakkan alamat laman web KonsumerKINI bagi tujuan rujukan.
  4. Media cetak dan elektronik digalakkan untuk menghubungi pihak yang membuat kenyataan dalam KonsumerKINI sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.

Back to Top

© 2025 KONSUMERKINI