Selama empat tahun berturut-turut, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengadakan Bulan Kewangan Berhemat pada bulan Oktober. Bulan Kewangan Berhemat ini diadakan dengan kerjasama dengan Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia.

Tujuan utama Bulan Kewangan Berhemat adalah:
1.    Untuk memberikan penekanan tentang kepentingan celik kewangan sebagai kemahiran hidup bagi semua orang.
2.    Untuk mendidik rakyat Malaysia tentang cara untuk membangun dan mengekalkan tabiat dan perilaku kewangan yang sihat untuk kesejahteraan kewangan mereka, dan 
3.    Untuk mengutarakan isu dan aduan pengguna tentang sektor perbankan dan kewangan. 

Pada tahun ini, Bulan Kewangan Berhemat meneruskan tema “Pendidikan Kewangan Untuk Semua”. 

Sepanjang bulan ini, pelbagai program dirancang, antaranya latihan kewangan untuk pra persekolahan, pendidikan kewangan untuk eksekutif muda, ceramah kesedaran kewangan di sekolah dan institusi pengajian tinggi, bengkel kewangan untuk komuniti, khususnya golongan belia dan wanita, serta pendidikan pelaburan untuk pemimpin masyarakat.

Maklum balas FOMCA tentang Bajet 2015

  1. Pelaksanaan GST

FOMCA menyokong tindakan untuk mengurangkan kesan negatif pelaksanaan GST termasuk yang berkadar sifar (zero-rated) untuk bahan makanan asas, pengecualian untuk bahan api, penyediaan Panduan Pembeli (Shopper;s Guide) dan pengurangan kadar cukai individu..

Namun begitu FOMCA ingin menekankan supaya penguatkuasaan yang tegas diambil terhadap penjual yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga lebih daripada kadar yang sepatutnya. Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan mesti dilaksanakan dengan tegas untuk melindungi pengguna daripada aktiviti pencatutan.

Yang kedua, setiap barang mesti ada label atau tag dengan (warna yang standard) untuk barangan yang kadar GST standard, GST dikecualikan dan GST yang berkadar sifar.

Seterusnya, FOMCA mencadangkan agar satu talian hotline atau pusat panggilan ditubuhkan supaya pengguna yang merasakan bahawa mereka dikenakan harga lebih daripada sepatutnya boleh buat aduan. Pihak penguat kuasa harus menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Seterusnya rakyat harus dimaklumkan tentang siasatan dan tindakan yang diambil. Ini bertujuan untuk membina keyakinan pengguna bahawa aduan mereka telah diambil tindakan.

  1. Pengangkutan Awam

Untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam sehingga menjadi pilihan utama bagi semua rakyat. Kelemahan utama sistem pengangkutan sekarang adalah sistem pengangkutan bas dalam Bandar yang pada masa ini tidak mencapai tahap yang memuaskan, dipercayai dan cekap untuk digunakan oleh semua rakyat.

FOMCA juga berharap sistem pengangkutan bas dapat ditambah baik untuk mencapai tahap menjadi pilihan rakyat.

  1. Kesihatan

FOMCA berharap kemudahan dan peralatan di hospital kerajaan di bandar-bandar dapat dipertingkatkan untuk memudahkan rakyat untuk mendapatkan rawatan. Pada masa sekarang hanya hospital besar di beberapa bandar mempunyai kemudahan dan peralatan yang mencukupi. Ini menimbulkan kesulitan kepada pesakit yang terpaksa membuat perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan.

Seterusnya bilangan pakar perubatan di hospital kerajaan masih berkurangan. Ini menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan khidmat pakar untuk mendapat rawatan. Jumlah pakar perubatan perlu ditambah dan ditempatkan di semua hospital-hospital kerajaan.

  1. Perumahan

FOMCA menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk menambahkan rumah mampu milik.

Peraturan perlu diperketatkan serta langkah-langkah berkesan perlu diadakan bagi mengurangkan aktiviti spekulasi terhadap harga rumah.

  1. Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Bayaran bagi panggilan telefon bimbit dan internet di Malaysia adalah antara tertinggi di Asia, tetapi kualiti perkhidmatan telekomunikasi amat tidak memuaskan.

FOMCA berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengkaji semula kadar bayaran yang dikenakan serta memastikan kualiti perkhidmatan pada tahap yang memuaskan. Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat telekomunikasi yang gagal memberikan perkhidmatan yang baik.

  1. Pendidikan Kewangan

Walaupun terdapat pelbagai program yang dirangka untuk golongan belia dan pekerja muda dari aspek kepimpinan, latihan dan keusahawanan, namun FOMCA berpendapat, satu aspek kemahiran utama telah diabaikan, iaitu pendidikan kewangan. Disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini, manakala pendapatan tidak banyak berubah seiring dengan kenaikan kos sara hidup, maka ramai pekerja muda yang menghadapi masalah kewangan yang serius.

Pendidikan kewangan adalah kemahiran hidup yang kritikal. Kerajaan perlu memberikan keutamaankepada pendidikan kewangan serta memberikan peruntukan kewangan yang secukupnya untuk mengadakan sesi pendidikan kewangan kepada mereka. Kerajaan perlu mewujudkan kerjasma dengan pelbagai pihak untuk mendidik pekerja muda ke arah menjadi pekerja yang mempunyai kedudukan kewangan yang mantap dan stabil. Mereka juga harus menguruskan kewangan untuk masa hadapan mereka, seperti pendidikan anak dan persaraan.

  1. Blueprint Air Negara

FOMCA mengalu-alukan pengubalan Blueprint Air Negara. Namun, lebih banyak maklumat diperlukan, seperti geran ataupun dana yang akan disalurkan. Pada masa yang sama, semua pihak berkepentingan seperti badan bukan kerajaan juga perlu terlibat dalam merangka blueprint tersebut dan juga jadual pelaksanaan perlu diwujudkan.

Untuk memastikan blueprint tersebut adalah menyeluruh dan bersepadu, satu perkongsian strategik perlu diwujudkan di antara badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Satu pusat informasi air negara perlu diwujudkan untuk memastikan penyebaran informasi mengenai air adalah sejajar dengan blueprint tersebut.

Pengurusan Permintaan Air mesti dimasukkan dalam blueprint tersebut kerana rakyat Malaysia merupakan salah satu pengguna air yang terbanyak di rantau ini. Program pendidikan pengguna untuk penjimatan air mesti dijalankan untuk memastikan kelestarian bekalan air di Malaysia dan dimasukkan dalam blueprint tersebut.

Penstrukturan sektor industri bekalan air di Malaysia oleh operator air mesti dijalankan seperti yang telah dirancangkan dan perlu dipercepatkan lagi untuk permantapan sektor tersebut.

  1. Sumber bekalan air

FOMCA memang menyokong pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dengan syarat projek tersebut tidak melanggar hak manusia dan kemusnahan alam sekitar di sekeliling loji air tersebut.

FOMCA mengalu-alukan penggunaan semula air kumbahan untuk industri dan pertanian dan juga sistem penggunaan air ribut. Namun, kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenal pasti potensi sistem tersebut dan juga kuantiti air yang boleh dibekalkan.

FOMCA berasa bimbang terhadap cadangan penggunaan air bawah tanah. Satu kajian impak perlu dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan penggunaan teknologi tersebut tidak akan menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti tanah tenggelam kepada pengguna terutamanya pengguna yang tinggal di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

  1. Air Tidak Berhasil (Non-revenue Water)

FOMCA mengalu-alukan cadangan ini kerana situasi air tidak berhasil di Malaysia sangat membimbangkan. Selain penukaran paip air dan penubuhan zon pengawalan kebocoran, kapasiti dan kemahiran pekerja dalam sektor air mengenai air tidak berhasil juga perlu dipertingkat. Kerajaan juga perlu meningkatkan penguatkuasaan dan permantauan terhadap kes kecurian air.

  1. Menaik taraf Kemudahan dan Infrastruktur Luar Bandar

FOMCA mengalu-alukan cadangan penaikan taraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar. Namun, penyelenggaraan sistem-sistem dan kemudahan yang telah dipasang ini perlu dimantapkan lagi agar rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahan tersebut untuk jangka masa yang lebih panjang.

  1. Perubahan Iklim dan Pengendalian Bencana

Lebih banyak peruntukan perlu disalurkan untuk menghadapi perubahan iklim dan juga pengendalian bencana di Malaysia memandangkan kejadian cuaca ekstrem semakin menjadi-jadi di Malaysia. Kempen perlindungan alam sekitar dan juga kesedaran terhadap perubahan iklim juga perlu dititikberatkan dan dipertingkat lagi.

  1. Penggunaan Tenaga/Elektrik

FOMCA berasa kecewa dalam isu berkaitan pengguna tenaga/elektrik disebabkan kekurangan:

  • Insentif untuk pengguna dan industri dalam penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan juga kelengkapan yang cekap tenaga.
  • Insentif untuk penggunaan teknologi hijau dan juga kemudahan dan peralatan cekap tenaga.
  • Program penjimatan dan kecekapan tenaga untuk negara.
  1. Kereta Hybrid dan Elektrik

FOMCA mengalu-alukan peruntukan pembelian 50 buah bas elektrik, namun:

  • Kekurangan peruntukan untuk membina dan menaik taraf sistem jalan raya sekarang dan juga stesen caj elektrik.
  • Tiada insentif untuk kereta hybrid dan juga kereta elektrik bagi menggalakkan rakyat membeli kereta hybrid dan kereta elektrik yang kurang menggunakan bahan api dan tidak mencemarkan alam sekitar.
  1. Perkhidmatan Pembetungan
  • Blueprint Air Negara hanya memberi tumpuanterhadap kelansungan bekalan air, namun kurang memberikan penekanan terhadap perkhidmatan pembetungan yang juga perkhidmatan utama dalam kitaran air kerana pembetungan antara penyumbang terbesar pencemaran sumber air.
  • Di dalam bajet ini juga diumumkan penggunaan air terawat untuk industri dan pertanian, namun ia sepatutnya menggalakkan penggunaan air sisa rawat dan bukan hanya air terawat.
  • Selain itu, kempen kesedaran untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengosongkan tangki septik di rumah dan membayar bil pembetungan adalah diperlukan.
  • Penambahbaikan bukan sahaja tertakluk kepada loji-loji rawatan air sahaja, tetapi juga kepada perkhidmatan pembetungan kerana kebanyakan loji pembetungan masih menggunakan sistem yang lama.

Cuaca panas yang berlaku pada masa ini, jelas menunjukkan pemanasan global kian menjadi isu yang semakin penting dan kritikal kepada seluruh warga bumi. 

Mengikut data yang dinyatakan dalam Laporan Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Cuaca (PICC), peningkatan suhu bumi yang ketara merupakan bukti yang menunjukkan berlakunya perubahan iklim, iaitu antara tahun 1880 dan tahun 2012, secara purata suhu permukaan bumi telah meningkat kira-kira 0.85oC. 

Walaupun suhu yang meningkat kurang daripada 1oC, namun beberapa kesannya amat menakutkan, seperti kejadian banjir yang kerap berlaku, kemarau yang panjang, kebakaran hutan, wabak demam denggi yang semakin meningkat dan sebagainya. 

Daripada laporan PICC tersebut, saintis juga meramalkan suhu permukaan bumi akan meningkat antara 0.3 dan 4.8oC pada abad ke-21, Bayangkan kesan yang bakal dialami jika suhu adalah lebih tinggi ataupun suhu yang amat rendah sehingga kehidupan harian tidak dapat dijalankan.

Di samping itu, perubahan suhu bumi juga menyebabkan pencairan glasier di Kutub Utara dan Kutub Selatan, yang kemudiannya memberi kesan kepada kenaikan paras laut dunia. 

It is worrying to read news reports regarding bacteria found in the water of water vending machines. According to the reports, most of the samples tested were not in compliance with the National Drinking Water Standards and the upcoming Safe Drinking Water Act.

Coliform and Clostridium perfringens that were found in the water from the water vending machines can cause cramps, diarrhoea and other gastrointestinal problems.

Most consumers drink the water directly without boiling it as they believe that the water is safe.

In Malaysia, most of the water vending machines sell water at 20 sen per litre.

It may sound a cheap alternative to the 500ml bottled water which costs RM1 to RM1.50. However, the water supplied by the water operator only costs an average of 66 sen per 1,000 litres.

According to the news report, the Health Ministry had ordered all water vending machine operators to register since 2013.

However, it seems that the order has fallen on deaf ears and water vending machine companies keep mushrooming all over the country.

PETALING JAYA: The water you buy from vending machines may not be as clean as you think.

Twenty-nine samples of water were drawn from such machines throughout the Klang Valley – and almost all were contaminated.

There were harmful E. coli, Coliform and Clostridium perfringens microbes – the same kind of bacteria found in untreated sewage.

Coliform and Clostridium perfringens are also the same bacteria found in human and animal faeces.

These bacteria can cause cramps, diarrhoea and other gastrointestinal problems.

The Star conducted the tests together with Forum Air Malaysia, an organisation formed to assist the National Water Services Commission.

Forum Air Malaysia tested 14 samples in April while The Star screen 15.

Penghawa Dingin: Bagaimana Menjimat Bil Elektrik?

Membeli penghawa dingin pernah dianggap sebagai satu kemewahan. Kini, ia telah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kebanyakan rumah di bandar dilengkapi dengan penghawa dingin dalam satu atau lebih banyak bilik. Tetapi semua orang yang memiliki penghawa dingin memang tahu bahawa ia memakan kos yang semakin meningkat disebabkan oleh peningkatan tarif elektrik. Walaupun penyejukan memang memakan banyak elektrik tetapi mengambil langkah-langkah yang berkesan tentu boleh menurunkan penggunaan elektrik. Salah satu perkara utama yang boleh membantu ialah dengan mengekalkan suhu yang betul untuk penghawa dingin.

Bagaimanakah penghawa dingin berfungsi?

Bagi kebanyakan orang, penghawa dingin hanya melemparkan udara sejuk pada suhu yang ditetapkan. Tetapi adakah ia benar-benar berfungsi dengan cara itu? Malah penghawa dingin semasa proses penyejukan, mengambil udara dalaman, menyejukkan ia dengan mengalirkannya melalui penyejat gegelung dan memasukkan ia kembali di dalam bilik. Ia agak bertentangan dengan penyejuk udara lama yang digunakan untuk bekerja. Penyejuk udara digunakan untuk mengambil udara di luar, sejukkan udara tersebut dan memasukkan ia ke dalam bilik. Tetapi penghawa dingin hanya menggunakan udara dalaman.

Bagaimana termostat berfungsi?

KUALA LUMPUR 24 Jun - Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 4,915 aduan daripada pengguna terhadap pengeluar kereta tempatan membabitkan jumlah kerugian RM22.2 juta sepanjang tahun lalu.

Jumlah itu meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan nilai kerugian RM9.5 juta.

Pengerusi NCCC, Datuk N. Marimuthu berkata, kebanyakan aduan berkaitan kereta baharu yang mengalami kerosakan dan tidak ada langkah sewajarnya diambil pihak pengeluar kenderaan bagi mengatasinya menyebabkan ia berlarutan dalam tempoh lama.

"Kami juga menerima aduan berhubung khidmat selepas jualan yang tidak mencapai tahap memuaskan, tidak menepati jaminan malah pengguna kesal kerana syarikat-syarikat itu hanya mementingkan keuntungan semata-mata," katanya dalam sidang akhbar pada seminar dan pelancaran Laporan Tahunan Aduan NCCC 2013 di sini hari ini.

Laporan itu antara lain mengandungi analisis, tindakan undang-undang, kaedah penyelesaian dan pertikaian yang dilaksanakan oleh NCCC.

KUALA LUMPUR, June 24:

The National Consumer Complaints Centre (NCCC) had received 40,560 complaints for 2013, a slight improvement  from the 41,963 received the year before.

NCCC chairman N. Marimuthu said the numbers were derived from more than 20 different industries resulting from their purchase of goods/services.

“This year, the most complaints came from the General Consumer Products as opposed to the Telecommunications Sector that topped the list last year.

“In terms of monetary value, complaints related to the automobile sector topped the charts once again, raking in RM22,182,476.30 which is a dramatic increase from last year’s total of RM9,544,831.80,” he said at the 8th Complainfest 2014 held at Cititel Hotel.

He said there was a massive increase in the number of complaints pertaining to general consumer products.

KUALA LUMPUR: Malfunctions, refunds and deposits involving both new and used cars made up more than one-tenth of the 40,560 complaints made to the National Consumer Complaints Centre (NCCC) last year.

NCCC legal and dispute resolution manager Santhosh Kannan said it received 4,915 complaints against the auto industry and the value of the complaints was a staggering RM22.2 million, an increase of RM12.7 million compared with 2012.

“A huge number of complaints involved breakdowns and malfunctions of newly-purchased cars and poor after-sales service.

“Complainants lamented that companies were merely interested in making profits and made empty promises until the point of sale,” he said after the launch of the 2013 NCCC Complaints Report yesterday.

Among the common grouses for new cars were stalling vehicles, exploding tires and malfunctioning anti-lock braking systems, gearboxes and automatic power windows.

According to the report, value of consumer complaints increased sharply from RM41 million in 2012 to RM62 million last year, although the number of complaints dipped to 40,560 in 2013 from 41,963 the year before.

KUALA LUMPUR: Companies are now addressing consumer complaints more effectively and faster when channeled directly to them so much so the National Consumer Complaints Centre (NCCC) is seeing a drop in the number of complaints filed.

In revealing this, NCCC chairman Datuk Dr Marimuthu Nadason said, they received 40,650 complaints last year as compared with 41,963 the previous year.

"This could be reflective of companies addressing complaints channeled directly to them, without having the need to approach NCCC for its assistance," he told reporters at the launch of the 2014 Complainfest and NCCC Annual Report 2013 at Cititel Midvalley.

Elaborating on some of the complaints received, he said, topping the list was 7,652 complaints against the general consumer product sector, 6,404 on the Telco sector and 5,763 on retail services and e-commerce industry.

The others include 4,915 complaints against the automobile industry and 2,313 on the travel and leisure industry.

In terms of monetary value, Marimuthu said, complaints related to the automobile sector topped the chart with RM22.182 million which is a dramatic increase as compared with RM9.544 million the previous year.