- Details
Bencana banjir besar, terutama yang melanda negeri-negeri pantai timur telah menjadi penutup tirai bagi tahun 2014. Malah melangkah ke tahun 2015, masalah banjir masih menghantui sebilangan keluarga, terutama penduduk Kuala Krai, Kelantan yang telah kehilangan rumah. Mereka terpaksa tinggal dalam khemah yang telah dipasang oleh para sukarelawan buat sementara waktu. Dalam keadaan banjir yang belum reda itu, sudah terdapat ramalan akan berlakunya gelombang yang ketiga.
Persoalannya, adakah Malaysia cukup bersedia dengan pengurusan bencana alam yang besar sebegini rupa? Berdasarkan pengalaman keluarga saya sendiri, pada malam 24 Disember 2014, air telah melimpah ke kawasan jalan raya di daerah Tanah Merah, Kelantan dalam masa beberapa jam sahaja.
Apabila air mula melimpah ke kawasan rumah, mereka telah menelefon talian kecemasan meminta bantuan untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Namun begitu, setelah air meningkat ke paras dada orang dewasa, bantuan masih belum muncul, sedangkan mereka telah memberi jawapan untuk pergi ke tempat kejadian.
Read more: Prosedur standard apakah yang telah digunakan dalam menghadapi bencana banjir yang besar?
- Details
PETALING JAYA: FOMCA mendesak kerajaan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk memastikan pengguna mendapat manfaat harga barang yang lebih rendah berikutan penurunan harga petroleum.
Peniaga tidak beretika menaikkan harga barang apabila harga petroleum meningkat untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Namun apabila harga petroleum turun, mereka turut membuat keuntungan yang tinggi daripada kos operasi yang rendah.
"Penguatkuasaan akta ini penting supaya pengguna mendapat harga yang rendah dan bukannya peniaga mendapat manfaat daripada kenaikan untung," kata persatuan itu dalam kenyataan di sini hari ini.
Read more: Harga minyak turun, peniaga kaut untung berlebihan - FOMCA
- Details
Penurunan harga minyak dan gas telah memberi peluang keemasan kepada kerajaan untuk membetulkan polisi tenaga yang ketinggalan zaman.
Kebanyakan masa, penggubalan polisi ekonomi merujuk kepada keadaan semasa yang berlaku. Ahli-ahli politik biasanya akan berhujah dengan emosi mengenai perubahan kecil dalam sistem cukai atau pembelanjawan. Namun sekali-sekala, perubahan bersejarah mungkin berlaku.
Bermula dengan pembukaan pasaran China oleh Deng Xiaoping pada tahun 1978 kepada Terapi Kejutan (Shock Therapy) di Poland pada tahun 1990, ahli-ahli politik yang berani telah mengambil kesempatan tersebut untuk mengubah nasib negara mereka. Kesempatan keemasan tersebut telah muncul dalam keadaan dunia yang berlaku sekarang ini.
Harga minyak yang menjunam, berikutan dengan pertumbuhan pesat dalam sumber tenaga bersih dan penjimatan tenaga, telah memberi satu peluang keemasan kepada
Read more: PENURUNAN HARGA MINYAK MEMBERI PELUANG KEEMASAN UNTUK GENERASI MALAYSIA
- Details
Bencana banjir besar, terutama yang melanda negeri-negeri pantai timur telah menjadi penutup tirai bagi tahun 2014. Malah melangkah ke tahun 2015, masalah banjir masih menghantui sebilangan keluarga, terutama penduduk Kuala Krai, Kelantan yang telah kehilangan rumah. Mereka terpaksa tinggal dalam khemah yang telah dipasang oleh para sukarelawan buat sementara waktu. Dalam keadaan banjir yang belum reda itu, sudah terdapat ramalan akan berlakunya gelombang yang ketiga.
Persoalannya, adakah Malaysia cukup bersedia dengan pengurusan bencana alam yang besar sebegini rupa? Berdasarkan pengalaman keluarga saya sendiri, pada malam 24 Disember 2014, air telah melimpah ke kawasan jalan raya di daerah Tanah Merah, Kelantan dalam masa beberapa jam sahaja.
Apabila air mula melimpah ke kawasan rumah, mereka telah menelefon talian kecemasan meminta bantuan untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Namun begitu, setelah air meningkat ke paras dada orang dewasa, bantuan masih belum muncul, sedangkan mereka telah memberi jawapan untuk pergi ke tempat kejadian.
Mujur terdapat beberapa orang penduduk telah memberi bantuan kepada keluarga saya dengan menggunakan pelampung dan tali pengikat lembu kerana arus air banjir pada malam itu terlalu deras.
Selepas kejadian berkenaan, saya telah menelefon balai polis daerah tersebut untuk melaporkan kejadian berkenaan. Namun,
Read more: PROSEDUR STANDARD APAKAH YANG TELAH DIGUNAKAN DALAM MENGHADAPI BENCANA BANJIR YANG BESAR?
- Details
Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason was conferred Honorary Professorship in the field of consumer behaviour by the Stichting Eurogio University College, Netherlands.
Stichting Eurogio University College is based in Amsterdam and its academics as well as its Continuous Professional Development programmes are accredited and internationally recognized.
Datuk Dr. Marimuthu Nadason has a Doctor of Business Administration (DBA) from the International American University. He also has two Masters of Business Administration (MBA) from the International American University and from the Phoenix International University. Professionally he is also an accredited Public Relations practitioner and a Certified Professional Marketer. He has published several articles as well as presented papers at National and International Conferences on various aspects of consumerism and standards development.
He is currently the Vice President of the Institute of Marketing Malaysia (IMM) and the President of the Federation of Malaysian Consumers Association (FOMCA) as well as Chairman of the Board of Directors of the National Consumer Complaints Centre (NCCC) and the Consumer Research and Resource Centre (CRRC).
- Details
Harga minyak dunia telah mengalami penurunan yang ketara. Harga setong pada bulan Jun 2014 sebanyak AS$115 telah turun kepada paras di bawah AS$60 setong pada Disember 2014.
Di Malaysia, sebagai usaha untuk mengurangkan subsidi ke arah ekonomi yang lebih mampan, kerajaan telah memansuhkan subsidi petrol dengan penetapan harganya berdasarkan sistem apungan terkawal.
Bagi mencerminkan keadaan harga minyak semasa, pada Januari 2015, harga RON95 telah diturunkan daripada RM2.26 kepada RM1.91, iaitu penurunan sebanyak 35 sen seliter; harga RON 97 dikurangkan daripada RM2.46 seliter kepada RM2.11 seliter, iaitu kurang 35 sen seliter; dan harga diesel pula daripada RM2.23 seliter kepada RM1.93, pengurangan sebanyak 30 sen. Penurunan harga yang agar besar ini sudah tentu memberi kesan kepada industri pengangkutan dan industri lain yang petroleum merupakan komponen kos utama.
Selain kesan langsung kepada industri berasaskan petroleum, dalam ekonomi yang lebih luas, penyusutan harga petroleum juga memberikan kesan berganda yang lebih besar lagi. Umpamanya, di negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), harga tenaga meliputi lebih satu per tiga kos bagi pengeluaran bijirin. Begitu juga, harga petroleum mempengaruhi kos pengeluaran bagi barang pengguna lain. Oleh itu, penurunan harga petroleum yang ketara ini sepatutnya menjadikan merendahkan harga banyak barang pengguna, yang menjadikan harganya lebih murah untuk dibeli oleh pengguna, seterusnya mengurangkan perbelanjaan pengguna terhadap barangan tersebut.
Sebelum ini, setiap kali harga petroleum dinaikkan, hampir sebahagian besar harga barangan turut mengalami kenaikan, yang kadangkala lebih tinggi daripada kadar kenaikan harga minyak. Sebagai contoh, apabila harga petroleum naik 20 sen seliter, kebanyakan kedai makan menaikkan harga minuman sebanyak 20 sen segelas. Alasan kenaikan ini ialah harga petrol memberikan kesan kepada kos mereka. Oleh itu, harga baru ini untuk menampung kenaikan kos tersebut.
Oleh itu, apabila harga petroleum diturunkan, pengguna menjangkakan penurunan harga barangan.
Namun, adakah harga makanan dan barang keperluan lain diturunkan seiring dengan harga baru petrol?
Apa menjadi kebimbangan FOMCA, walaupun harga petroleum turun, tetapi peniaga dan kedai makan masih mengekalkan harga jualan mereka. Justeru, mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi kerana kos operasi semakin rendah.
FOMCA mendesak kerajaan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk memastikan pengguna mendapat manfaat harga barang yang lebih rendah akibat daripada penurunan harga petroleum.
Peniaga tidak beretika menaikkan harga barang apabila harga petroleum meningkat untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Namun apabila harga petroleum dikurangkan, mereka turut membuat keuntungan yang tinggi daripada kos operasi yang rendah. Penguatkuasaan Akta ini penting supaya pengguna mendapat harga yang rendah dan bukannya peniaga mendapat manfaat daripada kenaikan untung.
Selain itu, disebabkan ramai peniaga yang masih mengekalkan harga mereka, sedangkan sepatutnya mereka menurunkan harga barang ekoran daripada harga baru petroleum, maka Suruhanjaya Persaingan perlu membuat siasatan sama ada terdapat sebarang pakatan perniagaan untuk mengekalkan harga sebagaimana sebelum penurunan harga petroleum atau amalan-amalan lain yang bersifat anti persaingan yang boleh memanipulasi harga.
Pengurangan harga petroleum sepatutnya memberi kebaikan kepada pengguna. Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dan mekanisme lain bagi memastikan pengguna benar-benar mendapatkan manfaat daripada penurunan harga petroleum
- Details
Baru-baru ini berlaku kemalangan mengenai seorang wanita mengandung yang maut akibat masalah beg udara (air bag) pada keretanya. Wanita tersebut dipercayai telah meninggal akibat luka pada leher kesan daripada serpihan logam yang terdapat pada beg udara kenderaannya.
Akibat daripada kejadian tersebut, syarikat pengeluar kereta tersebut telah memanggil balik kereta keluarannya di pasaran Malaysia.
Sebelum ini, masalah beg udara jenama tersebut telah dilaporkan oleh Pentadbiran Kselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (National Highway Traffic Safety Administration, NHTSA), yang merupakan sebuah agensi Amerika Syarikat, semenjak tahun 2013. Beg udara tersebut dipercayai mudah pecah dan serpihan logam daripada beg udara tersebut boleh melukakan bahagian leher pengguna.
Kemalangan maut yang berlaku ini secara tidak langsung mungkin boleh membuka
Read more: SEJAUH MANAKAH BERKESANNYA PANGGILAN BALIK PRODUK DI MALAYSIA?
- Details
Millions of toys are being sold in the market and new ones are continuously hitting the stores each year. Toys are supposed to be fun and are an important part of any child's development. Toys are being industrialized with different play values to ensure they are challenging and exciting for the child. Although several toy companies have made significant strides on product safety and sustainability, some toy manufacturers continue to use low-cost, potentially sketchy chemicals and materials in their toys.
In Malaysia, the Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism (MDTCC) has made it compulsory for all toy products sold in Malaysian market to comply with the Consumer Protection (Certificate of Conformance and Conformity Mark of Safety Standards) Regulations 2010 and introduced the Guideline on Mandatory Safety Standards for Toys 2010 to help the businesses that supply toys in Malaysia to comply with the legislation and requirement imposed.
The product owners are required to obtain the test by sending sample of toys to any accredited laboratory. A full range of test that applicable to the toys must be conducted according to the prescribed safety standards. A Certificate of Conformance (COC) will
- Details
Since young we have been taught that Malaysia is a land free of any natural disaster except flooding.
However, the recent episodes of mini-tornado or land/water spouts as defined by the Meteorological Department of Malaysia suggested that we need to seriously look into the paradigm shift that is occurring in our weather system.
In Pendang, it tore off the roofs off about eight houses and uprooted trees, lamp posts and electricity cables while in Pandamaran, 30 houses were damaged, tore off the roof of six apartments, uprooted trees, damaged signboards and sunk several boats.
Although the mini-tornado that we saw in Malaysia was nowhere near the size of tornado that we saw in other parts of the world, it should serve as a wake-up call to all Malaysian about the importance of adaptation to climate change.
According to the recently published Research Report by Climate Central, Malaysia is one of the 20 most at-risk countries on exposure to sea-level rise and coastal floodings due to climate change.
In the report, it says that Malaysia has spent nearly US$2.6 billion (RM8.5 billion) last decade adapting to more frequent floods. This is evident as we can see the flood in the East Coast of the peninsula has become an annual norm.
These disasters, facts and figures are a preamble on what is in store for coastal communities in Malaysia especially in the East Coast of the peninsula and Sabah if we are not serious in finding ways to adapt to the impact of climate change.
We have seen no specific measures in terms of policies, laws or education of the public to adapt to the impact of climate change despite the present prime minister has made a pledge back in 2009 to
- Details
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) melaporkan potensi kerugian yang bernilai berjuta-juta ringgit kepada pengguna dalam sektor automotif. NCCC mencatatkan aduan pengguna dalam sektor automobil yang melibatkan produk yang bernilai lebih RM135 juta ringgit (kereta, alat ganti kereta/ bengkel kereta) daripada 2010 sehingga 2013. Kereta tempatan walaupun import dalam kebanyakan kes menghabiskan masa di bengkel daripada pemilik atau di jalan raya. Tambahan pula, nilai produk yang terlibat dalam aduan pengguna mencecah RM12 juta ringgit.
Dengan rangkaian pengangkutan awam dan prestasi perkhidmatan yang lemah, memiliki atau mempunyai kenderaan persendirian hampir tidak boleh diketepikan oleh rakyat Malaysia. Malaysian Automotive Association telah melaporkan lebih daripada
Read more: SEMINAR UNDANG-UNDANG “LEMON” ANJURAN PERSATUAN PENGGUNA-PENGGUNA STANDARD MALAYSIA
Subcategories
Page 169 of 232