- Details
PETALING JAYA, 10 FEBRUARI 2014 - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) 2014.
Pertandingan Kepenggunaan HPM 2014 ini merupakan acara tahunan kali yang ke-13, dianjurkan oleh FOMCA serta disokong oleh pelbagai pihak, seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatn Jalan Raya Malaysia (MIROS), Standards Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan sebagainya.
Read more: FOMCA ANJURKAN PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HPM 2014
- Details
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memperkenalkan label kecekapan air atau Water Efficient Product Labelling Scheme (WELPS) untuk produk-produk yang cekap penggunaan air. Label ini berfungsi dalam membantu pengguna membuat pilihan yang betul semasa pembelian produk dan Ia juga dapat menggalakkan pengeluar untuk menghasilkan lebih banyak produk cekap air di pasaran. Lebih 90 model produk telah pun menyertai WELPS dan akan disenaraikan dalam direktori MyHijau.
Apa contoh barangan cekap air?
Kehidupan hijau kini untuk masa hadapan
Pada masa kini, penggunaan label ini adalah secara sukarela namunbegitu ia diharap dapat menjadi mandatori di mana barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang tidak menggunakan label WELPS, tidak akan dibenarkan memasuki industri perkhimatan air.
Pemaju-pemaju perumahan juga diharap dapat mempertimbangkan penggunaan peralatan penjimatan air dalam projek-projek perumahan atau pejabat yang baru. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan permintaan air mentah yang semakin kritikal, malah ia juga dapat menggalakan kehidupan yang lebih hijau dan membantu pengguna mengurangkan kos bil air dengan pengurangan penggunaan air.
Sudah tiba masanya untuk kita berubah kepada kehidupan yang lebih hijau demi menjamin bekalan air yang mencukupi untuk masa akan datang kerana kita boleh hidup tanpa makanan selama lebih daripada 2 bulan, tetapi kita tidak boleh hidup lebih daripada beberapa hari tanpa air. Air sangat berharga untuk dibazirkan begitu sahaja.
Nuraini Khalil
Forum Air Malaysia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Details
Headlines in various media associated with mismanagement of its forest reserves raise questions on the water security in Kelantan. The clearing of thousands of hectares of virgin rainforest to accommodate the state government’s effort to develop the state is not just a threat to the diverse flora and fauna in the region but also to the water security of the people of Kelantan.
Mining and land clearing for agricultural use such as the “Projek Ladang Rakyat” doesn’t only affect the quality of water resources but also its quantity. The run-offs due to land clearing brings with it heavy metals and dangerous bacteria which contaminates the river as well as cause sedimentation which affects the quantity of water.
Read more: UNSUSTAINABLE KELANTAN FOREST MANAGEMENT AND THE IMPACT ON WATER SECURITY
- Details
Kebocoran paip air sememangnya mendatangkan masalah dan kerugian kepada pengguna. Lebih-lebih lagi jika kebocoran paip air berlaku tanpa disedari oleh pengguna seperti kebocoran paip di bawah tanah atau di dalam dinding rumah. Keadaan akan bertambah buruk jika air tersebut mula masuk ke dalam rumah daripada celah-celah lantai, dinding atau siling rumah.
Bagi yang tinggal di rumah teres atau bertingkat, kebocoran paip air bukan sahaja akan memberi kesan kepada pemilik kediaman, malah ia juga akan menjejaskan pemilik kediaman yang berjiran dengan pemilik. Jika tidak ditangani segera, ia boleh menjejaskan keselamatan pemilik kediaman, menyebabkan kerosakan perabot, sambungan elektrik, kesan tompokan pada dinding akibat resapan air dan seterusnya mengakibatkan pengguna menanggung pembayaran bil air yang tinggi.
- Details
Prudence, as many say, will be the key to Malaysians to embrace the year 2014. A vast majority of Malaysians were baffled and left fuming when the day government decided to remove subsidies and increase prices of essentials like electricity and house assessments rates, all within a six to seven months’ time frame.
Many have also said that those residing in Klang Valley shall witness a price hike in tolls, some up to RM2. Coming under fire for such abrupt decisions, the Government had remained silent on most occasions, defending such measures as a necessity in efforts to balance out Malaysia’s fiscal deficit. Some of the Government officials went to the extent of saying such measures were long due and that the Malaysians have been pampered with subsidies for quite some time now.
Read more: PRICE HIKES AND REMOVAL OF SUBSIDES. WILL THERE BE A BREATHER?
- Details
Gambaran Menyeluruh Tentang Bajet 2014
Secara keseluruhannya, beberapa isu utama yang berkaitan dengan kebajikan pengguna dinyatakan dalam Bajet 2014, antaranya:
• Perumahan
• Mengurangkan Jenayah
• Sektor Kesihatan
• Harga Makanan
Kerajaan yang Telus
Pertamanya, usaha Kerajaan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat tentang pengurusan perbelanjaan kewangan yang bertanggungjawab, iaitu amalan sistem perbelanjaan yang terbuka dan telus. Oleh itu, langkah kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang berasaskan hasil amat dialu-alukan.
- Details
Setelah bertahun-tahun menangguhkan pelaksanaan GST semenjak mula diperkatakan dalam bajet 2005, YAB. Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan GST mulai pada 1 April 2015, dalam pembentangan Bajet 2014.
Agak memeranjatkan apabila kadar GST yang akan dikenakan ialah 6%, bukannya 4% sebagaimana yang diunjurkan sebelum ini. Namun begitu, angka tersebut juga tidak menghairankan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Idris Jala pernah membayangkan kerajaan akan mengutip sehingga sebanyak RM27 bilion sekiranya GST dikenakan pada kadar 7%. Ini seolah-olah menunjukkan kerajaan mungkin mengenakan kadar dalam lingkungan tersebut bagi memperoleh jumlah hasil daripada kutipan cukai yang dapat menampung defisit fiskal negara.
- Details
Hampir setahun yang lalu, pihak berkuasa negeri mendedahkan bahawa mereka telah mendakwa lima pengusaha kilang kelapa sawit daripada 124 pengusaha yang beroperasi di Lembangan Sungai Kinabatangan ke mahkamah sejak 2010.
Lima kilang tersebut telah dikenakan denda sebanyak RM75,000 setiap satu bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 termasuk melepaskan sisa kumbahan melebihi had yang dibenarkan, melanggar peraturan takungan air buangan dan resapan tanah.
Walau bagaimanapun, keracunan sungai-sungai di negeri ini terus berlaku. Insiden terbaru melibatkan sekumpulan pelancong asing menyaksikan lapisan atau tumpahan minyak yang terapung mengalir melalui mereka semasa ekspedisi mengesan hidupan liar di salah sebuah anak sungai Kinabatangan. Perkara yang berlaku di luar jangkaan ini telah menyebabkan gambar lapisan minyak tersebut telah dimuat naik ke laman sesawang oleh pelancong asing tersebut.
Read more: SEJAUHMANAKAH SERIUSNYA KEBIMBANGAN TENTANG MASALAH ALAM SEKITAR DI SABAH?
- Details
Amaran tentang sistem iklim adalah jelas dan sejak 1950-an, banyak perubahan yang telah diperhatikan adalah tidak diramalkan sejak 100 tahun yang lalu.
Atmosfera dan lautan telah memanas, liputan salji dan ais telah lenyap, paras laut telah meningkat dan kepekatan gas rrumah hijau telah meningkat. Pengaruh manusia dalam sistem iklim adalah jelas. Penurunan gas rumah hijau yang drastik dan berterusan perlu dilakukan segera bagi menghadkan dan memperlahankan perubahan iklim.
Ia adalah besar kemungkinan bahawa pengaruh manusia merupakan faktor yang utama dalam pemanasan global yang diperhatikan sejak pertengahan abad ke-20. Setiap tiga dekad (1981-1990, 1991-2000, 2001-2010) yang telah berlalu adalah lebih panas daripada dekad-dekad yang lalu sejak 1850. Di hemifera utara, 1983-2012 merupakan tempoh yang paling panas sejak 1400 tahun yang lalu.
- Details
Kuala Lumpur, 19 October 2013: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) today launched its MoneySmart 123 Advocacy Campaign in collaboration with the Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) Financial Literacy Month, at a ceremony held at the Multipurpose Community Hall at Kampung Tunku in Petaling Jaya.
The ceremony was jointly officiated by PIDM Chief Executive Officer Mr JP Sabourin and FOMCA President Datuk Dr Marimuthu Nadason. Over 100 grassroot members of the local community were present at the event.
“As a financial consumer protection authority responsible for administering the Deposit Insurance System (DIS) and the Takaful and Insurance Benefits Protection System (TIPS), as well as maintaining public confidence in the stability of the financial system in Malaysia, PIDM is committed towards enhancing financial literacy among the general public,” said Mr Sabourin.
Subcategories
Page 173 of 232