- Details

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) akan mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya ke-40 pada tahun ini.
Bersempena dengan ulang tahun penubuhan FOMCA ke-40 pada tahun ini, salah satu program yang telah dirancang untuk diadakan ialah Pameran Kepenggunaan yang dijadualkan pada 15 Mei hingga 19 Mei 2013, bertempat di Old Wing Centre Court, One Utama Shopping Mall, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Orang ramai dijemput melawat ke Pameran Kepenggunaan anjuran FOMCA pada 15hb Mei sehingga 19hb Mei 2013 bertempat di Pusat membeli-belah One Utama, Bandar Utama. Pelbagai aktiviti dan bahan kepenggunaan menanti anda. Masa pameran adalah dari 10pagi sehingga 10 malam.
Objektif Pameran ini adalah untuk
- Meningkatkan kesedaran dan pendidikan pengguna tentang isu-isu pengguna
- Menyedarkan pengguna tentang peranan pergerakan pengguna ke arah perlindungan dan kebajikan pengguna
- Menyedari hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna yang bijak.
Adalah diharapkan melalui pameran ini, lebih ramai pengguna dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang isu-isu pengguna dan mengamalkan tingkah laku pengguna yang bijak.
- Details
Kehidupan moden yang dibelakangi kemajuan internet merupakan satu keajaiban bukan? Ianya dapat membantu kehidupan yang semakin sibuk dengan mencari kehidupan yang lebih mewah.
Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah pembelian secara online kini semakin mendapat , malahan ia menjadi satu mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu beratur di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli belah.
Segala-galanya kini di hujung jari anda. Dinegara-negara maju, pembelian secara online telah lama diamalkan. Di Negara kita, walaupun ia masih belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda positif dan pasti akan berkembang apabila masyarakat , terutama kaum wanita yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi dan semakin mengenali pembelian secara online.
Read more: PEMBELIAN SECARA INTERNET - KLIK SAHAJA TIDAK MEMADAI
- Details
Didik dengan konsep “bayar diri anda terlebih dahulu”
Konsep ini boleh dimulakan seawal umur 5 tahun atau 6 tahun dan boleh dilaksanakan oleh semua peringkat umur. Ibu bapa boleh mula memberikan wang saku mengikut kematangan kanak-kanak tersebut. Gunakan sistem 3 balang tabung dan labelkan balang-balang tabung tersebut kepada 3 bahagian iaitu a) Simpan b) Belanja c) Kongsi (adik beradik/derma). Dengan amalan sistem ini, anda bukan hanya mendidik anak-anak dan diri sendiri menyimpan untuk masa hadapan malahan mendidik agar menjadi pengguna yang berhemat.
- Details
Of late, there has been an increase in complaints with regards to e-purchases. This could also reflect the increase of websites which are purported for advertising the provision of discounted services by a certain company. As most people use the internet on a daily basis for various purposes, one is more often than not to come across services advertised for a discounted price, valid only for a specific period of time. The services offered may vary from home cleaning services, massages, spa, facial and etc. The alluring nature of such advertisements put together with the pressure of time constraint is seen to have a positive impact in compelling the consumers to make such e-purchases.
As appealing as these online advertisements may sound and look, complaints that we receive from a time to time basis suggest that some of these purchases turn bad after a certain period as they are attached with an expiry date for redemption. Due to the nature of these purchases, consumers may enjoy these services by redeeming them only for a limited time period. Redemption is usually done by an online booking or calling up these companies directly to fix an appointment.
- Details
Institusi kewangan di Malaysia semakin berkembang dan berdaya saing dalam memperkenal produk perbankan mereka kepada semua lapisan masyarakat.
Pelbagai jenis produk ditawarkan kepada semua peringkat umur tidak kira sama ada kanak- kanak, remaja, golongan dewasa mahupun warga emas. Kedua- dua institusi perbankan Islam dan konvensional sama hebat dalam mempromosikan produk mereka, seperti akaun simpanan, pelaburan, pinjaman, kad kredit, insurans dan pelbagai lagi.
Seperti yang sedia maklum, kadang kala pihak bank akan menghubungi bakal pelanggan untuk menawarkan produk mereka. Segala penerangan tentang yang berkaitan produk mereka akan diterangkan menerusi panggilan telefon tersebut.
Menyedari tentang kepentingan menggunakan saluranini, maka terdapat sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menghubungi para pengguna dan memperkenal diri mereka sebagai wakil pihak bank. Produk yang sering digunakan oleh mereka adalah insurans dan takaful.
Read more: BERHATI-HATI APABILA MENERIMA PANGGILAN TELEFON EJEN BANK
- Details
Jumlah populasi sekarang dianggarkan telah menjangkau 7 billion dan diramalkan bahawa 2 bilion lagi akan ditambah kepada jumlah populasi dunia menjelang tahun 2025. Ini bermaksud bahawa sekurang-kurangnya 70% lebih makanan akan diperlukan dengan bilangan sebanyak 100% bagi negara-negara membangun. Pertumbuhan populasi yang semakin meningkat hanya akan membawa kepada permintaan yang meningkat untuk makanan.
Kita seringkali mendengar tentang negara-negara seperti Amerika Syarikat, Brazil, Kanada, India dan China sebagai pengeluar utama 'genetically modified crops' ataupun dikenali sebagai tanaman yang telah diubahsuai secara genetik. Cara penanaman ini telah berkembang ke negara-negara lain seperti Afrika dan Uruguay di mana jenis tanaman ini dikatakan merupakan harapan negara-negara ini.
Malah, tanaman jenis ini dikatakan merupakan penyelesaian kepada masalah perosak dan penyakit yang menyebabkan kerugian kepada petani serta tanaman jenis ini juga berdaya tahan terhadap perubahan iklim seperti kemarau dan banjir berbanding dengan tanaman biasa.
Read more: ADAKAH KITA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PERUBAHAN IKLIM?
- Details
MINGGU TANPA SKRIN - 19 – 25 APRIL 2013
19 April hingga 25 April ialah MINGGU TANPA SKRIN (sebelum ini dikenali sebagai Minggu Tidak Menonton Televisyen). Kempen secara tahunan yang telah dianjurkan semenjak 1995 ini, bertujuan untuk menggalakkan para ibu bapa dan anak-anak untuk menutup televisyen dan peralatan berskrin di rumah, dan seterusnya meluangkan masa tersebut dengan melakukan pelbagai perkara lain bersama-sama sebagai satu keluarga.
MENGAPA TANPA SKRIN?
Ini merupakan tahun kelima FOMCA mengadakan Minggu Tanpa Skrin. Media berskrin telah menghabiskan banyak masa keluarga, yang sepatutnya digunakan untuk melakukan aktiviti bersama. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Tabiat menggunakan media berskrin untuk tujuan rekreasi secara yang berlebih-lebihan telah menyebabkan wujudnya gaya hidup yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan dalam aktiviti fizikal. Justeru, tabiat ini tidak baik dari segi mental mahupun fizikal.
MINGGU TANPA SKRIN bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa masa menggunakan media berskrin perlu dihadkan kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari. Kanak-kanak dan golongan muda didapati telah menghabiskan masa selama antara 4 hingga 6 jam sehari untuk menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi.
Menutup media berskrin akan memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu perkara yang baru. Ia membolehkan anda bermesra dengan keluarga anda dan menggalakkan diri anda untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kekeluargaan.
The American Academy of Pediatrics menyarankan kanak-kanak berusia di bawah 2 tahun tidak didedahkan dengan media berskrin, manakala kanak-kanak yang lebih tua pula tidak lebih daripada dua jam sehari.
Mengurangkan masa menggunakan media berskrin akan:
Memberi peluang kepada pembelajaran
Mengurangkan kesan iklan terhadap kanak-kanak
Memberi lebih banyak masa untuk melakukan aktiviti kreatif dan permainan yang aktif.
HARI TANPA MEDIA SOSIAL
Kewujudan peranti seperti telefon pintar dan tablet, serta promosi agresif syarikat telekomunikasi tentang pakej internet, menyebabkan penggunaan media sosial, seperti Facebook, Youtube, dan Twitter semakin meluas.
Terdapat sesetengah orang yang mendakwa mereka sentiasa berada dalam talian selama 24 jam. Oleh itu, tidak hairanlah dengan keadaan sekumpulan orang, yang walaupun duduk semeja, tetapi mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Ini terutamanya terjadi kepada golongan muda dan dewasa. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar berbanding dengan berbual-bual secara bersemuka dengan kawan-kawan atau ahli keluarga.
Dengan aplikasi seperti Whatsapp, sesetengah orang menghabiskan terlalu banyak masa berbual menggunakan aplikasi tersebut, malah mudah terganggu dengan bunyi isyarat telefon. Mereka akan memeriksa telefon bimbit dari semasa ke semasa kerana mereka tidak mahu terlepas apa-apa mesej yang dihantar oleh kawan. Mereka begitu teruja dengan telefon bimbit dan internet. Mereka akan berasa tidak senang sekiranya tidak ada telefon bimbit bersama-sama mereka atau tidak dapat mengakses internet. Ini membuatkan kita terfikir adakah media sosial merupakan satu cara komunikasi yang baru atau satu lagi bentuk ketagihan?
Jadi, tibalah masa untuk kita tutupkan telefon pintar kita selama satu hari dan mula menjalankan aktiviti yang lebih interaktif dan aktif. Justeru, 25 April 2013 telah dijadikan sebagai ‘Hari Tanpa Media Sosial’ sempena dengan Minggu Tanpa Skrin.
Anda boleh menutup telefon pintar dan menggantikannya dengan telefon biasa. Ini dapat membebaskan diri anda daripada dunia media sosial, berada di dunia realiti sepanjang hari, membuat sesuatu yang bermanfaat kepada alam sekitar, atau berkumpul dengan kawan-kawan, bermain permainan secara berkumpulan, membolehkan diri anda berseimbang antara dunia media sosial dan dunia realiti.
Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan stres, tetapi juga dapat mengurangkan masalah sakit leher dan bahu yang disebabkan oleh penggunaan telefon pintar dengan menunduk kepala dalam tempoh yang panjang Berjoging atau mendaki bukit bersama-sama kawan-kawan adalah lebih menyeronokkan daripada anda sentiasa menundukkan kepala dan menaip mesej di telefon.
Semenjak kebelakangan ini, Amerika Syarikat dan Taiwan, satu aktiviti yang semakin popular, iaitu dikenali sebagai ‘Berhenti menggunakan telefon ketika makan’. Cara aktiviti ini diadakan ialah, ketika makan bersama-sama kawan-kawan, setiap orang dikehendaki meletakkan telefon bimbit mereka di tengah-tengah meja. Jika ada sesiapa yang tidak dapat menahan diri daripada menggunakan telefon, maka orang tersebut akan didenda dengan membayar harga makanan untuk semua orang. Jika anda benar-benar mementingkan kawan-kawan anda, maka anda bukan sahaja perlu mematuhi peraturan ini ketika makan, tetapi juga apabila berjumpa dengan kawan-kawan anda.
Aktiviti-aktiviti pilihan yang boleh dilakukan oleh anak-anak dan keluarga
Mengadakan aktiviti bersama-sama keluarga di taman permainan.
Belajar bermain gitar atau peralatan muzik yang lain.
Menganjurkan aktiviti gotong-royong dengan keluarga atau ahli masyarakat.
Aktiviti mencantumkan gambar.
Pergi ke perpustakaan. Meminjam buku atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat di perpustakaan.
Mendengar radio.
Pergi ke zoo.
Warnakan gambar atau mural.
Ketahui tentang pusat komuniti kawasan atau aktiviti-aktiviti di taman anda.
Pergi berenang.
Rancang perkelahan atau barbeku.
Perhatikan aktiviti burung.
Bermain dengan haiwan peliharaan.
Menulis surat kepada rakan atau saudara.
Tanam bunga, sayur-sayuran atau tumbuhan herba.
Membaca majalah atau suratkhabar.
Bermain permainan bola keranjang, bola sepak atau bola jaring dalam kawasan kejiranan anda.
Pergi berkhemah (walaupun di kawasan laman belakang rumah!)
Mengemas almari dan pakaian anda. Dermakan barangan yang berlebihan kepada golongan miskin.
Mulakan catatan diari / jurnal harian.
Pergi ke muzium.
Berjalan kaki sambil menikmati persekitaran. Kutip biji-bijian dan daun-daun. Buat kolaj dengan bahan yang dikutip dan tampal pada peti sejuk.
Bermain kad.
Keluarkan album foto keluarga anda. Kaji salasilah keluarga anda.
Buat cenderamata untuk dijadikan hadiah.
Bertanya ahli keluarga yang tua tentang kisah hidup zaman kanak-kanak mereka.
Belajar beberapa teka-teki dan lawak jenaka.
Pergi ke kedai buku yang berhampiran.
Lihat langit malam dengan teropong; kenal pasti bintang yang berbeza. Perhatikan juga bulan.
Pergi ke pasar raya yang berhampiran.
Berjalan kaki ke tempat kerja atau sekolah.
Berlatih untuk perlumbaan separa marathon.
Pergi memancing
Mulakan projek keluarga.
Membuat roti, kek atau biskut bersama ibu.
Berbasikal.
Bermain catur bersama ahli keluarga.
Pergi ke pasar malam.
Pergi ke membeli sayur bersama ibu.
Membuat kraf tangan dengan benda kitar semula.
Mengambil foto bersama-sama ahli keluarga.
Belajar memasak.
Belajar untuk menyebut frasa yang mudah dalam beberapa jenis bahasa.
Bermain congkak.
Mengadakan pertandingan menyanyi di rumah.
Pergi ke pusat membeli belah.
Belajar bermain gelang hula.
Mendaki bukit.
Pergi ke pesta yang berdekatan.
Membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Menjadi sukarelawan untuk organisasi komuniti atau kebajikan.
Menubuhkan kumpulan senaman komuniti yang membuat aktiviti seperti berjalan, berlari atau berbasikal.
Menjadi sukarelawan yang mengajar membaca, matematik dan kemahiran komputer di sekolah.
Baca satu cerita kepada adik-adik anda.
Mendapat ilham untuk mengarang buku yang baru.
Menubuhkan pasukan bola jaring belia / kanak-kanak.
Mengajar jiran anda tentang perisian komputer.
Mengambil bahagian dalam pertandingan pengembara mencari harta karun.
Melawat ke air terjun.
Menyertai kelas tarian.
Tutupkan skrin anda dan mulakan kehidupan kekeluargaan!
Sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti Minggu Tanpa Skrin, sila hubungi FOMCA melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau telefon 03-78762009.
Layari www.fomca.org.my untuk maklumat selanjutnya.
Klik disini untuk muat turun brosur Minggu Tanpa Televisyen - Bahasa Malaysia
Klik disini untuk muat turun brosur Minggu Tanpa Televisyen - English
Pada tahun ini, FOMCA akan menyambut ulang tahun penubuhannya ke-40. FOMCA telah memilih “Memperkukuh Perlindungan dan Pengupayaan Pengguna” sebagai tema sambutan ulang tahun ke-40 ini.
Dalam tempoh 40 tahun, FOMCA telah menempuh pelbagai perjuangan dan cabaran, yang sebahagiannya telah mencapai kejayaan, dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan dan pengupayaan pengguna.
FOMCA berhasrat untuk mewujudkan masyarakat pengguna yang mampu membuat pilihan yang bermaklumat tentang barangan yang selamat dan lestari, dan dalam masa yang sama memastikan hak-hak pengguna dijamin dan dihormati.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 ini, FOMCA akan mengadakan pelbagai program dan kempen yang berlainan. Ikutilah aktiviti FOMCA di laman sesawang www.fomca.org.my
- Details
Hampir 600km dari Bangkok, hujan turun seperti biasa pada musim monsun tahun 2011 di hilir lembangan Sungai Chao Phraya. Namun, kadar hujan pada musim tersebut jauh lebih tinggi daripada kadar biasa. Di antara bulan Julai sehingga September 2011, beberapa siri hujan ribut telah menenggelami kawasan yang subur itu. Banjir pada masa itu hanya berlaku di dataran-dataran di hilir sungai dan seluruh Bangkok masih selamat daripada banjir tersebut.
Pada hujung September 2011, hujan berhenti dan semua rakyat Bangkok percaya bahawa air banjir di hilir bakal bersurai melalui sistem saliran dan pembetungan yang telah dibina 30 puluh tahun dahulu. Walau bagaimanapun, mereka telah memandang rendah kepada kuasa alam sekitar.
Pada awal bulan Oktober 2011, air banjir yang bersaiz 16 bilion kubik meter (bersamaan dengan 64 juta kolam renang Olimpik) , beberapa kali ganda kapasiti Sungai Chao Phraya sedang mencari ‘jalan’ untuk mengalir ke Teluk Thailand dari hilir Sungai Chao Phraya. Sistem saliran dan pembetungan di Bangkok tidak dapat menampung air banjir yang berlebihan tersebut dan akhirnya hampir seluruh Bangkok ditenggelami air.
Read more: Banjir Besar di Bangkok 2011: Perlu Jadi Pengajaran kepada rakyat Malaysia
- Details
Pergerakan pengguna baru sahaja kehilangan seorang aktivis pengguna tegar, iaitu Ismail Abdul Aziz yang meninggal dunia pada 27 Mac 2013 kerana penyakit jantung. Ismail Abdul Aziz, 52 tahun, adalah Pengerusi Persatuan Pengguna dan Sosial Daerah Petaling, yang merupakan ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Ismail Abdul Aziz mula terlibat dengan persatuan pengguna pada awal tahun 1980-an. Ketika itu, beliau telah berkenalan dengan Bishan Singh Bahadur, seorang aktivis sosial. Apabila Bishan Singh menjadi presiden Persatuan Pengguna Pahang pada tahun1984, beliau telah menawarkan Ismail untuk bersama-samanya bekerja sepenuh masa di Persatuan Pengguna Pahang. Ismail yang ketika itu berkhidmat dengan Jabatan Pendidikan Pahang telah meletakkan jawatannya kerana terpikat dengan semangat Bishan Singh, yang juga ketika itu telah meletakkan jawatan sebagai guru.
Di Persatuan Pengguna Pahang, Ismail terlibat dalam mewujudkan cawangan Persatuan Pengguna Pahang di peringkat daerah, serta mengaktifkan cawangan yang sedia ada.
- Details
Kepentingan menguruskan kewangan dengan bijak adalah penting, apatah lagi apabila mendapat bonus pada hujung tahun. Bonus merupakan perkataan yang memberikan makna yang besar kepada warga kerja.. Kadar pemberian bonus adalah berbeza mengikut pangkat, pengalaman bekerja, tempoh bekerja dan juga bergantung kepada prestasi pekerja tersebut. Pastinya semua orang mempunyai cara pengurusan wang sendiri mendapat bonus. Namun mereka perlu mendisiplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan betul dan bijak sebelum terlambat. Antara panduan yang boleh digunakan dalam merancang kewangan adalah :-
Pertamanya, menyimpan dulu. Biasanya, sebelum mendapat bonus, pastinya pelbagai cara telah difikirkan untuk membelanjakan wang tersebut. Mungkin ada yang ingin membeli kereta baru, mengubah suai rumah, membeli-belah, pergi melancong, beli barang keperluan anak dan sebagainya. Cara yang paling berkesan dalam pengurusan kewangan adalah simpan sebahagian daripada wang bonus itu sebelum berbelanja. Anda dinasihatkan supaya menyimpan sekurang-kurangnya 10-15 peratus daripada bonus yang anda terima.
Subcategories
Page 176 of 232