Budaya menabung perlu diamal sebagai saham kesejahteraan masa depan.

Menyediakan simpanan hasil daripada pendapatan yang diperoleh perkara asas dan ia langkah terbaik dalam memastikan kelangsungan sumber kewangan. la juga dapat meningkatkan sumber pendapatan di mana sebahagian simpanan boleh dilaburkan melalui pelbagai instrumen, sama ada unit amanah, saham atau di bank bagi mendapatkan pulangan berbentuk dividen.

Boleh dikatakan sejak sekolah rendah Iagi, rakyat  Malaysia sudah dididik mengenai kepentingan menyimpan, namun ia belum menjadi budaya walaupun sudah dewasa dan bekerja apatah Iagi dengan kekangan komitmen yang meningkat.  Menyedari kepentingan menabung, kerajaan menubuhkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi memastikan pekerja sektor swasta dan tidak berpencen dari sektor awam mampu menampung hidup selepas persaraan. Bagaimanapun, pencarum tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada KWSP kerana kajian menunjukkan simpanan daripada dana itu hanya mencukupi untuk tempoh yang singkat.

Kegilaan generasi muda menghisap rokok elektronik atau vapor pada masa ini menjurus kepada peningkatan permintaan terhadap cecair rokok berkenaan. Jika dahulu cecair vapor sekadar mengandungi nikotin dan sedikit perisa asas seperti vanila, ia kini diubahsuai bagi menghasilkan pelbagai perisa sejajar cita rasa masyarakat tempatan.

Cecair berperisa mangga, tembikai susu, sirap bandung dan pandan kini boleh diperoleh dengan mudah oleh penghisap vapor berikutan kernunculan ramai pengusaha baharu yang mengambil kesempatan mengadun dan memasarkan cecair berkenaan. Namun, timbul persoalan sama ada kandungan cecair itu benarbenar bebas daripada sebarang risiko kesihatan kerana kaedah penyediaannya tidak dinyatakan atau mengikut piawaian industri.

Tingkatkan penyelenggaraan dan pemantauan di tangga bergerak atau eskalator di bangunan bertingkat bagi memastikan kemudahan premis selamat digunakan.

Itu saranan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman, agar orang ramai tidak terdedah bahaya ketika menggunakan kemudahan itu yang sepatutnya selamat.

Menyifatkan tindakan pencegahan paling baik, beliau berkata, ada pemilik premis menugaskan pengawal keselamatan melakukan rondaan berkala, malah ada yang menempatkan mereka di kaunter keselamatan berhampiran eskalator yang sentiasa bersedia jika berlaku kecemasan.

Ramli (bukan nama sebenar) mempunyai peluang untuk memiliki telefon bimbit yang diidamkan apabila sebuah laman sesawang menjualnya dengan harga yang lebih murah daripada pasaran biasa.

Ramli hanya diberikan jaminan lisan produk akan sampai di tangan nya dalam tempoh masa tertentu apabila menghubungi nombor telefon penjual.

Puas dengan penjelasan dan janji yang diberikan, Ramli mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun penjual. Namun, urusniaga ini tidak tercapai, apabila Ramli tidak mendapat telefon bimbit dalam masa yang ditetapkan. Semua usaha untuk menghubungi penjual berkenaan gagal.

Sememangnya usia 20-an dinanti-nantikan ramai remaja. Apa tidaknya, di usia inilah kita berdikari sepenuhnya apabila mula mendapat pendapatan sendiri. Banyak yang hendak diteroka dan dilakukan di usia ini. Hendak mengembara ke sana sini, mahu beli gajet yang sudah lama diingini dan membeli kereta idaman hati.

Ada yang mengatakan cara kita mengurus kewangan dan berbelanja pada usia 20-an akan menentukan keadaan kewangan kita pada usia 30-an dan berikutnya kecualilah kita ‘terpijak’ duit. Sememangnya pada usia ini banyak dugaanya apabila mula memegang duit sendiri. Namun, ia semua bergantung pada diri sendiri untuk menentukan bagaimana situasi kewangan kita pada masa hadapan dengan cara kita menguruskannya hari ini.

Amat melegakan sekali bagi seorang mahasiswa yang mendapat pembiayaan kerajaan atau swasta melalui biasiswa dan pinjaman apabila melanjutkan pengajian di institusi  pengajian tinggi (IPT) dan amat sukar pula bagi mereka yang tidak mendapat kemudahan itu bukan?

Mahasiswa yang tidak memperoleh sebarang pembiayaan atau pembiayaan tidak mencukupi, ada yang terpaksa bekerja sambilan bagi menampung keperluan ketika di kampus bagi memastikan kelangsungan hidup dan meneruskan pengajian mereka. Ramai yang melakukan kerja sambilan seperti membaiki motosikal, membaiki komputer, bekerja sambilan di restoran makanan segera atau berniaga di pasar malam.

Memang menjadi kebiasaan pada masa ini pengguna membeli barangan secara kredit atau ansuran. Biasanya ia membabitkan barangan yang berharga ratusan atau ribuan ringgit. Dengan wujud perniagaan yang menawarkan kemudahan ini, ramai pengguna yang mampu memiliki barangan seperti perabot, barang elektrik, kenderaan dan sebagainya. Malah, wujud syarikat yang khusus menawarkan perkhidmatan untuk memudahkan pengguna membeli barang secara kredit.

Dari segi perundangan, perniagaan yang menawarkan perkhidmatan jualan secara kredit atau ansuran tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010). Namun, ada juga perniagaan yang tidak dikawal selia Oleh akta ini, seperti skim bayaran mudah, flexi kredit dan sebagainya.

Sisters  Raechel and Jacqueline Houck in the US were victims of a fatal car accident in Santa Cruz, US in 2004. The car they were driving was a Chrysler PT Cruiser – one of the models involved in a recall. The car rental company did not ground the models and rented out to the sisters and apparently began leaking steering fluid and suddenly caught fire before crashing into an oncoming semi-tractor trailer. As reported in a 2010 ABC News investigation, the car had been under a safety recall for the potential fire hazard, but was still rented to the sisters (ABC News, July 10, 2012). The parents of these sisters were awarded USD 15 million and a new law was drafted to ensure that car rental companies repair or ground unsafe cars if those cars are involved in any recalls.

Fast forward 2014 (Dec) Law Suk Leh who was eight-and-a-half months pregnant from Sibu, died on the way to the hospital, becoming the first reported casualty outside the US in air-bag crisis. In the US, Takata air bags, used by carmakers have been associated with eight deaths (including Law’s) and lawsuits. Her baby died at the hospital.

The current spate of recalls due to faulty airbag is the largest vehicle recall in the auto – industry history.

Ketika masih kecil, saya seringkali berkunjung ke Cameron Highlands. Bergerak dari Taiping ke Cameron Highlands sesuatu yang menyeronokkan. Selain panorama, cuaca yang sejuk sesungguhnya menenangkan jiwa. Malangnya, pada hari ini, persekitarannya sungguh berlainan. la jauh berbeza sebab landskapnya sudah diganggu teruk.

Saya tidak pasti adakah ramai daripada kita masih berminat untuk ke pusat peranginan dan pertanian ini kecuali ada perkara yang mustahak untuk diuruskan. Saya yakin kebanyakan pengunjung tidak akan kembali selepas membuat kunjungan kali pertama. Saya tidak bermaksud memberi tanggapan negatif terhadap pusat peranginan ini. Saya masih sayang kepada Cameron Highlands.

Marcapada yang serba moden lagi canggih ini terdapat lambakan produk kecantikan yang menjadi dambaan golongan wanita khususnya. Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai bahayanya pengambilan produk tidak berdaftar yang berlabel "Figure Up". Lebih malang, produk ini amat mudah untuk didapati melalui penjualan internet. Produk ini dipercayai mampu untuk menurunkan berat badan. Tetapi tahukah anda akan kandungan bahan yang terdapat pada produk ini? Adakah anda pasti produk tersebut adalah selamat untuk digunakan?

Produk ini sebenarnya mengandungi bahan sibutramine iaitu ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti. Tetapi pada 23 Disember 2012, Malaysia telah menarik balik pendaftaran ubat-ubatan yang mengandungi bahan sibutramine atas sebab peningkatan risiko seperti serangan jantung dan strok. Tahap kesedaran pengguna di negara kita mungkin masih rendah tetapi perlukah kita mengambil risiko semata-mata untuk kecantikan diri? Saya puji dengan tindakan KKM dan juga BPFK yang menyedarkan pengguna akan tahap keselamatan sesuatu produk.