- Details
Penduduk Malaysia kebanyakannya mempraktikkan amalan berbasikal hanya ketika bersenam di pusat-pusat senaman ataupun di taman-taman rekreasi yang menyediakan aktiviti berbasikal. Itupun aktiviti tersebut kebanyakannya dilakukan oleh golongan muda sahaja. Aktiviti berbasikal bukannya aktiviti yang menjadi kegemaran ataupun pilihan utama masyarakat Malaysia.
Tahap kesihatan sebahagian besar rakyat Malaysia adalah kurang memuaskan kerana tahap obesiti rakyat Malaysia yang kian meningkat. Kebanyakan golongan obes ini bakal menjadi mangsa pelbagai masalah kesihatan.
Dalam satu kaji selidik Kesihatan Kebangsaan dan Morbiliti Ketiga pada thaun 2006, menunjukkan bahawa 29.1% daripada 33,055 penduduk dewasa yang dikaji mengalami berat badan yang berlebihan (BMI 25,0-29,9). Kelaziman obesiti (BMI> 30) telah dilaporkan kepada 14.0%.
Salah satu cara yang paling mudah untuk menangani isu kesihatan adalah dengan memupuk tabiat berbasikal dalam kalangan rakyat. Di samping dapat menguatkan otot-otot dan membakar kalori, aktiviti berbasikal juga menyumbang ke arah kesihatan penduduk Malaysia secara efektif dan secara kolektif. Persoalannya adakah aktiviti berbasikal adalah mendapat sokongan pendudk Malaysia?
Read more: TABIAT BERBASIKAL PUPUK GAYA HIDUP MASYARAKAT SIHAT
- Details
Apakah itu Audit Tenaga? Audit Tenaga adalah satu kajian berkenaan penggunaan tenaga. Pengguna- pengguna di Malaysia perlulah mengambil perhatian untuk membuat audit tenaga ke atas peralatan elektrik di rumah mereka dan bukan setakat hanya mengunakan peralatan tersebut. Tabiat membuat audit tenaga adalah penting untuk menyemaikan kesedaran penggunaan tenaga elektrik secara berjimat di rumah.
Setiap rumah sedang melakukan pembaziran tenaga tiap-tiap hari tanpa disedari. Justeru itu, kebanyakan masa para pengguna berbelanja lebih untuk membayar bil elektrik sedangkan mereka boleh mengurangkan pembayaran bil tersebut.
Bagaimanakah audit tenaga akan membantu pengguna? Jikalau audit tenaga dilakukan dari masa ke masa, maka para pengguna akan lebih arif tentang penggunaan dan pembaziran tenaga elektrik di rumah mereka.
Malah amalan melakukan audit tenaga ini akan menyemai sikap penggunaan tenaga secara cekap di rumah mereka.
Read more: MEMUPUK TABIAT MEMBUAT AUDIT TENAGA PENGGUNA DOMESTIK
- Details
Semua pengguna tentu pernah mengalami keadaan yang mereka tidak boleh membuka sesuatu bungkusan atau pembalut makanan dan sebagainya. Kesukaran seperti ini pula sering dialami oleh warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Organisasi Standard Antarabangsa (ISO), memberikan satu jalan penyelesaian kepada masalah ini dengan cara membangunkan satu standard untuk cara pembungkusan yang mudah digunakan oleh warga emas, OKU dan semua pengguna lain.
Standard ISO 11156:2011, Packaging – Accessible design – General requirements, ini memberikan satu rangka kerja mengenai reka bentuk pembungkusan, iaitu standard ini mengambil kira faktor-faktor seperti keupayaan rangsangan dan fizikal pengguna untuk memastikan ia boleh digunakan bukan sahaja oleh pengguna yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran atau pergerakan, tetapi juga berupaya mengatasi kekurangan yang di alami oleh warga emas yang mempunyai masalah penglihatan atau pergerakan yang terganggu.
Read more: REKABENTUK UNIVERSAL UNTUK PEMBUNGKUSAN - PENYELESAIAN SEMUA PENGGUNA
- Details
Sukacita dimaklumkan bahawa ERA Consumer Malaysia dengan kerjasama sokongan oleh Kedutaan Finland akan menganjurkan satu sesi rundingan umum kebangsaan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2009 yang bertajuk “SUHAKAM After 10 Years: A Review of Human Rights in Malaysia”.
Sesi ini bertujuan bagi membentangkan ulasan terhadap laporan-laporan tahunan ini serta memberikan peluang kepada pihak-pihak berkepentingan memberikan pandangan terhadap peranan dan prestasi SUHAKAM dalam menangani isu-isu hak asasi manusia yang berbangkit serta akauntabiliti SUHAKAM dalam membela hak –hak ini sepanjang tempoh tersebut.
Sehubungan dengan itu, diharapkan tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menjayakan program ini.
- Details
Dalam zaman moden yang semakin mencabar ini, wujud pelbagai jenis penipuan. Setiap hari media melaporkan tentang individu yang ditipu beribu-ribu ringgit oleh sindiket tertentu yang ingin mengaut keuntungan sekelip mata.
Walaupun banyak laporan media disiarkan, tetapi semakin ramai yang terperdaya, seolah-olah laporan berita tersebut tidak memberi sebarang makna kepada mereka. Bilakah masyarakat di Malaysia ingin sedar tentang pelbagai jenis penipuan ini, atau menunggu sehingga 'bila dah terhantuk baru nak mengadah'
Antara penipuan yang sering dilaporkan ialah gores dan menang. Ia merupakan satu kaedah yang dilakukan oleh pihak tertentu yang menggunakan taktik gores dan menang sebagai kaedah untuk mendekati pengguna.
Read more: ELAKKAN DARIPADA MENJADI MANGSA PENIPUAN GORES DAN MENANG
- Details
Syarikat-syarikat yang menjual barangan dan perkhidmatan di Malaysia hendaklah memberi perhatian yang serius tentang aspek khidmat pelanggan, kerana kes aduan tentang layanan yang kurang memuaskan kepada para pengguna semakin meningkat.
Baru-baru ini Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima satu lagi aduan tentang layanan kurang baik yang diberikan kepada pengguna selepas membeli perkakasan dapur dan sistem audio di sebuah kedai elektrik di Puchong.
Menurut pengguna tersebut, semasa bayaran dibuat, tidak ada stok untuk barang tersebut di kedai, tetapi penjual berjanji kepadanya bahawa stok akan sampai dalam masa empat hari lagi.
- Details
Kanta lekap merupakan kanta yang digunakan untuk tujuan memperbaiki penglibatan, sebagai kosmetik ataupun kanta terapeutik yang biasanya diletakkan pada kornea mata.
Kini ia berfungsi sebagai salah satu produk yang paling penting yang mesti dimiliki oleh kebanyakan pengguna di seluruh dunia. Sesetengah pengguna mungkin berasa lebih yakin apabila memakai kanta lekap, malah sesetengah orang pula berasa lebih selesa dan boleh bergerak secara mudah tanpa sebarang sekatan atau halangan.
Terdapat pelbagai jenis kanta lekap di pasaran untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Contohnya, kanta lekap yang berfokus dua menawarkan penglihatan yang jelas pada pelbagai dan kanta lekap pakai buang harian yang boleh dibuang pada waktu malam selepas digunakan.
- Details
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) telah diluluskan di Palimen Malaysia pada 17 Julai 2007 dan telah diwartakan pada 30 Ogos 2007.
Ia diperkenalkan dengan tujuan untuk menyeragamkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.
Akta ini akan berkuatkuasa bermula pada 1 September 2011 dan dijalankan secara berperingkat.
Read more: MEMAHAMI AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672)
- Details
FOMCA telah menghantar memorandum mengenai masalah perkhidmatan bas ekspres kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.Kemalangan ngeri di jalan raya bukanlah satu perkara baru di Malaysia, terutama kemalangan membabitkan bas ekspres.
Walaupun bilangan kemalangan yang membabitkan bas ekspres kurang berbanding kenderaan yang lain, tetapi apabila kemalangan berlaku, ia melibatkan kehilangan nyawa yang besar. Kemalangan besar yang melibatkan bas ekspres berlaku sekurang-kurangnya sekali setahun sejak tahun 2006.
Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan melibatkan bas ekspres semakin mendapat perhatian masyarakat kerana tiada langkah penyelesaian dilakukan walaupun banyak kes kemalangan terjadi. Pada akhir bulan ini dan awal bulan hadapan, rakyat Malaysia akan menyambut musim perayaan dan cuti panjang.
- Details
Berdasarkan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, pengguna berhak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti. Pengguna juga berhak untuk membuat aduan jika perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi tidak memuaskan.
Menurut Akta Perlindungan Pengguna 1999, pengguna berhak untuk mendapatkan ganti rugi dalam bentuk pemulangan wang atau penggantian produk terhadap perkhidmatan yang tidak berkualiti.
Berdasarkan kepada aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), didapati aduan mengenai perkhidmatan telekomunikasi mengalami peningkatan yang berterusan.
Pada tahun 2006, sebanyak 1,297 aduan diterima, manakala pada tahun 2007 sebanyak 1,721. Pada tahun 2008 pula, sebanyak 2,136 aduan terhadap perkhidmatan telekomunikasi, dan tahun 2009, sebanyak 2,512 aduan diterima.
Read more: SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PERLU SEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI
Subcategories
Page 181 of 232