- Details
Pusat khidmat aduan pengguna nasional (NCCC) telah menerima banyak aduan daripada para pengguna. Setiap aduan akan diterima secara bertulis sebab itu adalah bukti yang kukuh kepada pihak NCCC bahawa aduan telah diterima. Selain daripada itu, sebahagian aduan yang diterima adalah tanpa maklumat yang lengkap. Maklumat lengkap adalah penting untuk pihak NCCC mengambil tindakan terhadap pihak respondan. Sebagai pengguna yang bijak mesti memberikan maklumat-maklumat seprti yang dinyatakan dibawah semasa membuat aduan.
- Details
Sebagai seorang pengguna, tidak kira pengguna domestik ataupun komersial, perlu menjimat penggunaan tenaga elektrik. Ini kerana bukan sahaja bil elektrik meningkat tetapi wujudnya pembaziran penggunaan elektrik yang berlebihan. Penggunaan tenaga elektrik secara berhemat dapat mengurangkan bil elektrik kerana mulai 1 Jun 2011 kerajaan mengumumkan tarif baru bagi penggunaan gas dan elektrik.
Bagi golongan yang suka membazirkan tenaga elektrik di rumah mahupun di tempat kerja anda, mungkin kenaikan tarif ini akan merasa bebanan. Manakala pengguna domestik yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 301 kWj ke atas mungkin akan merasai bahang kenaikan tarif elektrik dalam bil elektrik mereka.
Pengguna komersial pula seperti perdagangan dan perindustrian pula dikenakan tarif elektrik yang lebih tinggi daripada pengguna domestik kerana sektor ini menggunakan tenaga yang lebih banyak.
- Details
Mulai 1 Jun 2011, tarif elektrik bagi sektor tertentu, termasuk pengguna domestik akan meningkat dengan kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus. Walau bagaimanapun semakan tarif elektrik ini tidak melibatkan pengguna yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj, atau RM77.00 sebulan. Ini melibatkan 4.4 juta atau 75 peratus pengguna domestik.
Begitu juga kerajaan akan terus memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20 sebulan sehingga Disember 2011. Pemberian percuma ini sebagaimana yang dibentangkan dalam bajet 2011.
Walaupun rata-ratanya pengguna domestik tidak akan mengalami kesan drastik terhadap semakan tarif elektrik, namun apa yang dibimbangkan ialah kemungkinan berlakunya kenaikan harga barang yang disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik tersebut. Ini berlaku disebabkan sektor industri, termasuk industri kecil, turut mengalami tempias kenaikan tarif elektrik. Lazimnya apabila sektor ini mengalami kenaikan kos, maka kenaikan tersebut akan dilepaskan semula kepada pengguna dalam bentuk kenaikan harga barang.
Read more: BIMBANG HARGA NAIK APABILA TARIF ELEKTRIK MENINGKAT
- Details
Semasa Barcelona sibuk mengalahkan Manchester United, sebuah syarikat pengeluar rokok juga sibuk mempromosikan produk mereka di sebuah medan selera awam, yang terdapat ramai pengunjung remaja dan golongan muda.
Syarikat rokok tersebut telah menggunakan beberapa gadis muda untuk menjual rokok di tempat tersebut. Pengunjung-pengunjung muda beratur untuk membeli rokok dengan jurujual syarikat tembakau tersebut.
Kemudian, seorang pengacara di tempat tersebut mengumumkan bahawa penganjur akan memberikan hadiah percuma kepada peminat-peminat bola sepak yang ditaja.
Walaupun penaja hadiah itu tidak dinyatakan, tetapi pada pertengahan permainan, pengacara tersebut telah mengumumkan bahawa terdapat promosi untuk membeli rokok.
- Details
Peningkatan penggunaan komputer dalam kalangan masyarakat sama ada untuk tujuan pekerjaan, pembelajaran mahupun bagi tujuan-tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat, telah menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya, serta kesihatan umum secara amnya.
Dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.
Gejala dan tanda
Diantara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna komputer tegar ialah:
- Details
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menguatkuasa Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) mulai Jun 2011. Antara perkara yang terkandung di dalam pindaan akta tersebut ialah:
Peranan Penyewa (Pengguna)
- Membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian
- Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya
- Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli
- Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat di dalam Jadual Kedua Bahagian 1
- Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong
- Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil
- Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.
Read more: MEMAHAMI PINDAAN DALAM AKTA SEWA BELI 1967 (Pindaan 2010)
- Details
Pada minggu lalu, terdapat laporan akhbar yang mengatakan paras laut di Malaysia akan meningkat sebanyak 10cm setiap tahun. Selain itu, menjelang tahun 2020 pula, beberapa tempat di Malaysia akan ditenggelami air laut. Tempat-tempat yang diramalkan tersebut adala Pulau Pinang, Batu Pahat, Melaka, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.
Walaupun laporan berita tersebut menimbulkan kegemparan, namun timbul kesangsian tentang kebenaran laporan tersebut, iaitu tentang kadar peningkatan paras laut sebanyak 10cm setahun.
Menurut hasil kajian NAHRIM pada 2006, unjuran menunjukkan bahawa 10-13cm paras air laut akan meningkat menjelang tahun 2100 dengan purata peningkatan 1.3mm setiap tahun.
- Details
Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan harga bahan api seperti petrol RON95, diesel dan LPG pada masa ini. Keputusan ini disambut dengan perasaan lega oleh para pengguna di Malaysia.
Namun begitu, pelarasan subsidi akan disemak semula dalam tempoh enam bulan akan datang, berdasarkan kepada cadangan Makmal Rasionalisasi Subsidi. Makmal mencadangkan subsidi petrol dan diesel disemak setiap enam bulan sekali dengan kenaikan sebanyak 10 sen setiap kali semakan dilakukan, manakala LPG pula disemak setiap tahun dengan kenaikan sebanyak 20 peratus.
FOMCA menyambut baik keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Namun begitu, FOMCA juga berpandangan pelarasan subsidi perlu dilakukan secara berperingkat agar kesannya tidak dialami secara mendadak. Pemberian subsidi yang dilaksanakan pada masa ini bersifat tidak mampan sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi yang tinggi.
Read more: KERAJAAN PERLU PERANCANGAN UNTUK RAKYAT JIKA SUBSIDI DIMANSUHKAN
- Details
Pengguna merupakan kumpulan terpenting dalam menentukan status ekonomi sesebuah Negara. Pengguna juga merujuk kepada individu yang menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber semula jadi untuk kepuasan hidup secara umum. Dalam konteks pada hari ini, pengguna perlu mengetahui hak dan peranan sebagai seorang pengguna untuk melindungi diri sendiri dari dimanipulasikan oleh pasaran yang semakin global dan terbuka luas ini.
Hak pengguna pertama kali disuarakan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat mendiang J.F.Kennedy apabila beliau mengisytiharkan “ Deklarasi Hak Penguna” yang dibentangkan pada Kongres pada 15 Mac 1951. Sejak peristiwa tersebut, pergerakan pengguna di peringkat antarabangsa telah mengumumkan bahawa Sambutan “Hari Hak-hak Pengguna Sedunia” disambut pada 15 Mac setiap tahun.
- Details
Agensi pembantu rumah seolah-olah beroperasi dengan untung atas angin. Malah, sejak akhir-akhir situasi bertambah teruk apabila agensi ini mengenakan caj yang sangat tidak munasabah dan membebankan para majikan. Padahal, pembantu rumah yang dihantar belum tentu baik perkhidmatannya setimpal dengan kos tinggi yang perlu dibayar.
Secara purat kos sebenar untuk mengambil pekerja asing ini hanya sekitar antara RM2,000 dan RM3,000. Namun ada pula yang mengenakan caj yang mahal kepada para majikan sehingga mencecah RM8,000-RM10,000, terutamanya di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, yang mana modus operandi mereka adalah menjanjikan masa pengambilan pembantu rumah dalam tempoh masa yang singkat.
Tetapi belum tentu kualiti perkhidmatan pembantu rumah yang diberikan itu memuaskan. Kini, kerajaan telah membuat memorandum persefahaman dengan kerajaan Indonesia untuk membekalkan semula pembantu rumah ke Malaysia.
Subcategories
Page 185 of 232