- Details
Tidak terlalu awal untuk mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan. Kebanyakan syarikat kini menjadikan kanak-kanak seawall usia 18 bulan sebagai sasaran untuk memasarkan produk mereka. Didiklah anak anda tentang pengurusan kewangan sebelum syarikat tersebut mengajar mereka untuk berbelanja. Kanak-kanak boleh diajar untuk menyimpan duit dalam tabung walaupun sebelum mereka tahu cara untuk mengira duit.
Mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan dari usia muda dapat membimbing mereka menuju ke arah masa depan yang celik kewangan.
Kenali tentang wang
Kebanyakan kanak-kanak tidak tahu dari mana datangnya wang. Mereka menganggap wang datang dari bank atau poket ibu bapa mereka. Oleh itu amat penting untuk memberi kefahaman kepada mereka bahawa wang bukan jatuh dari langit. Seseorang itu perlu bekerja untuk mendapatkan gaji. Dengan ini, mereka akan memahami bahawa sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan wang, dan mereka tidak sepatutnya membazir wang.
Pada peringkat awal, anda perlu mengajar anak anda tentang duit kertas dan syiling. Biarkan mereka untuk cuba umembuat bayaran sendiri semasa membeli barang.
- Details
ISO 26000 – Tanggungjawab sosial merupakan standard ISO (International Organization for Standardization (ISO)) yang baru dibangunkan untuk memberikan peluang dan penglibatan global dalam melaksanakan matlamat "pembangunan lestari" dalam pelbagai peringkat organisasi di seluruh dunia.
Inisiatif ISO untuk membangunkan ISO 26000 yang memberikan panduan kepada tanggungjawab sosial, merupakan satu kesempatan unik untuk membentuk sebuah dunia yang harmoni, memberikan manfaat kepada kesejahteraan dan kepentingan masyarakat dan organisasi.
Terdapat enam "sektor" yang dikenal pasti; setiap negara peserta digalakkan untuk melibatkan wakil daripada pelbagai sektor: industri, kerajaan, pekerja, pelanggan, badan bukan kerajaan, dan lain-lain (perkhidmatan, sokongan, penyelidikan dan lain-lain).
Read more: PENGENALAN KEPADA ISO 26000 - TANGGUNGJAWAB SOSIAL
- Details
Setiap hari, pasti ada pengguna yang berkemungkinan menjadi mangsa penipuan perniagaan telepemasaran. Memang tidak dapat dinafikan yang telepemasaran merupakan trend perniagaan masa kini. Industri bergantung kepada cara pemasaran yang membolehkan mereka berhubung terus kepada pelanggan mereka.
Namun, bagi pengguna pula, jika mereka bukan pengguna yang bijak, mereka akan mudah tertipu atau tidak sedar akan syarat-syarat dan caj-caj yang terselindung.
Kurang kesedaran dan taktik pemasaran yang menarik membuatkan pengguna terjerat dalam apa juga promosi telepemasaran tanpa mengetahui risiko yang akan berlaku.
Pengguna tidak tahu syarat dan terma serta terma pengecualian yang mungkin akan mengagalkan sebarang tuntutan mereka pada masa hadapan. Hanya selepas beberapa tahun apabila menghadapi masalah, baru pengguna sedar bahawa mereka tertipu.
- Details
Kota Kemuning, 27 April 2011 – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengadakan aktiviti penutup Minggu Tidak Menonton TV di Tadika Kinderland, Kota Komuning, Shah Alam.
Aktiviti dimulakan dengan kanak-kanak tadika melukiskan kegiatan yang mereka lakukan sepanjang Minggu Tidak Menonton TV. Sebanyak 19 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti melukis tersebut.
Selepas selesai melukis, kanak-kanak yang terpilih diminta untuk menceritakan tentang lukisan mereka. Majlis kemudiannya diikuti dengan pengalaman ibu bapa kanak-kanak ketika melayani karenah anak-anak mereka apabila tidak menonton tv. Ada juga ibu bapa yang menyatakan bahawa anak-anak mereka sendiri meminta mereka menutup televisyen apabila mereka ingin menonton tv.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebut ialah membaca buku, bermain di padang permainan, melawat taman haiwan dan sebagainya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato’ Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, wakil ibu pejabat Kinderland, para guru, ibu bapa dan wakil media.
Laporan oleh:
Mohd Yusof Abdul Rahman
- Details
Lebih daripada 76% kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa mereka untuk menonton televisyen dan bermain komputer. Demikian menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Liow Tiong Lai. Akibat daripada tabiat tersebut, di samping kurang bersenam, menyebabkan masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin serius.
Beliau juga menyatakan bahawa hanya 28.5% pelajar mengamalkan diet yang sihat, manakala 14.5% kanak-kanak (umur 7 hingga umur 13) mengalami masalah kekurangan zat makanan
Selain itu, hanya terdapat 10% pelajar rendah yang tidak makan sarapan, manakala 70% pelajar yang akan makan sarapan.
Burger merupakan makanan segera yang paling digemari oleh kanak-kanak. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa nasi lemak, mi goreng dan nasi ayam merupakan makanan kantin yang paling disukai oleh pelajar sekolah. Makanan segera yang popular bagi kanak-kanak merupakan burger, ayam goreng dan pizza.
- Details
Kementerian Kesihatan, dalam satu kenyataannya, telah membatalkan pendaftaran tiga produk kecantikan kerana dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone.
Produk-produk tersebut ialah:
- Zara Rejuvenation Cream keluaran Mum Bio Cos Manufacturing Sdn Bhd,
- Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream keluaran Beauty Line Skin Care & Cosmetic Sdn Bhd, dan
- Pigmentation Recovery Complex keluaran Mycreme Skin Care Products.
Penggunaan tretinoin dan hydroquinone tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana ia menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.
Read more: PRODUK KECANTIKAN MENGANDUNGI BAHAN BERBAHAYA DIBATAL PENDAFTARAN
- Details
SMS Spam telah menjadi gangguan kepada pengguna telefon bimbit. Semua syarikat- telekomunikasi mengenakan caj kepada pengguna untuk SMS spam daripada nombor-nombor yang tidak dikenali. Biasanya caj untuk setiap SMS spam adalah RM 3, RM 4 dan ada juga RM 5.
Persoalannya, bagaimanakah maklumat peribadi yang sepatutnya disimpan secara rahsia oleh syarikat telekomunikasi diketahui oleh pihak ketiga? Perkara ini menimbulkan rasa ketidakpuasan hati pengguna terhadap pihak pembekal perkhidmatan. Syarikat- telekomunikasi pula tidak mengambil tindakan yang konkrit untuk mengelakkan pelanggan mereka menjadi sasaran spammer.
Ada juga syarikat-syarikat yang mendedahkan maklumat peribadi pelanggan mereka kepada pihak yang ketiga untuk tujuan pemasaran. Ini memudahkan penyebaran SMS Spam yang menjanjikan ganjaran atau hadiah lumayan pada telefon bimbit pengguna.
- Details
Gangguan perkhidmatan dan penerbangan yang tertunda sering mengecewakan para penumpang syarikat penerbangan. Perkhidmatan penerbangan yang merupakan pengangkutan paling mahal. Oleh itu ia sepatutnya memiliki standard yang lebih tinggi daripada perkhidmatan pengangkutan yang lain. Namun secara realitinya, perkhidmatan yang diberikan gagal mencapai kepuasan pengguna ini kerana perkhidmatan pelanggan yang kurang memuaskan dan mekanisme ganti rugi yang tidak setimpal.
Perkhidmatan pelanggan melalui talian juga begitu mahal dan mengambil tempoh yang agak lama untuk dihubungi. Begitu juga tempoh lama yang diambil untuk menyelesaikan masalah yang diadukan oleh pengguna.
- Details
Populariti yang diraih facebook twitter pelbagai laman social telah menyebabkan laman sosial semakin mendapat tumpuan dan berkembang di seluruh dunia. Saban hari ada sahaja pengguna internet akan mendaftarkan diri dalam laman sosial komuniti, untuk sama-sama terlibat dalam perkembangan teknologi maklumat ini.
Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mungkin berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada mangsa kepada penjenayah siber.
Penjenayah siber sangat suka menyerang lama sosial dan mampu untuk mencuri maklumat kata laluan mahupun memasang malware dengan memberikan pautan palsu. Apabila memasuki pautan yang diberi, mungkin ketika itu malware atau virus berbahaya akan masuk dalam komputer dan mengambil maklumat penting yang disimpan dalam kompute tersebut.
Biasanya penjenayah siber akan membuat tawaran palsu yang menarik sehingga mampu mempengaruhi pengguna untuk masuk ke pautan yang diberikan.
- Details
Kerajaan akan memperkenal skim pinjaman mudah untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan tabungan golongan berpendapatan rendah, khususnya untuk menghadapi keperluan masa hadapan.
Usaha kerajaan ini amat dialu-alukan kerana ia akan membantu golongan berpendapatan rendah mendapat pinjaman mudah untuk melabur dalam amanah saham. Ini merupakan salah satu lagi tabungan masa hadapan, selain daripada kumpulan wang simpanan pekerja, simpanan bank dan sebagainya.
Namun begitu, skim pinjaman mudah ini perlu diteliti dengan mendalam sebelum dilaksanakan. Sebagaimana yang sedia maklum, pelaburan dalam amanah saham juga berisiko, terutamanya apabila berlaku krisis kewangan. Pengalaman beberapa skim amanah saham yang pernah diwujudkan sebelum ini perlu dijadikan pengajaran, sepertimana amanah saham yang diwujudkan oleh kerajaan negeri. Antaranya Amanah Saham Johor, Amanah Saham Selangor, Amanah Saham Kedah dan sebagainya. Amanah saham ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan apabila dilancarkan. Namun keuntungan yang dihajatkan tidak kesampaian apabila nilai saham merudum ketika berlakunya krisis ekonomi.
Read more: SKIM PINJAMAN MUDAH PELABURAN JANGAN SAMPAI MEMBEBANKAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH
Subcategories
Page 188 of 232