- Details
Kosmetik ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut untuk tujuan membersih, mewangi, mencantikkan kulit muka, menghilangkan bau badan, melindungi atau menjaga dalam keadaan yang baik.
Di Malaysia, produk kosmetik adalah di kawal di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan Guideline for Control of Cosmetic Product in Malaysia bagi menjamin produk kosmetik adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna.
Mulai tahun 2008, proses kawalan terhadap produk kosmetik telah bertukar dari Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI.
- Details
Keselamatan Makanan
Keselamatan makanan merupakan satu isu yang sangat penting bagi pengguna di serata dunia.
Pada tahun 2008, isu keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah di Malaysia telah menyebabkan ramai pelajar dimasukkan ke wad.
Penyediaan makanan dengan cara yang tidak selamat dan tidak berkualiti di premis-premis makanan dan kilang-kilang juga akan menyebabkan makanan yang dihasilkan tidak selamat.
Standard dan keselamatan makanan
Standard merupakan satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan bagi ssesuatu produk dan perkhidmatan.
Pengeluar, pengilang dan penyedia makanan harus mengikut standard keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan makanan yang dihasilkan adlah selamat.
Amalan Pengilangan Yang Baik Standard Good Manufacturing Practise (GMP)
Langkah- langkah universal yang mengawal operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat.
Analisa Bahaya Titik Kawalan Kritikal-Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)
Satu konsep sistematik dan saintifik dalam mengenalpasti, menilai dan mengawal ancaman yang menyebabkan bahaya kepada keselamatan makanan.
Standard GMP adalah satu panduan antarabangsa bagi kilang-kilang dan premis makanan dalam menyediakan tempat yang bersih, selamat dan berkualiti dalam pembuatan makanan.
GMP ini telah juga telah diubahsuai mengikut konteks Malaysia supaya pengunaannya lebih sesuai.
HACCP pula menggariskan dengan lebih terperinci mengenai keselamatan makanan yang menyentuh aspek Critical Control Point iaitu Takat Kawalan Kritikal.
Takat Kawalan Kritikal ini membolehkan sebarang pencemar makanan seperti bacteria, bahan kimia dan bendasing boleh dikeluarkan dan tidak mencemar makanan tersebut
Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia
- Details
Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.
Jenis Standard
Standard Mandatori : Standard yang wajib dipatuhi dalam pembuatan/pengeluaran sesuatu barang.
Standard Voluntari : Standard yang diguna pakai secara sukarela dalam pembuatan/pengeluaran sesuatu barang.
Mengapa perlunya standard?
- Memastikan barang dan perkhidmatan adalah SELAMAT untuk digunakan.
- Memastikan pengguna menikmati barang dan perkhidmatan yang selamat dan berkualiti.
- Memastikan barang yang digunakan selamat kepada alam sekitar.
- Memastikan sesuatu barang menepati tujuan penggunaannya (fit the purpose) dan diterima di peringkat antarabangsa.
- Details
Pada umur berapakah anda patut fikir tentang persaraan? Adakah anda berasa persaraan itu untuk warga emas sahaja dan tidak ada kena mengena dengan anda? Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah dangkal sama sekali.
Sebaik sahaja anda mulai bekerja, anda perlu memikirkan tentang persaraan, walaupun usia persaraan anda masih kelihatan jauh lagi. Pelan persaraan memerlukan perancangan yang teliti dan berpanjangan untuk memastikan anda tidak perlu bimbang tentang masalah kewangan setelah bersara.
Mungkin anda berfikir simpanan dalam KWSP adalah pelan persaraan anda. Adakah simpanan KWSP itu cukup untuk menampung perbelanjaan anda selepas bersara? Menurut statistik daripada KWSP, terdapat sebahagian pesara menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam masa 3 hingga 5 tahun. Usia untuk bersara ialah 55 tahun, jangka hidup rakyat Malaysia ialah 75 tahun.
Read more: RANCANG PELAN PERSARAAN SEKARANG SUPAYA HIDUP SENANG APABILA BERSARA
- Details
Harga petrol Ron 97 dinaikkan sebanyak RM2.70 seliter pada 2 April 2011. Harga ini menyamai harga petrol pada 5 Jun 2008. Perbezaannya ialah kenaikan harga RON97 pada masa ini berdasarkan harga bahan api di pasaran antarabangsa.
Kerajaan tidak lagi memberikan subsidi bagi RON97. Dalam masa yang sama harga petrol RN95 masih kekal RM1.90 seliter. Pada 4 April lalu, harga minyak mentah di pasaran antarabangsa meningkat sebanyak AS$108 setong.
Pengguna bimbang kenaikan harga pertol ROM97 akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat, sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008. Ketika itu kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga barang kerana ia bukannya barang kawalan.
Read more: TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENIAGA YANG MENAIKKAN HARGA
- Details
Pengguna dan isi rumah pada hari ini berhadapan dengan masalah isu kenaikan harga makanan, kenaikan harga petrol dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
FOMCA di bawah Program Celik Kewangan sering mengesyorkan agar pengguna menyediakan bajet peribadi pada awal bulan untuk mengetahui perbelanjaan yang diperuntukkan. Pengguna dapat mengenal pasti aliran tunai sebenar perbelanjaan pada akhir bulan.
Salah satu kaedah yang boleh diamalkan oleh pengguna untuk menyediakan bajet peribadi ialah menggunakan sistem sampul.
Pengguna perlu menyediakan beberapa keping sampul surat, salinan bajet dan pensil untuk menyediakan bajet ini.
- Details
Pangsapuri merupakan suatu unit rumah yang lebih murah dan mampu dimiliki berbanding rumah teres dan yang bertanah. Namun sebagai seorang pengguna yang bijak dan pembeli rumah, anda perlu berfikir dan sedia untuk mengambil beberapa risiko serta komitmen sepanjang hayat.
Kebanyakan pembeli rumah tidak bersedia mengambil tanggungjawab sebagai pembeli rumah. Umpamanya sebagai pembeli rumah pangsapuri, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membayar yuran penyelengaraan.
Tetapi ramai mempersoalkan tanggungjawab dan tidak mahu membayar dengan pelbagai sebab. Namun sikap ini akan mengundang kesan buruk kepada mereka kelak.
Read more: LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB APABILA MEMBELI PANGSAPURI
- Details
Sebanyak 2,900 unit telefon bimbit mainan kanak-kanak telah ditarik balik dari pasaran Amerika Syarikat dan 700 unit lagi di Kanada.
Alat mainan Toddler Talk Toy Mobile Phone buatan China ini telah diimport oleh Discovery Toys LLC, or Livermore, Calif.
Telefon mainan ini mempunyai antena yang mudah patah sehingga menyebabkan kanak-kanak tertelan dan tercekik sehingga boleh membawa maut kepada kanak-kanak.
Read more: TELEFON BIMBIT MAINAN BOLEH SEBABKAN KANAK-KANAK TERCEKIK
- Details
Projek perumahan yang terbengkalai dan sikap pemaju yang mengabaikan tanggungjawab bukanlah sesuatu yang baru bagi pengguna dan pembeli rumah di Malaysia. Namun jika dilihat kepada perlindungan yang sedia ada atau sejauh manakah seorang pengguna dilindungi oleh undang-undang mahupun oleh pihak berkuasa yang berkaitan masalah perumahan, adalah amat menyedihkan.
Sistem perumahan, undang-undang berkaitan perumahan, sistem penyelengaraan perumahan pangsapuri dan sebagainya memberikan gambaran yang negatif. Pengguna dan pembeli rumah menghadapi dilema dalam membeli rumah, kos rumah yang mahal tetapi tiada kualiti, pemaju menjual rumah sebagai penjual dan mengelakkan diri daripada undang undang dan berjaya melepaskan diri tanpa dikenakan tindakan.
Read more: PINDAAN AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN HENDAKLAH BERI KEUTAMAAN KEPADA KEPENTINGAN PENGGUNA !!!
- Details
Label merupakan satu perkara yang amat penting pada alat mainan. Anda haruslah membeli alat mainan yang mempunyai pelabelan yang baik.
Sebagai contoh, anda harus melihat kepada label yang memberikan maklumat mengenai kesesuaian umur kanak-kanak untuk bermain dengan alat mainan tersebut.
Jika alat mainan yang dikhaskan untuk kanak–kanak yang lebih tua diberi kepada kanak-kanak kecil atau bayi, ia boleh menyebabkan kecederaan.
Label yang baik juga harus menyatakan nama, alamat dan nombor telefon pengedar atau pengilang.
Kini, pengguna-pengguna harus melihat label MC pada alat mainan kanak-kanak. Label MC merupakan Conformity Mark yang bermaksud alat mainan tersebut mematuhi standard keselamatan yang telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Tercekik
Kanak-kanak kecil, terutamanya kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah mempunyai kecenderungan untuk memasukkan alat mainan ke dalam mulut. Alat mainan yang mempunyai tayar seperti kereta, lori, motosikal harus dipastikan supaya tidak mudah tertanggal. Alat mainan juga tidak harus mempunyai bahagian-bahagian lain yang mudah dikeluarkan atau tertanggal kerana kanak-kanak boleh tercekik jika tertelan.
Bagi bayi, alat mainan yang bertujuan untuk digigit haruslah berukuran besar supaya bayi tersebut tidak akan tercekik.
Tali Panjang
Alat mainan dengan tali yang terlalu panjang juga harus dielakkan kerana tali tersebut boleh tersimpul di leher kanak-kanak dan bayi. Ini boleh menyebabkan masalah tercekik yang serius.
Belon juga merupakan sejenis alat mainan yang diperbuat daripada getah. Belon yang belum ditiup boleh ditelan oleh kanak-kanak. Oleh itu, belon yang belum ditiup harus dijauhkan daripada kanak-kanak.
Jika terdapat belon yang meletup, sisa-sisa belon tersebut hendaklah dikutip dan dibuang dengan serta-merta.
Magnet-magnet dan bateri kecil
Bagi alat mainan yang mempunyai magnet, anda harus memastikan bahawa magnet tersebut adalah kuat dan tidak mudah tertanggal daripada alat mainan tersebut.
Kecederaan pada salur penghadaman dan bahaya tercekik mungkin terjadi pada kanak- kanak yang menelan magnet. Jauhkan alat-alat permainan yang mempunyai magnet daripada kanak-kanak yang berusia di bawah enam tahun.
Sesetengah alat mainan akan mempunyai label yang menyatakan bahawa alat mainan tersebut mempunyai magnet
Sesetengah alat mainan menggunakan bateri untuk berfungsi. Bateri-bateri tersebut mempunyai pelbagai saiz. Ibu-bapa tidak harus membenarkan kanak-kanak kecil untuk memasang bateri atau bermain dengannya. Ini kerana kanak-kanak boleh tertelan dengan bateri yang bersaiz kecil.
Terdapat pula kanak-kanak yang suka meletakkan bateri ke dalam mulut. Ini boleh menyebabkan bahan kimia yang terdapat pada bateri masuk ke dalam mulut kanak-kanak tersebut di mana ia boleh membawa keracunan logam berat.
Tempat memasang bateri juga harus dipastikan ditutup dengan ketat supaya kanak-kanak tidak boleh membukanya.
Bunyi yang kuat
Alat-alat mainan dengan bahagian dan hujung yang tajam tidak sesuai untuk dibeli.
Telinga kanak-kanak adalah sangat sensitif kepada bunyi.Alat permainan dengan muzik yang kuat adalah tidak baik untuk kanak-kanak kecil kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran mereka.
Bahan Kimia Toksik
Beberapa alat mainan atau bahan kosmetik kanak-kanak mengandungi bahan kimia toksik.
Kanak-kanak tidak harus dibenarkan untuk mamasukkan Alat mainan seperti cincin, rantai, gelang dan sebagainya ke dalam mulut kerana mainan seperti ini biasanya mempunyai bahan kimia seperti plumbum dan kadmium yang boleh terkeluar disebabkan air liur dan diresap masuk ke dalam badan melalui mulut.
Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
Subcategories
Page 191 of 232