1. Saya tidak ada masa untuk sarapan pagi.”
  2. “Tidak bersarapan dapat menolong saya mengurangkan berat badan.”
  3. “Saya tidak larat untuk makan pada waktu pagi.”

Adakah anda seorang daripada yang memberikan jawapan seperti di atas apabila ditanya adakah anda sudah makan bersarapan?

Jika jawapan adalah YA, sila rujuk kepada pandangan yang diberikan oleh pakar diet. Menurut pakar diet, sarapan merupakan makanan yang paling penting pada setiap hari. Selain itu, mengelakkan sarapan tidak menolong anda mengurangkan berat badan.

Sebaliknya, mengambil sarapan dapat menolong anda memulakan keperluan metabolik untuk hari tersebut. Ini membolehkan badan anda membakar kalori dengan berkesan dan menyumbang kepada pengawalan berat badan.

Pakar-pakar sains daripada University of California di Los Angeles (UCLA) memberi amaran bahawa pemanasan global akan mencairkan semua air di Lautan Artik menjelang setiap musim panas pada masa yang datang.

Hasil kajian pakar-pakar sains tersebut disiarkan dalam jurnal sains geologi yang bertajuk `Earth and Planetary Science Letters’ keluaran April 2011. Menurut pakar-pakar sains tersebut, mereka telah menyiapkan kajian tersebut dengan berpandukan analisis terhadap bahan tinggalan fosil moluska yang berusia 4 juta tahun. 

Dua teknik yang digunakan untuk memastikan suhu yang boleh membolehkan pertumbuhan cangkerang moluska tersebut menunjukkan bahawa suhu musim panas di Artik semasa zaman Pliocene (di antara 3.5 hingga 4 juta tahun dahulu) kemungkinan  2 hingga 7 darjah selsius lebih panas daripada hari ini, kata pakar-pakar tersebut,

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US CPSC) dengan kerjasama Fashionviews Inc. telah menanggil balik pakaian kanak-kanak berjenama P.Jamas daripada pasaran Amerika kerana tidak mematuhi standard ‘Flammability’. US CPSC telah memanggil balik sebanyak 4000 pakaian kanak-kanak pada 7 April 2011.

Jika pakaian tidur kanak-kanak ini tidak mematuhi standard keselamatan ‘Flammability’, ia boleh menyebabkan risiko kecederaan untuk terbakar. Pakaian ini telah dikilangkan di Peru dan Bolivia.

 

 

Mohana Priya
Persatuan Penguna-Pengguna Standard Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan bahawa makanan ringan tidak dibenarkan dijual di sekolah. Arahan ini dibuat memandangkan tahap kesihatan pelajar sekolah yang membimbangkan, terutamanya kegemukan dan kencing manis.

Langkah Kementerian Kesihatan ini amat dialu-alukan dan hendaklah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pengharaman penjualan makanan ringan dan minuman berkarbonat sepatutnya telah lama diharamkan di sekolah. Namun disebabkan oleh pemantauan yang masih belum memuaskan oleh pihak sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan menyebabkan makanan dan minuman tidak berkhasiat masih terus dijual di kantin-kantin sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Kantin Sekolah semenjam tahun 1983 lagi.  Garis panduan ini sebagai rujukan pihak sekolah dalam penyediaan makanan yang dijual di kantin sekolah.

Pada tahun 1974, seorang profesor dari Tokyo Science University, Norio Taniguchi memberi definisi kepada nanoteknologi sebagai proses pengasingan, pengabungan dan pengubahan struktur sesuatu bahan di peringkat atom atau molekul.

Secara am, nanoteknologi merupakan satu proses yang diaplikasikan di peringkat atom dan molekul, biasanya dalam lingkungan saiz 100 nanometer atau lebih kecil, pemprosesan produk atau alatan adalah di antara saiz ini.

Dalam skala nanometer, asas fizikal, kimia dan biologi sesuatu bahan adalah berbeza bagi setiap atom. Perbezaan ini merupakan khazanah yang berguna dalam kajian sains.

Biasanya pembeli rumah lelong hanya dapat melihat rumah yang dibeli selepas proses pembelian selesai. Oleh itu, pembeli hanya bergantung kepada proklamasi jualan untuk mendapatkan butir-butir hartanah seperti nombor hak milik, nombor lot keluasan, tanah pemilik berdaftar dan sebagainya.

Pelelong yang berlesen pula bergantung kepada laporan jurunilai hartanah untuk mengetahui tentang perihal hartanah seperti berapa tingkat rumahnya atau mempunyai berapa bilik dan sebagainya.

Seorang pembeli yang berjaya dalam bidaannya untuk membeli hartanah di di lelongan awam terkejut apabila mendapati rumah tersebut hanya mempunyai satu bilik tidur, tidak seperti seperti yang dinyatakan dalam perisytiharan jualan, yang mengatakan bahawa rumah tersebut memiliki dua buah bilik tidur.

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh dunia pada hari ini ialah simpanan bahan api fosil yang semakin terhad dan dijangka akan kehabisan dalam tempoh antara 70 tahun hingga 150 tahun akan datang. Menurut kajian yang dijalankan oleh  International Energy Association  (IEA), pada tahun 2015, permintaan bahan api dunia akan mengatasi pengeluaran. Keadaan ini akan mengakibatkan krisis kekurangan tenaga sedunia yang besar.

Oleh kerana itu,  keperluan untuk mempelbagaikan pergantungan kepada sumber tenaga alternatif terutamanya tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen yang menggunakan Sel Fuel sebagai penukar tenaga adalah amat diperlukan.

Sel Fuel ialah teknologi penukaran tenaga utama masa hadapan yang akan menggantikan teknologi enjin pembakaran dalaman. Dalam sel fuel, tenaga kimia di dalam hidrogen dan oksigen ditukar secara elektokimia melalui tindak balas redoks elektrokimia pada anod dan ketod sel kepada tenaga elektrik dan sedikit haba. Sel fuel merupakan teknologi penukaran tenaga yang paling mesra alam yang amat sesuai bagi menyelesaikan masalah pemanasan global dan perubahan iklim.

Di bawah Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 1989) dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (pindaan 2006), semua ubat perlu didaftarkan dan kosmetik perlu dinotifikasikan sebelum dipasarkan di Malaysia.

Pendaftaran ubat-ubatan dan notifikasi kosmetik boleh dilakukan dengan mengemukakan permohonan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

BPFK bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal yang di pasarkan serta kualiti dan keselamatan produk tradisional dan kosmetik.

Produk yang didapati tidak memenuhi syarat pendaftaran dan kualiti yang ditetapkan akan dikenakan tindakan, iaitu dipanggil balik daripada pasaran.

Mulai Jun 2011, semua kenderaan terpakai, yang dibaik pulih dan diubah suai, termasuk motosikal, hendaklah diperiksa oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum membuat transaksi sewa beli.

Peraturan ini adalah sebahagian daripada pindaan yang dibuat dalam Akta Sewa Beli 1967, Pindaan 2010. Langkah ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada terbeli kereta terpakai yang dipotong sambung atau dicuri. Pembeli kereta terpakai akan diberikan salinan perakuan pemeriksaan puspakom apabila membeli kereta terpakai.

Sebelum ini, pengguna sering menghadapi masalah membeli kereta terpakai yang tidak tentu statusnya. Apabila berlaku kemalangan atau melakukan pemeriksaan menyeluruh di bengkel, barulah diketahui bahawa kereta tersebut adalah kereta potong sambung. Dalam keadaan seperti ini pengguna akan mengalami kerugian apabila kereta itu tidak boleh lagi digunakan di jalan raya dan dianggap sebagai kerugian sepenuh (total loss).

Jualan  murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan. Persoalannya, adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. 

Contohnya, sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.  Tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Mei 2011 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 – yang kononnya harga asal – tertera tarikh 22 April 2011.

Kesimpulan mudahnya iaitu pengguna ditipu oleh penjual yang tidak bertangggungjawab, kononnya mereka membeli dengan harga diskaun yang sangat menarik, sedangkan sebenarnya pembeli membayar pada harga asal produk.