Beberapa kerajaan dunia diminta untuk menghapuskan polisi yang menyokong bio bahan api kerana ia menyebabkan peningkatan harga bahan makanan dunia. Demikian menurut laporan 10 agensi antarabangsa, termasuk Bank Sedunia dan Pertubuhan perdagangan Sedunia.  

Laporan ini menambahkan lagi lagi bantahan terhadap sasaran dan subsidi bio bahan api seperti di Eropah, Kanada, India dan Amerika Syarikat. “Jikalau harga minyak adalah tinggi dan nilai tanaman di pasaran tenaga melebihi pasaran makanan, maka hasil tanaman itu akan digunakan untuk menghasilkan bio bahan api. Ini akan meningkatkan harga makanan,” menurut laporan itu. 

“Perubahan harga minyak boleh berlaku secara mendadak dan menyebabkan peningkatan harga makanan secara tidak menentu,” tambahan laporan itu lagi.

Pasaran gas asli cecair yang semakin mantap di Asia, akan berkembang lagi apabila Indonesia dan Malaysia, yang merupakan pengeluar gas asli cecair kedua dan ketiga terbesar di dunia, akan mula mengimport sumber tersebut untuk memenuhi permintaan tempatan.  

Indonesia sedang membina perhentian import yang mempunyai kapasiti sebanyak 10 juta ton. Pada masa yang sama, Malaysia akan menerima stok import pertama pada tahun 2013. Semua ini berlaku ketika Jepun meningkatkan penjana-penjana kuasa gas untuk menggantikan penjanaan tenaga nuklear yang telah tergendala. 

Harga yang tinggi akan menambahkan kesan kepada peningkatan kos tenaga di China dan India. Mereka sedang cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan penggunaan gas asli cecair untuk dekad yang akan datang.

Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual semasa kekurangan bekalan gas merupakan antara sebab Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli tenaga elektrik sebanyak 180MW dari Singapura. Demikian menurut syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini.

Petronas mengatakan bahawa ia telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual ke atas kemudahan gas asli luar pantai bermula 19 hingga 26 April, manakala bagi kilang pemprosesan minyak mentah pula pada 26 Mei hingga 4 Jun 2011. 

Penyelenggaraan tersebut dilakukan untuk memastikan keutuhan sistem dan proses di kedua-dua kemudahan tersebut dan memerlukan penutupan operasi sepenuhnya. Ini mengakibatkan bekalan gas asli tidak mencukupi untuk menampung keperluan pelanggan PETRONAS sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut.

Terdapat pelbagai jenis pilihan barangan di pasaran pada masa ini. Sebagai contoh, untuk membeli minuman kopi, terdapat beribu-ribu jenis jenama kopi yang berlainan. Dengan jenama yang sama pula, terdapat pelbagai jenis perisa seperti kopi ‘O’, Latte, Mocha dan lain-lain. 

Dengan begitu banyak pilihan yang sedia ada, adakah pengguna dapat memilih jenis yang sesuai untuk mereka? Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat. Pada setiap tin minuman kopi yang anda hendak membeli, terdapat maklumat seperti tarikh luput, nama dan alamat pengilang serta kandungan zat yang terdapat di dalam kopi tersebut. 

Tetapi, berapa ramai pengguna yang akan memberikan perhatian kepada nombor-nombor yang biasanya kecil yang tertera di belakang bungkusan minuman atau makanan?

Sejak 25 Mei 2011, media telah melaporkan mengenai pencemaran di(2-ehtylhexyl)phthalate (DEHP) dalam beberapa produk makanan keluaran Taiwan. Produk-produk makanan yang terlibat adalah minuman sukan, jus buah-buahan, produk jeli, jem dan clouding agent, sejenis bahan aditif makanan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil tindakan terhadap laporan tersebut dengan melakukan pemerikan terhadap produk berkenaan.

Hasil daripada pemeriksaan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan penarikan balik terhadap produk yang telah disahkan tercemar oleh Food and Administration (FDA) Taiwan. Pengimportan produk makanan tersebut juga telah dilarang masuk ke negara ini.

Selain itu KKM juga melakukan pemantauan secara berterusan di pintu masuk dan di pasaran tempatan. Keputusan ujian terhadap sampel produk disiarkan di laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia memberi nasihat kepada pengguna supaya berhati-hati semasa membeli produk-produk seperti yang disenaraikan. KKM juga menasihati supaya orang ramai tidak membeli produk Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix dan Oriyen Nutri Grow (girl) Cranberry Drink Premix bertarikh pengilangan pada 13 Ogos 2010 dan tarikh luput pada 13 Ogos 2013, yang diedarkan oleh Cosway (M) Sdn. Bhd. yang disyaki dicemari oleh bahan kimia DEHP.

Para pengguna boleh melayari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk minuman import dari Taiwan yang tercemar dengan di(2-ehtylhexyl)phthalate (DEHP), dan juga senarai produk makanan yang telah dianalisis dan didapati tidak dicemari dengan di(2-ehtylhexyl)phthalate (DEHP).

Vanitha Vasu
Forum Air Malaysia

 

Latarbelakang
Alam Flora merupakan ahli dari kumpulan syarikat DRB-HICOM.

Ia ditubuhkan pada tahun 1995 oleh konsortium yang diketuai oleh HICOM Holdings Berhad untuk menawarkan kontrak pengurusan sisa pepejal penswastaan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. 

Alam Flora juga diberi konsesi penswastaan bagi kawasan-kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang meliputi negari Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Walaupun penswastaan penuh belum berlaku lagi, namun operasi Alam Flora merangkumi spektrum penuh kegiatan pengurusan sisa pepejal di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah-daerah yang diurus oleh pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dan Pahang.
Isu semasa

Bermula pada 15 Jun 2011, Semua sjen penarik kereta atau secara rasminya dikenali sebagai ejen perolehan semula (EPS) perlu mempunyai permit sebelum menarik balik kereta yang gagal menjelaskan ansuran di bawah perjanjian sewa beli.

Peraturan ini terkandung dalam Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2011.

Permit ejen perolehan semula ini bertujuan untuk memastikan proses penarikan balik balik atau perolehan semula dilaksanakan mengikut peraturan. Sebelum ini banyak kes melibatkan ejen perolehan semula yang menggunakan kekerasan semasa menarik balik kereta, termasuk menceroboh premis persendirian.

Sebelum seseorang diberikan permit sebagai ejen perolehan semula, dia perlu menjalani tapisan oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.

Sikap pelajar institusi pengajian tinggi yang mengamalkan perbelanjaan tidak berhemat merupakan antara faktor utama menyebabkan pinjaman yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup mereka.

Sebenarnya jumlah pembiayaan ditawarkan ini mencukupi untuk keperluan pelajar tersebut jika dibelanjakan secara yang berhemat.

Para pelajar sendiri perlu bijak menguruskan wang pinjaman tersebut untuk hal-hal yang berkaitan dengan bidang pengajian saja.

Ubat pengurangan berat badan boleh menjadi punca kepada kerosakan buah pinggang. Ramai orang ingin mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat dengan mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan.

Mereka juga terperdaya dengan dakwaan pengeluar ubat-ubatan bahawa ubat tersebut telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengguna hendaklah memastikan sama ada dakwaan tersebut adalah benar. Mereka  perlu menghubungi KKM untuk mendapatkan kepastian sama ada produk tersebut tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.  Berapa ramai yang membuat seperti ini?

Kebanyakannya hanya akan bertindak selepas ubat-ubatan yang diambil itu memberikan kesan yang tidak diingini.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah mengarahkan penarikan balik bateri lithium ion yang boleh dicas semula daripada pasaran. Menurut agensi tersebut, bateri ini digunakan dalam komputer peribadi atau notebook HP dan Compaq.

Setakat ini sejumlah 162,000 buah bateri telah ditarik balik daripada pasaran kerana ia boleh menyebabkan kepanasan yang melampau dan boleh menyebabkan risiko kebakaran serta melecur kepada pengguna. Setakat ini, agensi ini telah menerima 40 aduan daripada pengguna mengenai bateri ini. Berikut adalah jenis-jenis bateri yang terlibat dalam penarikan balik tersebut.

 

Perhatian kepada pengguna: Carta di atas termasuk semua nombor model notebook yang dikaitkan dengan bateri yang ditarik balik pada masa ini. Nombor model komputer terletak di bahagian atas label perkhidmatan di bawah komputer notebook. Tidak semua bateri yang sama dengan kod bar telah ditarik balik.

 

 

 

 

 

 

 


Mohana Priya
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia