Bagi merancakkan perkembangan projek penguatkuasaan sistem Feed-in-Tariff (FIT) untuk tenaga yang boleh diperbaharui (RE), Kerajaan Malaysia bercadang untuk mewujudkan dana RE yang akan digunakan untuk menyediakan insentif kepada kapasiti kuasa yang diperoleh daripada sektor baru yang sedang membangun dalam RE.

Dana tenaga yang boleh diperbaharui seperti yang dicadangkan itu akan direalisasikan melalui pengenaan 1.0 peratus peningkatan dalam bil elektrik pengguna - berdasarkan semakan semula tarif yang dibuat oleh pengawal selia industri Malaysia bulan Jun lalu.

Bagi mengelakkan kenaikan bil elektrik ke atas pengguna yang berpendapatan rendah, semakan tersebut mengecualikan pengguna domestik yang menggunakan 300 kilowatt-jam daripada menyumbang kepada dana tenaga yang boleh diperbaharui ini.

Kualiti sesuatu produk dan perkhidmatan adalah penting kepada pengguna kerana mereka membayar untuk produk dan perkhidmatan yang baik. Berdasarkan data aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), kes kualiti produk dan perkhidmatan merupakan salah satu kategori yang paling banyak diterima. Ini menunjukkan masalah kualiti produk dan perkhidmatan adalah serius.

Kebanyakan aduan yang berkaitan dengan kualiti produk adalah kualiti produk tidak sama dengan apa yang dilihat sebelum membeli. Sampel yang ditunjukkan adalah kualiti yang baik, tetapi apabila dihantar ke rumah, barangan tersebut mempunyai kualiti yang tidak baik iaitu mudah rosak atau ada kecacatan.

Apabila ini berlaku, pengguna tersebut akan meminta supaya digantikan dengan produk yang baru dan kualiti yang sama, tetapi tidak dilayan oleh syarikat berkenaan, atau jika gantian diberikan,  kualiti produk masih sama. Oleh seba itu, kebanyakan pengguna akan meminta supaya dikembalikan wang mereka.

Memang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia membuat pengubahsuaian dan penambahan terhadap rumah mereka. Sering kali berlaku pengguna menghadapi masalah apabila kontraktor yang sepatutnya menjalankan kerja-kerja tersebut, tidak melakukannya dengan baik atau ada kalanya meninggalkan kerja-kerja tersebut terbengkalai begitu sahaja. 

Sebelum membuat kerja-kerja pengubahsuaian, anda hendaklah memutuskan kerja-kerja yang anda ingin lakukan. Secara tepatnya, sebelum anda melantik kontraktor untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian, anda perlu memutuskan jenis pengubahsuaian yang dilakukan, seperti mengubah suai dapur, bilik mandi atau hiasan dalaman.

Walaupun Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) telah dikuatkuasakan pada 15 Jun 2011, namun masih kedengaran beberapa pihak yang membantah pindaan baru Akta ini, khususnya Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia dan pengusaha kereta terpakai.

Antara bantahan mereka ialah pemeriksaan tambahan 14 perkara, yang dikenali sebagai B7, sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru, selain pemeriksaan wajib empat perkara yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, iaitu B5.

Selain itu, mereka juga mendakwa peraturan baru dalam pindaan ini akan melibatkan kos tambahan dan kelewatan dalam proses jual beli kereta. Mereka mendakwa melalui pindaan baru ini penjual boleh meminta deposit sebanyak 10 peratus daripada pembeli. 

Terkini, ada pula yang mendakwa pindaan baru ini tidak memberi perlindungan kepada ejen penarik kereta, sebaliknya lebih banyak menyebelahi pemilik kereta sahaja.

Walaupun kini kita sudahpun berada di pertengahan tahun 2011, namun ramai daripada kita terpaksa bersabar dengan penggunaan tangki septik komunal. Begitu juga dengan sikap jiran jiran yang berkongsi tangki septik tetapi tidak bersedia mengambil sebarang tanggungjawab dalam membayar bil untuk perkhidmatan pembetungan serta kos pembaikan jika mengalami kerosakan. 

Ini adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak adil sama bagi pengguna yang memberikan laluan sambungan dan penyaluran kumbahan ke tangki yang berada di dalam kawasan rumah mereka.

Seseorang tidak boleh dibiarkan untuk menanggung semua kos hanya kerana tangki komunal itu berada di unit mereka.

Semenjak kebelakangan ini, bank-bank dan syarikat pengeluar kad kredit semakin  agresif mempromosi kad kredit di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, pasar raya besar dan sebagainya. 

Ramai pengguna yang telah berjaya dipikat untuk memiliki kad kredit melalui promosi agresif tersebut. Malangnya, mereka ini tidak terjamin sebarang bentuk perlindungan atau kepentingan keselamatan daripada taktik pemasaran seperti ini. Tiada jaminan bahawa pengguna itu tidak menjadi mangsa penipuan, yang mungkin berperanan sebagai ejen atau staf pengeluar kad kredit untuk mendapatkan data peribadi untuk sesuatu aktiviti yang tidak beretika. 

Pengguna sentiasa terdedah dengan risiko tinggi bahawa mereka boleh menjadi mangsa kegiatan mencuri identiti. Yang menjadi kebimbangan utama adalah mereka yang tidak bertanggungjawab mungkin menggunakan data peribadi pengguna untuk membuat permohonan kad kredit daripada bank lain atau menjual maklumat kepada pihak ketiga.

Pada masa sekarang, terdapat ramai pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan masa hadapan yang berkaitan dengan perkhidmatan mengurangkan berat badan, kecantikan muka, masalah rambut dan pusat kecergasan badan.

Ini disebabkan oleh naluri pengguna yang sukakan kecantikan dan ingin memiliki bentuk badan yang cantik. Kebanyakan pengguna yang menggunakan perkhidmatan masa hadapan adalah wanita. 

Berdasarkan rekod aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), 90% daripada mereka ini membayar melalui kad kredit. Bayaran menggunakan kad kredit itu dibuat secara ansuran.

Kaji selidik HSBC baru-baru ini juga menyatakan rakyat Malaysia merupakan perancang kewangan yang paling produktif, tetapi 68 peratus daripada mereka masih lagi bimbang yang mereka tidak mampu mengatasi masalah kewangan apabila bersara kelak. Untuk mencapai kebebasan kewangan secara total, ia memerlukan komitmen, kesungguhan dan motivasi yang tinggi bahawa kejayaan ini bakal membawa satu perubahan dalam kehidupan. 

Langkah pertama untuk mencapai kebebasan kewangan ialah dengan melangsaikan hutang. Berikut adalah langkah-langkah penyelesaian hutang dengan teknik “snowball effect” yang boleh dijadikan sebagai panduan.

Pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 22 Jun 2011, amat dialu-alukan oleh para pengguna. Kedai Rakyat 1Malaysia, yang dikendalikan oleh Mydin Mohammed Holding Bhd, pengusaha Pasar Raya Besar Mydin, akan menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah. Kedai Rakyat 1Malaysia pertama dibuka di Stesen LRT Kelana Jaya.

Kedai Rakyat 1Malaysia ini akan menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dengan jenama ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’. Pada masa ini sebanyak 250 jenis barangan telah dibungkus semula di bawah jenama ini. 

Usaha mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia ini bertujuan untuk membolehkan pengguna membuat pilihan untuk membeli barang bukan berjenama pada harga yang lebih rendah. Dalam menghadapi cabaran harga barang yang meningkat pada masa ini, kewujudan kedai seperti ini amat diharapkan oleh pengguna.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang membina sembilan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari pada tahun 2011 untuk memproses 17,000 tan sisa sehari di Malaysia. Tapak pelupusan ini akan dibina satu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan dua buah di Terengganu dan Perak.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga ingin menukarkan semua tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia kepada tapak pelupusan sisa pepejal sanitari kerana sisa pepejal dijangka meningkat kepada 30,000 tan menjelang 2020.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, tapak pelupusan sisa pepejal sanitari diwujudkan kerana kaedah itu lebih ekonomik dan mesra alam sekitar.