- Details
FOMCA mengalu-alukan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican bahawa caj rawatan di hospital swasta akan dikaji semula bagi memastikan kadarnya tidak terlalu membebankan rakyat.
Umum sedia maklum bahawa caj hospital swasta memang agak tinggi sehingga hanya golongan berada dan mempunyai insurans kesihatan sahaja yang mampu menggunakan perkhidmatannya.
Kerajaan sepatutnya telah menyediakan garis panduan tentang caj yang sepatutnya dikenakan oleh hospital swasta. Langkah ini selaras dengan akta Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, di bawah peruntukan fasal 106 (1) di bawah Jadual Fi, yang menetapkan Menteri Kesihatan mempunyai kuasa untuk menetapkan jadual fi bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
FOMCA berharap Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah segera bagi menetapkan fi hospital swasta bagi membolehkan perkhidmatannya juga boleh dinikmati oleh rakyat biasa.
Perkhidmatan penjagaan kesihatan merupakan keperluan asas bagi rakyat untuk memastikan kesihatan mereka terpelihara. Jika perkhidmatan untuk merawat sesuatu penyakit tidak terdapat di hospital kerajaan kerana kekurangan peralatan dan kepakaran, maka pengguna boleh mendapatkannya di hospital swasta yang ada khidmat rawatan dan kepakaran.
MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN
8 Jun 2010
- Details
Pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi seseorang untuk menerokai sesebuah Bandar. Sistem pengangkutan awam adalah perkhidmatan pengangkutan penumpang bersama yang sedia untuk digunakan oleh masyarakat umum, di antaranya teksi, bas, LRT, keretapi, feri dan kapal terbang.
Pengangkutan awam tidak dapat dielakkan bagi kemajuan sesebuah Negara. Ia penting kepada semua orang terutamanya bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Pengangkutan awam juga merupakan satu aspek yang penting bagi industri pelancongan di sesebuah negara sedang membangun seperti Malaysia. Pelancong bergantung kepada pengangkutan awam untuk menjelajahi sekitar Malaysia.
Satu faktor yang penting berkaitan pengangkutan awam bagi pengguna ialah kebolehaksesan, iaitu sistem pengangkutan awam yang boleh diguna dan diakses oleh semua orang, termasuk OKU, wanita mengandung, warga emas, orang berjalan dengan troli atau kereta bayi.
Di Malaysia, kebolehaksesan menjadi halangan utama bagi golongan OKU untuk menyertai aktiviti sosial dan ekonomi seharian, seperti bekerja, membeli-belah, bersenaman atau berekreasi. Kekurangan ini menjejas kualiti hidup golongan OKU.
Kebolehaksesan sistem pengangkutan awam tidak terhad pada bas sahaja, tetapi perlu mempertimbangkan infrastruktur yang sedia ada. Infrastruktur yang berkaitan adalah seperti pejalan kaki, stesen bas dan hub pengangkutan.
Sebagai contoh, walaupun bas menyediakan kemudahan bagi pengguna OKU yang berkerusi roda, tetapi pengguna kerusi roda masih tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas itu, kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah akibat keadaan persekitaran yang tidak mesra OKU.
Perjalanan seseorang bermula dari:
- Rumah
- Pengangkutan awam
- Destinasi
- Pengangkutan awam
- Rumah
Bermula dari rumah, beliau memerlukan pengangkutan awam untuk sampai ke destinasi. Kemudian dari destinasi tersebut, beliau sekali lagi menggunakan pengangkutan awam untuk balik ke rumah. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengangkutan awam kepada seseorang sama ada OKU ataupun orang biasa.
Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, OKU yang berdaftar adalah kira-kira 280 ribu orang, dan terdapat ramai lagi yang tidak berdaftar. Untuk menaikkan taraf hidup golongan OKU, mereka perlu berdikari dan pengangkutan awam memainkan peranan yang penting dalam kehidupan OKU.
Kesimpulannya, kepentingan kebolehaksesan pengangkutan awam memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat, khususnya OKU bagi membolehkan mereka dapat turut serta dan memainkan peranan berkesan dalam masyarakat. Oleh itu, tanggungjawab kerajaan untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam yang sedia ada bagi manampung keperluan semua orang.
Sam Wong Chin Kah
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
8 Jun 2010
- Details
Tindakan peruncit yang bernaung di bawah Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia untuk memboikot menjual tiga barang kawalan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Tindakan memboikot ini sebagai bantahan kepada tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaksanakan lesen penjualan barang kawalan kepada peruncit.
Pada awalnya, lesen tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 bagi setiap permohonan, namun kemudiannya bayaran tersebut dimansuhkan. Kerajaan juga telah memberikan jaminan bahawa proses memperolehi lesen tersebut akan dipermudahkan bagi membantu peruncit mendapatkan lesen itu.
Perlaksanaan lesen runcit bagi barang kawalan dibuat ekoran daripada masalah bekalan barang kawalan, khususnya gula yang sedang melanda beberapa negeri di negara ini. Bagi tujuan memantau bekalan gula di peringkat runcit bagi memastikan gula yang dibekalkan tidak diselewengkan, seperti kegiatan menyorok atau menyeludup ke negara jiran, maka lesen runcit ini dilaksanakan.
FOMCA menyokong langkah KPDNKK melaksanakan lesen runcit bagi barang kawalan sebagai langkah untuk memastikan bekalan barang kawalan ini sentiasa mencukupi dipasaran. Namun begitu, langkah tersebut perlu dilaksanakan dengan berkesan bagi memastikan pengguna tidak berhadapan masalah untuk mendapatkan barang kawalan tersebut yang merupakan barang keperluan harian. Ia mungkin menjadi alasan untuk penjual tidak menjual barang tersebut kerana tidak mempunyai lesen runcit barang kawalan.
Dalam pada itu, pengguna diharap dapat menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna bagi menghadapi peruncit yang memboikot menjual barang kawalan ini. Jangan membeli barang yang dijual di kedai-kedai yang terlibat dengan boikot ini. Tindakan peruncit ini seolah-olah mereka turut bersekongkol dengan masalah bekalan gula yang berlaku pada masa ini.
Sewajarnya mereka bekerjasama dengan KPDNKK bagi mengatasi masalah bekalan gula yang sedang meruncing ini. Jika masalah ini disebabkan oleh pemborong yang membekalkan gula yang kurang daripada yang sepatutnya, laporkan kepada KPDNKK supaya tindakan dilakukan terhadap mereka.
Pada masa ini tiada pihak yang tampil untuk memberikan gambaran sebenar mengapakan masalah bekalan gula berlaku. KPDNKK, pengeluar, pemborong dan peruncit hanya mendiamkan diri sahaja. Pengguna yang menjadi mangsa kepada keadaan yang berlaku ini.
FOMCA berharap pihak-pihak yang berkenaan ini mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan bekalan gula kembali kepada sediakala.
Pengguna telah menerima hakikat tentang kenaikan gula sebanyak 20 sen pada awal tahun ini. Biarpun harga gula telah dinaikkan, masalah bekalan gula masih berlaku. Siapa yang menjadi `dalang’ krisis gula ini?
MOHD YUSOF BIN ABDUL RAHMAN
8 Jun 2010
- Details
Memiliki kenderaan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan pengguna. Pertumbuhan ekonomi yang pesat, pendapatan masyarakat yang meningkat, perkembangan industri kereta, standard hidup yang lebih tinggi dan skim pembiayaan yang menarik serta promosi hebat oleh institusi kewangan menjadi faktor penarik kepada pengguna untuk memiliki kenderaan persendirian dengan mudah.
Di pasaran kini, terdapat pelbagai kenderaan untuk memenuhi citarasa pelanggan dengan pilihan yang berbeza dan keperluan masing-masing, contohnya kenderaan super utiliti (SUV), kenderaan serba guna (MPV), sedan, sukan dan banyak lagi. Menurut Persatuan Automotif Malaysia, pada tahun 2010 dianggarkan bahawa terdapat 536,905 kenderaan yang telah berdaftar di Malaysia, yang meliputi kenderaan penumpang dan kenderaan perdagangan.
Memang mudah untuk memiliki kereta, namun untuk menjamin keselamatan kenderaan tersebut pada setiap masa merupakan satu cabaran.
Menurut Laporan Dunia tentang Pencegahan Kecederaan Aliran Lalu Lintas, lebih daripada 1.2 juta orang meninggal dunia, manakala seramai 50 juta orang pula mengalami kecederaan di jalan raya di seluruh dunia setiap hari. Jumlah ini dijangka akan meningkat sekitar 65 peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang kecuali jika ada langkah-langkah efektif diambil untuk mencegah kemalangan berlaku.
Di Malaysia sahaja, terdapat 397,330 kemalangan jalan raya pada tahun 2009, yang mengorbankan 6,745 nyawa (sumber PDRM).
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kecacatan akibat kemalangan jalan raya. Antaranya, kecuain pengguna jalan raya itu sendiri, faktor persekitaran, sikap pemandu, reka bentuk jalan dan banyak lagi. Satu masalah utama yang kita harus beri perhatian ialah ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan itu sendiri.
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima aduan sebanyak 314 tentang industri kereta. Pengguna tidak berpuas hati terhadap kenderaan yang mereka beli kerana tidak mematuhi standard. Selain itu, beberapa ciri keselamatan pada kereta mereka tidak berfungsi dengan baik. Ini boleh menimbulkan risiko keselamatan serius kepada mereka yang menaiki kereta tersebut.
Di beberapa negara, disebabkan oleh kurangnya penguatkuasaan undang-undang dan ketiadaan undang-undang, maka beberapa aspek keselamatan dalam kenderaan tidak diambil serius sehingga menyebabkan banyak nyawa terkorban dalam sebuah kemalangan di jalan raya.
Tali pinggang keselamatan merupakan cara yang sangat berkesan untuk mengurangkan kecederaan serius dan kematian bagi penumpang di dalam kereta. Tali pinggang keselamatan berfungsi untuk menahan kedudukan penumpang daripada tempat duduknya apabila berlaku kemalangan. Tanpa tali pinggang keselamatan, jika kemalangan, walaupun pada kelajuan 48km/h, seseorang penumpang mempunyai risiko untuk tercampak ke hadapan dengan kekuatan antara 30 dan 60 kali berat badan. Tali pinggang keledar, booster dan kerusi khas untuk kanak-kanak dan bayi merupakan cara yang sangat berkesan untuk mengurangkan kecederaan serius dan kematian kanak-kanak dalam kereta.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah melakukan satu kajian tentang aksesibiliti tali pinggang keselamatan di Malaysia. Kajian dan pemerhatian telah dilakukan di beberapa lokasi di seluruh Malaysia untuk mewakili situasi di negara ini. Daripada 4,994 buah kenderaan penumpang yang telah dikaji melalui pemerhatian, didapati penumpang di tempat duduk belakang adalah seramai 7,465 orang, dan 57% daripadanya adalah kanak- kanak dan 43% orang dewasa.
Menurut sebuah kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, kerusi keselamatan kanak-kanak telah berjaya mengurangkan risiko kecederaan serius dan kematian sebanyak 71% untuk bayi (lebih muda daripada setahun) dan sebanyak 54% untuk kanak-kanak (1 hingga 4 tahun) di dalam kereta penumpang. Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa kanak-kanak yang berada dalam kerusi keselamatan yang menghadap belakang tidak boleh ditempatkan di kerusi depan kenderaan yang dilengkapi beg udara sisi penumpang. Kesan daripada air bag boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.
Contoh kerusi yang menghadap belakang mengurangkan impak kecederaan pada kanak-kanak, tetapi ia tidak sesuai diletakkan di kerusi hadapan.
Menurut Majlis Keselamatan Pengangkutan Eropah (ETSC), kemalangan pada kelajuan 50 km / h adalah sama kesannya seperti seorang kanak-kanak yang terjatuh sejauh 10 meter. Seorang anak berusia 8 tahun dengan berat 30 kg akan dilempar ke depan dengan kekuatan 25 kali berat tubuhnya. Jika kanak- kank tidak memakai tali pinggang keselamatan, mereka tercampak merata-rata dan melanggar mana-mana bahagian dalam kereta. Seringkali pintu kereta atau tingkap adalah tempat kanak-kanak akan terhentam.
Contoh kerusi yang menghadap ke hadapan
Tanpa kerusi keselamatan kanak-kanak, walaupun pada kelajuan 15 km / h, ia sangat berbahaya. ETSC juga menerangkan dengan jelas bahawa kanak-kanak memerlukan ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan mengikut saiz tubuh yang berbeza. Seorang anak kecil mempunyai jisim kepala sekitar 25% daripada jisim seluruh tubuh, sedangkan jisim kepala orang dewasa sekitar 6 % daripada seluruh tubuh. Ini bermakna bahawa kekuatan relatif di kepala dan leher akan jauh lebih besar pada kanak-kanak di depan yang menghadapi tinkap hadapan.
Kanak-kanak kecil yang berumur sehingga 18 bulan dinasihatkan supaya diletakkan di dalam kerusi keselamatan khas kanak-kanak dengan menghadap tingkap belakang.
Mohana Priya
Persatuan Pengguna – Pengguna Standard Malaysia
- Details
Memorandum ini meliputi maklumbalas FOMCA ke atas Cadangan Sikm Perlindungan Insurans Motor bagi Kecederaan Anggota dan Kematian Pihak Ketiga untuk pertimbangan pihak tuan dalam perencanaan Perlindungan Insurans Motor Pihak Ketiga yang mantap. FOMCA dijemput menghadiri taklimat oleh BNM pada 15hb April 2010 berhubung Cadangan Sikm Perlindungan Insurans Motor bagi Kecederaan Anggota dan Kematian Pihak Ketiga.
- Details
Pada masa kini, penggunaan mendefinisikan identiti manusia dalam masyarakat pengguna sedunia.
Semasa krisis kewangan sedang memuncak pada tahun 2009, seorang rakyat Amerika Syarikat apabil ditanya tentang kesan krisis ini terhadap dirinya, beliau menjawab. “Sekiranya anda tidak membeli atau mengguna, anda tidak mempunyai identiti.”
Kini, penggunaan moden merupakan simbol pembayang kepada status seseorang dan juga pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Ketika saya berada di Gurgaon, India baru-baru ini, perkataan industrialisasi pesat dan ekonomi antarabangsa boleh ditemui di mana-mana sahaja di negara tersebut.
Lebuhraya yang sesak, tol, bangunan-bangunan pejabat yang moden dan juga pasar raya yang mempunyai lebih banyak barangan import berbanding dengan barangan tempatan merupakan gambaran kepenggunaan di India.
Ketidaksamarataan ini adalah terlalu jelas. Kekuasaan pasaran ini didapati di semua tempat. Kehilangan cara hidup tradisional bakal berlaku dan senario ini bukan akan berlaku di India sahaja malah di seluruh dunia!
Penggunaan telah menjadi sama taraf dengan demokrasi dan juga pembangunan ekonomi.
Kita telah berubah menjadi masyarakat yang suka berbelanja dan hidup dalam masyarakat pengguna yang penuh dengan cabaran. Mendapatkan barangan yang asas dan perkhidmatan merupakan hak pengguna yang utama.
Walau bagaimanapun, pembelian keperluan asas yang berkualiti untuk kesejahteraan hidup bukannya mudah. Ini disebabkan oleh pelbagai bentuk penyelewengan yang berlaku secara berleluasa di pasaran.
Pada bulan Mei yang lalu, Pusat Khidmat Aduan Pengguna National (NCCC) telah mengemukakkan laporan tahunan bagi tahun 2009. Terdapat peningkatan sebanyak 16.7 peratus jumlah aduan yang diterima pada tahun 2009, berbanding dengan aduan pada tahun 2008.
Pengguna dikatakan telah mengalami kerugian sebanyak RM210 juta disebabkan oleh barangan dan jperkhidmatan yang tidak memuaskan.
Aduan-aduan ini berdasarkan kepada maklumat yang dikumpulkan dan diselesaikan oleh sesebuah organisasi. Jikalau semua aduan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan dapat dikumpulkan, beberapa juta lagi akan ditambah ke dalam jumlah kerugian pengguna.
Aduan tentang jualan langsung atau penipuan mencatatkan aduan yang paling tinggi pada tahun 2009, diikuti dengan perumahan, telekomunikasi dan multimedia, perkhidmatan masa depan (yoga, khidmat pelangsingan dan kesihatan), kualiti barangan dan perkhidmatan, pengangkutan awam, perkhidmatan kewangan, khidmat hospitaliti, perkhidmatan agensi kerajaan dan pembelian.
Banyak kategori aduan ini telah wujud dalam laporan tahunan persatuan pengguna sejak tahun 1970-an lagi apabila aspek kepenggunaan mulai berkembang di Malaysia.
Kenapakah aduan-aduan pengguna ini masih terus berlaku?
Aduan Pengguna
Aduan-aduan pengguna merupakan gambaran kepada masalah yang wujud dalam masyarakat. Walaupun isu kepenggunaan sekarang adalah berlainan daripada isu pada tahun 1970-an, namun isu pengguna seperti kes penipuan pengguna di pasaran masih wujud.
Barangan tiruan yang berlambak di pasaran, perkhidmatan yang tidak memuaskan dan penipuan pengguna menggambarkan tahap etika yang dipraktikkan oleh masyarakat peniaga.
Peningkatan dalam aduan pengguna turut menunjukkan ketidakupayaan kerajaan dalam melindungi masyarakat pengguna.
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menegaskan bahawa undang-undang perlindungan pengguna tidak dikuatkuasakan dengan berkesan.
Apabila penguatkuasa undang-undang adalah lemah, maka perniagaan yang tidak beretika akan mengambil tempat. Begitu juga pengetahuan pengguna yang lemah membolehkan barangan yang rosak dan berbahaya dibuangkan ke persekitaran.
Dalam sesebuah negara yang perlindungan pengguna adalah tinggi, kualiti barangan dan perkhidmatan adalah terjamin.
Peraturan kendiri tidak berkesan di Malaysia. Reaksi yang diperolehi daripada penguatkuasa mengenai peningkatan aduan pengguna adalah tidak memuaskan seperti yang dilaporkan oleh institusi pengguna seperti NCCC.
Kod perlakuan seperti Kod Perniagaan Beretika Malaysia adalah kurang berkesan dari segi undang-undang. Peraturan kendiri dalam struktur perniagaan Malaysia perlu dipantau dengan rapi oleh penguatkuasa, di samping usaha penambahbaikan yang berterusan.
Undang-undang pengguna hanya akan berkesan jika pengguna mempunyai tahap pengetahuan kepenggunaan yang tinggi. Akses kepada maklumat dan keupayaan untuk memahami maklumat tersebut adalah penting dalam membangunkan pengetahuan kepenggunaan.
Laporan NCCC menjelaskan bahawa pengguna tidak membaca secara terperinci sesuatu kontrak sebelum menandatanganinya.
Kebanyakan aduan yang tidak dapat diselesaikan oleh NCCC adalah aduan perumahan. Pengguna tidak dapat memperoleh ganti rugi terutamanya isu mengenai projek perumahan yang terbengkalai.
Pergerakan pengguna di Malaysia telah lama mendesah supaya dasar ‘Bina dan Jual’ dilaksanakan untuk projek perumahan, namun pemaju-pemaju perumahan masih berkeras untuk tidak mahu melaksanakannya
Kebimbangan Pengguna Yang Meluas
Kini, terdapat kebimbangan pengguna yang meluas mengenai isu alam sekitar, keadilan sosial dan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Pengguna akan menyokong perniagaan yang beretika, mempunyak tanggungjawab sosial dan ekologi.
Ini merupakan bukti kepada pembangunan gerakan hijau, urusniaga yang adil, pertanian organik dan juga inisiatif berkenaan pengguna yang menilai impak penggunaan oleh masyarakat dan bumi.
Walau bagaimanapun, ketidakaktifan pengguna melaksanakan haknya merupakan rintangan utama dalam usaha penambahbaikan rejim perlindungan pengguna di negara ini.
Dengan peningkatan jumlah aduan yang diterima oleh persatuan pengguna, menunjukkan masih banyak lagi kelemahan yang terdapat dalam pasaran yang tidak dilaporkan.
Pengguna tidak membuat aduan kerana ia mengambil masa dan kejahilan terhadap hak mereka. Selain itu, tidak wujudnya sebuah pusat aduan pengguna di negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak.
Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama persatuan pengguna untuk mewujudkan pusat aduan bagi pengguna yang tinggal di kawasan pedalaman.
Isu-isu pengguna seperti barangan tiruan dan tidak berkualiti seperti makanan dalam tin yang berkarat dan sudah melepasi tarikh luput, ubat tiruan atau peralatan yang rosak sering berlaku di kawasan luar bandar.
Ketidakadilan pasaran seperti ini tidak patut berlaku dalam alaf baru ini terutama dengan wujudnya Pelan Induk Pengguna yang telah dirangka untuk dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun, iaitu bermula pada 2003 hingga 2013.
Pelan Induk ini merangkumi 287 cadangan yang meliputi institusi dan kerangka perlindungan pengguna, memperkasakan pendidikan pengguna dan maklumat kepenggunaan.
Cadangan-cadangna tersebut mengandungi perlindungan pengguna dari segi makanan, kesihatan, pengangkutan, alam sekitar, perumahan, kredit pengguna dan lain-lain.
Pelan tersebut juga menekankan menyepadukan prinsip lestari-ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam proses pembangunan kebangsaan.
Jika semua langkah yang disarakan pelan induk ini diguna pakai, Malaysia akan mempunyai rejim perlindungan pengguna yang dapat memastikan pengguna Malaysia bersedia untuk menghadapi pasaran global yang penuh dengan cabaran.
Josie M Fernandez
4 Jun 2010
(Artikel ini kali pertama disiarkan di Malaysiakini pada 12 Mei 2010 di bawah judul “Surviving as consumers”)
Surviving as consumers - (Discusses NCCC 2009 Annual Report)
Josie M Fernandez | 21 May, 10 11:53am
Consumption defines the identity of the human being in today's globalised consumer society.
During the worst period of the financial crisis in 2009, an American was asked about its impact on him. His response, " You don't consume, you have no identity."
The visual symbols of modern consumption indicate not only the status of individuals but also the economic development of nations. I was in Gurgaon, India, recently and everywhere one could not escape the signs of rapid industrialisation and internationalised economic development.
There were congested highways, tolls, modern office buildings, and shopping malls that had more international brands than Indian products.
The inequalities too are obvious.
The hegemony of the market is everywhere. The loss of traditional ways of life seems imminent. Not only in India but this is the scenario in the modern world.
Consumption has become synonymous with democracy and economic development.
We have been reduced to shoppers and surviving in a consumer society is fraught with challenges. Access to basic goods and services is the first right of consumers.
But purchasing quality basic requirements to live a decent life is not easy as the abuses in the market place continue to increase.
Last week, the National Consumer Complaints Centre (NCCC) released its 2009 annual report which showed an increase of 16.7 percent in consumer complaints compared to 2008.
Consumers suffered losses amounting to RM210 million due to faulty goods and poor quality services.
These complaints are from one entity that receives and resolves consumer complaints. If the complaints from all agencies both government and non-governmental are quantified,they may amount to many more millions in losses to consumers.
The highest number of consumer complaints was about direct sales/scams followed by housing, communications and multimedia, future services ( yoga, fitness and slimming), quality of products and services, public transport, financial services, hospitality, government agencies and services and hire purchase.
Many of these categories of complaints have appeared in the annual reports of consumer organisations since the 1970s when the consumer movement began to flourish in Malaysia.
Why have these consumer complaints continue to persist?
Consumer complaints
Consumer complaints are a window to problems in society. Although the world of consumption today is very different from the 1970s, consumer concerns such as being cheated in the market place remain.
Dumping shoddy goods in the market place, providing poor services and cheating consumers reflect the level of ethics practised by the business community.
The alarming increase in consumer complaints further mirrors the government's inability to protect its citizen consumers.
Fomca (Federation of Malaysian Consumer Associations) asserts that the existing consumer protection laws and regulations in the country are not being enforced effectively.
Inferior and hazardous goods can only be dumped in an environment where law enforcement is weak, businesses are unethical and consumer literacy is low.
In countries where the level of consumer protection is high, consumers are guaranteed better quality of products and services.
Self regulation is apparently not working in Malaysia. There was hardly any response from the regulators on the increasing number of consumer complaints reported by consumer groups such as the NCCC.
Codes of conduct such as the Malaysian Code of Business Ethics seem to be ineffective and lack the bite of laws.The self-regulatory structure of Malaysian business certainly needs to come under the microscope of regulators and enforcers for improvement and efficacy.
Consumer-empowerment laws can only be effective if there is a high level of consumer literacy in the country. Access to information and the ability to understand the information are important tools in the development of consumer literacy.
The NCCC points out that many consumers do not read the small print in contracts before signing them.
Most of the complaints that were unresolved by the NCCC were related to housing. Consumers could not be compensated as the complaints were related to abandoned housing projects.
For years consumer organizations have advocated for a 'build first and sell policy' for housing but developers have resisted against such a policy.
Wider consumer concerns
There are wider consumer concerns too such as for the environment, for social justice and for economic, social and cultural rights.
Consumers will support businesses that are ethical, socially and ecologically responsible.
This is evident in the growth of the green movement, fair trade groups, slow food entities, organic farming and other consumer related initiatives which examine the impact of consumption on people and the planet.
But consumer apathy remains a major obstacle in improving the consumer protection regime in this country.
Despite the increase in the number of complaints to consumer organisations, many more maladies in the market place are not addressed.
Consumers do not want to complain because it takes time, are not aware of their rights or may not have access to complaint centres such as the rural areas of Sabah and Sarawak.
State governments and local authorities together with consumer organisations need to do much more for poor rural consumers who do not have access to consumer centres.
Shoddy goods such as rusty canned food long past the shelf-life, spurious drugs or faulty appliances are often dumped in these rural areas sometimes by travelling salesmen.
Such market place injustices should not happen in the new millennium particularly as a Consumer Master Plan (2003-2013) has been drawn up to be implemented over a ten year period.
It contains 287 recommendations covering the institutional and legal framework of consumer protection, strengthening consumer education and information.
The recommendations includes consumer protection in the areas of food, health, utilities, transport, environment, housing, consumer credit, etc.
The plan emphasises the integration of the principles of sustainability - economic, social and environmental into the national development process.
If all the measures in the plan are adopted, Malaysia would have a consumer protection regime that will ensure the survival of Malaysian consumers in an increasingly globalised market place fraught with challenges.
JOSIE M FERNANDEZ is currently an Asian Public Intellectual Fellow, director of Philanthropy Asia, researcher and engages with Transparency International Malaysia in anti-corruption measures. An educationist, Josie moved on to citizen's advocacy taking up the cudgels for consumers, children, women, environment ... She holds a masters degree in development management from the Asian Institute of Management, Philippines. Working on sustainability, philanthropy and anti-corruption actions are some of her current passions besides writing.
- Details
Perubahan iklim boleh memudaratkan kesihatan, menggugat kewujudan negara-negara berada pada berparas laut yang rendah dan keselamatan makanan seperti sumber perikanan.
Ikan membekalkan sumber protein yang diperlukan oleh penduduk dunia. Ia juga merupakan makanan utama bagi penduduk negara-negara di pesisiran pantai yang mempunyai makanan dan peluang pekerjaan yang terhad. Kesan-kesan akan berlaku adalah terlalu besar sehingga menyebabkan nelayan dan sektor akuakultur tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyesuaikan diri kepada perubahan ini.
- Details
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (Australia Competition & Consumer Commission) telah mengisytiharkan penarikan balik kereta Volvo dan Mitsubishi daripada pasaran Australia.
Kereta Volvo yang ditarik balik adalah model S80, XC70 and XC60 disebabkan oleh kerosakan pada belt tensioner. Kerosakan ini akan menyebabkan kereta mengalami kehilangan kuasa semasa dipandu akibat kehilangan kestabilan dan kehilangan kuasa stering.
Read more: KERETA VOLVO DAN MITSUBISHI DITARIK BALIK DARIPADA PASARAN AUSTRALIA
- Details
Secara amnya, masyarakat Malaysia semakin sedar tentang hakikat bahawa sumber-sumber semula jadi semakin kehabisan. Hal ini adalah hasil daripada kempen-kempen kesedaran yang dijalankan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak ketinggalan syarikat swasta.
Golongan remaja memainkan peranan yang besar di dalam hal ini. Semakin ramai pelajar, terutamanya di institusi pengajian tinggi yang mengetuai pergerakan-pergerakan yang menggalakkan orang ramai supaya menyedari bahawa manusia adalah bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Read more: GOLONGAN REMAJA PERLU DIBERIKAN KESEDARAN TENTANG KONSEP KECEKAPAN TENAGA
- Details
Seorang teman telah pergi selamanya kerana komplikasi jantung. Apabila jenazahnya dituntut untuk dibawa pulang, pihak hospital memberitahu bahawa beliau, semasa hayatnya, telah berdaftar sebagai penderma organ. Alangkah murninya hati seorang sahabat mengikrarkan diri memberikan semua organ dalamannya, dengan harapan selepas kematiannya, beliau masih dapat membantu orang lain.
Ramai pesakit di Malaysia masih menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ. Dengan adanya ikrar daripada penderma organ, kita dapat mengubah kehidupan seseorang yang mempunyai kegagalan fungsi organ. Tentu saja kita tidak mahu ahli keluarga atau sahabat kita menderita atau pergi dengan menunggu organ yang boleh menyelamatkannya.
Peratusan penderma organ amatlah sedikit dalam kalangan rakyat Malaysia. Mengikut perangkaan terkini Pusat Sumber Transplantasi Kebangsaan, seramai 141,733 orang telah mendaftar sebagai pengikrar pendermaan organ. Manakala seramai 100,169 orang pula telah mendaftarkan diri untuk mendermakan semua organ dan tisu. Di manakah bakinya orang dewasa daripada 26 juta rakyat Malaysia?
Mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 2006, faktor penyebab kurangnya penderma adalah takut (56.3%) dan bukannya disebabkan oleh halangan agama.
Anda mempunyai hak untuk membuat keputusan ke atas badan anda. Tidak salah jika anda berbuat kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Kehidupan yang bermakna adalah kehidupan harmoni yang dapat dikongsikan bersama orang lain.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari http://www.agiftoflife.gov.my atau menghubungi Pusat Sumber Transplansi Kebangsaan di talian bebas tol 1-800-88-9080
Azwa Abd Rahman
ERA Consumer Malaysia
1 Jun 2010
Subcategories
Page 217 of 232